Bila cakap tentang kesempurnaan, for me it is subjective. Bergantung pada individu. Ada orang, yang kita nampak cincai-cincai pun dia kata sempurna. Ada orang yang kita nampak dah sempurna pun , bagi dia tak sempurna-sempurna jugak. Jadi bila kita kata subjective ni, sebenarnya bukan hak kita untuk menafikan apa yang orang lain fikirkan. Masing-masing pun ada aras yang ditetapkan untuk sesuatu tu dianggap sempurna.. Sama macam anda nak pilih suami atau isteri. Hidup ni pun subjektif sebenarnya.. Macam seni.. Subjektif.. Ada orang rasa satu kerja seni tu menarik, cantik... Ada jugak yang kata tidak. Tapi cuma si penghasil karya yang pasti tahu hasil seni dia menarik atas sebab apa. Sebab seni itu cerita...... Mesti anda tak faham kan? T__T Dah aku bukan nak cerita pasal seni dekat sini. Itu cuma satu analogi. Baik, kesempurnaan dalam diri manusia. Mari sini saya terangkan. Contohnya kesempurnaan calon suami atau isteri. (Saya pun tak faham, lately banyak sangat sentuh pasal suami isteri T__T)
Friday, November 9, 2012
SENI SEMPURNA
Share

Bila nak pilih orang untuk dijadikan suami atau isteri, anda
tak payah nak menipu atau tertipu dengan ayat ‘TERIMA SEADANYA’.. Kalau anda
ada calon seorang penjenayah dan seorang budiman, mesti anda akan pilih si
budiman. Jadi apa yang anda fikirkan sampai anda menolak si penjenayah? Of
course anda akan fikirkan jaminan hidup akan datang. Kemudian anda akan fikir
kebahagiaan yang anda nak kecapi.. Selepas itu anda akan fikir pulak siapa yang
ada masa depan yang lebih baik. See? Itu lah KESEMPURNAAN yang anda cari! Anda juga
mahukan kesempurnaan dalam hidup. Sama macam orang lain.. Orang lain ada aras
kesempurnaan yang mereka cari sesuai dengan perancangan mereka... Mungkin dia
bercita-cita untuk menjaga ibunya apabila dah berkahwin.. Maka dia perlu cari
seorang isteri yang tahu memasak dan buat kerja-kerja rumah. Supaya dia boleh
menjaga ibunya dengan lebih sempurna. Takkan nak jaga ibu, tapi ibu yang kena
masak untuk kita walaupun kita dah ada isteri?
Mungkin jugak si lelaki mengimpikan untuk mewujudkan sebuah
keluarga sakinah yang mana anak-anaknya menerima sentuhan kasih sayang seorang
ibu yang baik pengetahuan agamanya. Maka pasti dia mencari seorang calon isteri
yang mempunyai nilai agama yang baik dan bersifat keibuan... Mungkin juga ada
sesetengah lelaki yang inginkan kehidupan yang kaya, mewah, cantik, ternama..
Maka dipilihnya seorang isteri yang urban, berkerjaya, cantik, fashionable dan
sebagainya.. Jadi ini semua kesempurnaan yang mereka cari.. Dan kita juga...
Saya pula mengimpikan sebuah keluarga yang damai, tenang, harmoni dan penuh
ceria dan kelembutan.. Maka saya mengimpikan seorang isteri yang penyayang,
bersifat keibuan, kampung-kampung, kemelayuan dan seumpamanya.. Ini
kesempurnaan yang saya sendiri impikan...
Jadi apa yang saya cuba sampaikan sebenarnya? Saya cuba
beritahu anda semua, supaya tidak mempertikaikan kesempurnaan yang dicari oleh
orang lain. Sebab anda juga sebenarnya menyimpan impian kesempurnaan dalam
hidup. Siapa orang lain untuk menyanggah impian anda? Maka siapa juga anda
untuk menyanggah impian kesempurnaan orang lain? Kecuali lah kalau ada orang
yang cakap “Hah! Aku nak kahwin dengan anak Sultan Brunei, nanti boleh dapat
Ferrari sebijik, banglo dua belas tingkat, gincu emas..” maka tamparlah dia
tanpa izin. Tak apa... Tak ada siapa marah. Itu nafsu. Selagi mana aras
kesempurnaan itu relevan, maka doakan... Semoga kita sama-sama memperoleh
kesempurnaan. Kena ingat juga.. Kita bukan bodoh untuk mencari kesempurnaan
tahap malaikat, nabi-nabi, isteri nabi atau sahabat-sahabat nabi. Tidak.. Kita
mencari kesempurnaan cukup setakat mana ia memberikan kita perasaan yang
lengkap dan puas. You will never want to spend your life with something or
someone that not worthy kan?
Macam pilih baju, macam pilih kerja, macam pilih kereta,
macam pilih pasangan. Sama... Kita tetap cari yang sesempurna mungkin. Sebab
kita fikirkan jangka masa panjang... Kita fikirkan masa depan... Kalau pilih
baju pun kita cari yang padan dan sempurna dengan gaya dan badan kita, apa lagi
nak pilih isteri atau suami... Jadi jangan lah persoalkan; “Layak ke anda nak
cari yang sempurna?”.. “Sempurna ke anda ni nak cari yang sempurna?”.. What a
stupid question.... Kesempurnaan itu hak kita untuk meletakkan arasnya.. Kalau anda
rasa anda tak suka aras yang orang letak untuk define kesempurnaan itu, maka
diam dan cari kesempurnaan anda sendiri... Tapi satu perkara perlu diingat,
biar kesempurnaan yang dicari itu sesuai dengan siapa kita, atau sekurang-kurangnya
usaha kita untuk menyempurnakan diri....
“Tak kisah nak cari macam mana pun, nanti suami yang bentuk
isteri”
Ayat di atas saya ambil dari komen sahabat saya di
Facebook.. It is totally right! Betul, suami bertanggungjawab membentuk
kesempurnaan isteri. Jadi apa perlunya kesempurnaan itu dinilai pada seseorang
calon isteri? Okay, saya beri satu lagi analogi. Let say anda nak beli rumah
dan kemudian berangan-angan untuk melakukan modifikasi bagi memenuhi cita rasa
rumah impian anda.. Jadi adakah anda akan memilih untuk membeli rumah yang
paling hampir rekabentuknya dengan apa yang anda fikirkan supaya ianya
memerlukan modifikasi yang minimal, atau anda akan membeli sebuah rumah
standard dan kemudian melakukan modifikasi besar untuk merealisasikan rumah
impian anda? Ya! Anda akan memilih rumah yang paling hampir dengan apa yang
anda impikan, supaya kalau perlu dilakukan modifikasi pun, ianya tidaklah
memakan belanja, risiko atau kerugian yang besar.
Begitu juga apabila memilih pasangan hidup.. Tidak perlu
sesempurna malaikat. Cukup sekadar memilih yang kita nampak potensinya untuk
menjadi pasangan yang sempurna untuk kita. Sekali lagi, UNTUK KITA. Bukan untuk
orang lain. Dan untuk seorang lelaki, wajar kiranya memilih seorang calon
isteri yang kita yakin boleh dibentuk.. Bukan semua perempuan redha dibentuk
orang lain termasuk suami sendiri. Ini realiti, readers... Realiti..... Saya
teringat pesan Ummi Salimah Farisah suatu ketika dulu; “Perempuan kalau sebelum
kahwin pun tak nak dengar kata, degil..., jangan harapkan sangat dia nak ikut
cakap lepas kahwin..”.. Ini kata-kata seorang perempuan, ibu dan ustazah...
Sebenarnya ini yang menjadi dilemma.. Hampir semua lelaki tahu tanggungjawab
membentuk.. Tapi semangat feminist sebahagian perempuan sekarang mengekang
suami untuk menjalankan tanggungjawab mereka... Sekali lagi saya tegaskan,
SEBAHAGIAN... Bukan semua. Kalau anda tidak tergolong dalam mereka yang
feminist maka Alhamdulillah Wasyukurillah.... Untuk perempuan pula, LEBIH WAJAR
bersifat choosy. Kerana anda akan dididik suami. Maka haruslah anda memilih
seorang lelaki yang anda yakin mampu mendidik anda dengan baik. Sebaik mana?
Semuanya bergantung pada aras yang anda fikirkan SEMPURNA untuk anda. That’s it!
Akhir kata, kalau perempuan perlu memilih lelaki untuk
menjadi imamnya yang membawa mereka ke syurga, maka lelaki juga perlu memilih
perempuan yakni makmumnya yang tidak mengheret mereka ke neraka. Semoga kita mampu mencapai kesempurnaan yang kita sendiri impikan. Seminima mana kesempurnaan yang anda cari dalam setiap aspek kehidupan, maka itu tetap sebuah kesempurnaan yang anda impikan... Wassalam.