Kemudian pesanan pun sampai..
Saturday, November 10, 2012
IKHLASNYA FAMOUS NASI AYAM!
Share
Kemudian pesanan pun sampai..
Since I’m on my healthy lifestyle, I’m no longer a big fan of
nasi ayam... 600-700kcal/portion bukan lah satu nilai yang rendah. Itu belum
masuk side dishes lagi. Kalau masuk dalam buku kira-kira semua tu boleh sampai
1000kcal agaknya. Nasib baik saya tidak bernafsu makan seperti naga. Tapi bukan
bermakna nasi ayam tu tak sihat. Sebenarnya okay je. Balance pun balance jugak
selain sumber protein yang tinggi (ayam). But jaga-jaga lah dengan kuantiti.. Tapi
ada sebuah kedai nasi ayam yang boleh buat anda rasa nak buat cheat day setiap
hari.. Saya gelarkan ini nasi ayam ikhlas.
Famous Nasi Ayam, terletak di Batu 2 Sungai Pinang, Jalan
Kapar, Klang. Saya tak tahu samada nama kedai ini tercipta selepas masuk Berita
Harian lalu menjadi famous atau memang nama dia sejak azali memang macam ni. The
day saya ke sana memang tengah lapar secara super. Bila cakap nasi ayam, saya
terus terbayang ayam.. Eh mestilah terbayang ayam, takkan terbayang tenggiling
atau zirafah. Nanti menjadi nasi zirafah kan dah salah konsep.. KAH KAH KAH...
Maksud saya, saya terbayang protein.. Protein.. Protein.... Jadi saya cakap “Nanti
nak beli nasi ayam, ayam lebih lah”.. Then dua orang askar beri suggestion “Cuba
lah nasi ayam special.. Ayam dia lebih..”.. Okay, fine, nama dia macam seronook
didengar.
Sampai ke sana perkara pertama yang attract perhatian saya
ialah kain rentangnya yang bertindak sebagai signboard... Attractive, branding
yang baik. Walaupun kedainya tak sebesar mana, tapi konsepnya ceria with the
combination of yellow and pink dan kerusi meja tersusun baik, paling penting,
BERSIH. Baik, ini part yang saya suka. Pelayan mengambil order. On my view, majority
pekerjanya nampak biasa-biasa. Even yang menghidangnya pun biasa sangat. I can
say mungkin pangkat makcik-makcik
agaknya yang menghidang tu. Yang ambil order pun pangkat kakak-kakak, tak macam
sesetengah kedai yang menggunakan khidmat pekerja perempuan yang cun-cun. Itu
tak kisah lah hey kau ni nak makan ke nak mengorat perempuan?! Jangan menggatal
di kedai orang, nanti buruk padahnya.
Walaupun begitu, saya teramatlah mengkagumi layanan mereka
yang bagi saya cukup mesra. Cukup bagus. Setiap kali hantar makanan mesti akan
cakap “Ni dah sampai, maaf ye lambat sikit”.. Bila kami alih barang sikit nak
bagi space letak makanan pun dia kata “Eh tak payah alih bang, its okay, no
biggies..”.. Eh mana ada dia cakap no biggies-no biggies ni sebenarnya..
Hahaha.. Saja tambah perisa. Pelayannya bagus.. I can say itu lah yang paling
mencuri perhatian sekali sebenarnya. Jadi saya order Nasi Ayam Special (ayam
dada, wajib. Kurang lemak, paling tinggi protein) dan ABC memandangkan saya
peminat ABC tegar. Sedang menunggu pesanan sampai, kami dihidangkan dengan
bubur kacang percuma. Again, satu strategi yang baik supaya pelanggan tak
tunggu seperti bodoh. Dah lah sedap bubur kacang tu...
Kemudian pesanan pun sampai..
Nasi Ayam Special. Sekali pandang tak nampak lah apa yang
special dia.. Tapi sekali kau tolak-tolak nasi dia................. Tak-tak,
bukan jumpa zirafah lah kau ni apa hal?! Sekali tolak-tolak nasi dia, baru lah
saya sedar bahawa nasi itu adalah super banyak! Dan ayam dia pun banyak
(special edition memang banyak ayam. Kalau mintak nasi ayam special dan ayam
tambah lagi maka kau akan menjadi musang nanti).. Okay, sampai part kenapa
saya panggil NASI AYAM IKHLAS. Sebab anda tengok sendiri sambal dan kicap yang
dia pergi curah atas ayam tu banyak. Jadi biasanya kalau orang tak ikhlas
meniaga ni, tak ada lah dia nak curah sambal tu banyak-banyak. 2nd
reason, ayam dia SEDAP! Boleh kata antara yang paling sedap pernah saya rasa.
Saya ni kalau makan nasi ayam lebih suka ayam yang dipanggang, atau kalau
goreng pun biarlah ada rempah yang lain dari ayam goreng biasa. Kalau makan
nasi ayam dengan ayam goreng biasa memang murka saya jadinya. 3rd,
nasi dia adalah nasi ayam yang memang rasa nasi ayam. Bukan nasi putih atau
nasi yang tak ikhlas rasa ayam dia. Nasi rasa zirafah tak pernah pulak jumpa.
Air Batu Campur (ABC). Yang ini menggigil nak
habiskan.............. Kau perlu tahu betapa besarnya bekas dia dan betapa
meriahnya isi ABC neh...... Tak boleh nak describe.. Kena datang cuba... Boleh
kata semua benda dia pun banyak-banyak belaka. Sampai saya tertanya-tanya “Diorang
ni tak rugi ke bagi makanan banyak-banyak macam ni?”... Sebab memang banyak...
Dalam ABC ni ada barli, Nata de Coco, cincau, Chocolate waffle dan ais krim...
Rasanya biasa, but mungkin kurang susu kot? Tapi the variety of the isi
menjadikan ianya acceptable dan sedap juga. But mungkin boleh create satu ABC
pure dengan kismis, kacang dan susu yang lebih... Bubuh nama ABC famous dan
saya akan jadi pelanggan setia. Heh... Dua menu sahaja dan saya pun menjadi
kejang... T__T Banyak, puas hati, mesra dan selesa...
Menu lain yang kami order petang itu....
Bihun Sup Special. Banyak jugak.... Perkara pertama yang
saya nampak mestilah protein!! Dan unik jugak sebab ada kacang. Mula-mula
sampai ingatkan soto... Saya tak rasa yang ini, jadi tak boleh nak komen
lebih-lebih... Cuma memang nampak sedap... Ayam yang banyak.. Again, ini yang
kita namakan IKHLAS! Bila ikhlas, rezeki pun berkat.. Pendapatan pun berkat...
Perniagaan pun maju.. Amin...
Air Selangor.. Walaupun warna bendera Selangor adalah merah
kuning, kedai ini telah memecah tradisi dengan memperkenalkan air Selangor
berwarna hijau... Ni kalau Sultan nampak ni, murka ni KAH KAH KAH... Merah
kuning terletak pada buah tembikai dan nenas dalam dia... Tak rasa jugak.. Tapi
mungkin jugak sedap.. Ni kalau tuan kedai bayar memang dah lama cakap sedap
ni.. Hihihii...
Kalau tak silap, yang hantar makanan pada kami, makcik yang pakai baju oren dengan cap kat tengah tu... Great job!
Keseluruhannya, selain kenyang, suasana dan layanan mesranya
juga menjadikan kunjungan ke Famous Nasi Ayam sebagai satu kepuasan. Baru lagi
rasanya.. Ada 2-3 perkara yang perlu dipertingkatkan such as the decoration,
pemakaian uniform yang menyeluruh dan struktur kedai juga perlu diperkemaskan.
But the quality of nasi ayam, keselesaan dan layanan dia memang bagus, without doubt.
Menu-menu lain tak pernah cuba.. One time, InsyaAllah.... Kedai ni terletak di
Batu 2, Sungai Pinang, Jalan Kapar.. Beroperasi dari Selasa hingga Ahad. Isnin
tutup.. Malam pun tak bukak sebab bersebelahan dengan sebuah restoran besar.
Nanti kalau bukak jugak habis restoran bankrap.. KAH KAH KAH.. Terima kasih
krew Famous Nasi Ayam.. Sekian.