Thursday, March 10, 2011

KALAU SAYANG, MESTI SANGGUP!

Share


Tajuk di atas ialah kata-kata seorang rakan perempuan bila membincangkan soal hantaran tinggi. Sayang, bila 'SAYANG' itu diinterpretasikan melalui NILAI hantaran.. So then, saya cakap; "Nilai sebuah perkahwinan bukan melalui berapa mahal hantaran.., tapi kehidupan yang kita dapat selepas kahwin nanti.." Bukan beg Gucci, bukan kasut tinggi, bukan gincu simplysiti ke apa... Benda tu semua bukan menjamin kasih sayang...

Saya percaya, trend hantaran bernilai tinggi ni bukan lah apa, cuma terasa macam ia menggambarkan standard seseorang perempuan.. Katanya kalau murah sangat, malu dengan kawan! Kalau majlis tak grand, malu orang cakap... Adat hantaran ni bukan lah tak baik, tapi bila disalah guna dah jadi macam orang jual anak, dah tak elok.. Lagi memalukan bila orang cakap; "Kalau sayang, mesti sanggup!"... It was like...... Kau letakkan diri sendiri begitu agung untuk dijunjung..

Apa yang membantu dengan hantaran yang hebat-hebat selain dari bermegah-megah..? Lepas kahwin nanti bukan hantaran yang membantu, tapi hati yang menerbitkan sayang antara satu sama lain. Barang hantaran entah mana hala kita campak. Yang melekat cuma cincin sebentuk. Yang membantu cuma sekeping hati yang ikhlas. Yang memeluk cuma tangan suami yang penyayang.. Yang menenangkan cuma pertuturan lembut seorang isteri.. Bila ada masalah, fikiran kita yang mengawal.., hantaran dua puluh ribu ada membantu?

Let's say anda cakap; "Dia ada PhD, takkan hantaran 10 ribu kot??" So what? Title Dr. membantu dalam marriage? TIDAK. Malah ramai juga yang menghadapi konflik bila isteri seorang wanita berkerjaya tinggi.. Bukan nak salahkan kerjaya, tapi dekat sini, apa sinonimnya gelaran, pangkat dan sebagainya dengan nilai hantaran? Apa kata anda ada DR. tapi perkahwinan tak seperti yang kita harapkan? Lepas suami bagi hantaran 20 ribu, terus bawak jauh-jauh, tak nak balik rumah isteri. Hantaran membantu? Nope!

Maka ada lah pulak yang cakap; "Hantaran itu kan penghargaan pada isteri..".. Iya, memang penghargaan.. Tapi itu cuma sementara.. So then lepas kahwin tak payah hargai lah sebab kita dah bagi penghargaan sebelumnya? Tidak kan? Jadi saya kata, penghargaan itu lebih berharga dikalungkan selepas kahwin.. Penghargaan yang diluahkan melalui tanggungjawab seorang suami.. Penghargaan yang sederhana tapi penuh kasih sayang.. Penghargaan berbentuk kehidupan yang selesa dan bahagia.. Bukan dalam bentuk material..

Berbaliklah pada tujuan asal perkahwinan.. Keinginan untuk melengkapi antara satu sama lain.. Dalam hidup, realitinya tak ada cakap pun semakin tinggi hantaran, semakin bahagia perkahwinan. Yang sepatutnya TINGGI itu sebenarnya kesediaan jiwa dan kemurnian hati. Jiwa sebagai seorang suami dan isteri, dan hati untuk membahagiakan antara satu sama lain. Yang paling penting ialah ilmu kehidupan. Yang cuma boleh kita dapat melalui pengalaman dan pemikiran.. SIAPA DIRI DAN HATI KITA juga penting.

So, bila seorang MAHASISWI masih berfikir; "Aku nak suami kaya, nak hantaran mahal-mahal".., macam kehidupannya tidak matang.. Materialistik.. dan langsung tak menggambarkan mereka sebagai seorang yang terpelajar.. Ohya, mungkin terpelajar dalam akademik, tapi bukan ilmu kehidupan.. Till then...~

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus