Thursday, June 21, 2012

CINTA LELAKI PEKAK DAN PEREMPUAN BUTA

Share
"Cinta terbaik adalah cinta antara lelaki pekak dan perempuan buta"

Bukan lah maksud saya, kalau nak bercinta tu kena cari pasangan yang pekak atau buta. Kang stress jugak lah kena belajar bahasa isyarat ke apa... Tak payah, tak payah. Sebenarnya ini cuma satu bayangan kepada bagaimana mendapatkan hubungan yang lebih tenang dan kurang halangan.

Baik, kita sentuh dulu perihal sikap perempuan.. Well, semua orang tahu perempuan mempunyai nilai sensitiviti yang tinggi. Kadang-kadang tu sampai tak masuk akal jugak sensitif dia. Lelaki minat dekat ayam pun nak jealous. Padahal ayam bukan boleh diajak kahwin pun. Apa lagi kalau lelaki yang dia suka tu bergambar sebelah perempuan. Kau tengok lah daripada perempuan Melayu terakhir boleh jadi Super Saiya tahap tiga.

Sesetengah perempuan pulak suka betul jadi inspektor atau detektif. Dia bukanlah terpengaruh dengan cerita Detective Conan atau Inspector Gadget.. Tapi memang sikap dia suka nak mencari, menyelidik, memerhati apa yang pasangan dia buat dekat luar. Dia pergi cek Facebook, dia pergi cek email, dia pergi cek sana sini. Lepas tu bila jumpa something yang dia rasa tak kena, hah, mula lah meroyan sendiri. Ini memang saya tak berapa nak faham sangat apa tujuan dia. Dia cari sakit hati sendiri, meroyan sendiri.

Sebab itu apa kata saya sarankan perempuan sebegini untuk menjadi BUTA. Kadang-kadang sesetengah perkara yang kita nampak tu, tak macam yang kita fikirkan. Mungkin bila anda nampak pasangan anda bergambar dengan seorang perempuan lain, sebenarnya perempuan tersebut cuma kawan rapat masa sekolah dulu. Atau mungkin jugak dia bergambar dengan nenek dia yang memang super awet muda. Siapa tahu kan? Tapi anda pulak sebab dah tak rasional sangat terus dalam hati menuduh pasangan anda curang, tak berhati perut, tak guna, hampeh, bangang dan akhirnya akan cakap ayat lumrah, "Lelaki semua sama!".. Jangan cepat sangat buat kesimpulan....

Dan janganlah jadikan hidup anda macam warden penjara. Setiap masa nak kena perhatikan pasangan anda. Setiap masa nak kena tengok apa pasangan anda buat, siapa komen status Facebook dia, siapa yang dia mesej setiap hari macam lah dia tu penjenayah. Lepas tu pergi tanya pulak "Eh yang komen nama Farah tu siapa?".. "Bang yang komen nama Zainab tu siapa?".. "Bang yang like gambar abang nama Puvaneswary tu siapa"... Kalau seratus perempuan yang pergi komen status dia, boleh jadi gila nak kena jawab. Jangan lah buat penderaan macam tu, jangan lah.. T__T



Cara terbaik ialah cuba memandang apa yang berlaku depan mata dengan mengutamakan tanggapan yang positif. Cuba bina kepercayaan terhadap pasangan seikhlas mungkin. Dan yang lebih baik, buat-buat tak nampak.. Buat-buat buta.. *__* Kau fahamkan buta macam mana? Ha, buat... Selagi mana pasangan anda memberikan perhatian yang sepatutnya, jangan layankan sangat apa yang anda curigakan, apa yang anda nampak. Cuba tepis segala persepsi negatif daripada apa yang anda nampak. Sambil tu, percayalah, jodoh itu di tangan Tuhan...

Lelaki! Memang lelaki ni diberikan sikap yang kurang sensitif. Kadang-kadang cool, kadang-kadang cold. Ini memang sikap dia. Sikap dia malas nak ambik tahu hal remeh temeh. Malas nak terangkan sesuatu pertanyaan berjela-jela.. Sedangkan perempuan nak penerangan yang meyakinkan dia. Jadi dua sikap berbeza antara lelaki dan perempuan ni, bila bertembung, ditambah pulak sikap perempuan yang suka membebel dan sikap lelaki yang ego, hah, kau tengok lah apa jadi. Perang nuklear cakap kau... Tak percaya cubalah cari pasal dengan lelaki.. Kau membebel pasal apa-apa lah.. Pasal durian ke, pasal belacan ke. Saja bakar-bakar.. Kau tengok apa jadi.. Kah kah kah..

Jadi untuk lelaki, cara terbaik ialah.. Cuba jadi pekak... Biarkan lah perempuan nak membebel pasal apa... Biarkan dia cakap sampai penat. Dah penat nanti kau offer lah KFC ke apa.. Nanti diamlah dia... Jangan didengarkan sangat apa yang dia cakap kalau rasa tak perlu.. Kadang-kadang perempuan ni emosi terlebih.. Sesekali dia meroyan tak tentu hala tu, biarkan lah.. Boleh jugak sesekali dengar DJ baru daripada DJ radio je sepanjang naik kereta.. KAH KAH KAH.. Tapi kalau sesuatu tu dirasakan perlu dibincangkan, jadilah lelaki yang rasional. Cuba dengarkan suara hati mereka supaya mereka rasa dihargai dan diambil perhatian. Tapi kalau dia meroyan pasal kucing dia lari ikut jantan, kau tak payah lah ambil berat sangat. Kau sumbat je mulut dia dengan serbuk peledak.

Panjangnya lah entry kau kan KIM.. =') Entah yang membaca ni faham ke tidak.... Kesimpulannya begini ya para pembaca sekalian. Dalam hubungan, jangan rumitkan keadaan dengan perkara-perkara yang tak perlu. Kalau setakat nampak pasangan borak dengan perempuan lain, tak payah nak serang tetiba.. Borak je pun... Ambil mudah.. Nescaya hubungan akan jadi lebih mudah. Lelaki pulak, jangan tanamkan ego tinggi-tinggi... Sesekali layankan lah apa pasangan anda nak bebelkan. Kalau dia bebelkan perkara-perkara yang tak masuk akal, buat-buat tak dengar je lah.. Jangan layankan sangat. Nanti kau jugak yang tak tahan rasa nak bagi tangan.

Paling penting, bersederhana. Jangan ada rasa memiliki dalam cinta. Well, setiap orang ada yang mereka boleh kongsikan, ada yang tidak.. Jadi hormati pasangan anda. Jangan nak korek semua benda atas alasan, dah bercinta, semua benda kena bagitahu... No. Jangan ganggu privasi pasangan anda. Cuba hormat. CUBA HORMAT. InsyaAllah, kalau masing-masing diberi kelapangan dan kelonggaran, takde lah stress sangat hubungan tu. Till then...~

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus