Monday, February 23, 2009

CERITA PENAT OTAK

Share


Ya Allah,
Penatnya class.
Penatnya kuiz.
Penatnya exam.
Penatnya birokrasi.
Penatnya berblog.
Penat secara banyak.
SEMUA PENAT.

Entah masuk kali ke berapa ntah cakap pasal diri sendiri penat. Bukan nak promosi kepenatan ke apa, tapi memang penat sangat. Maksod saya, saya betul-betul penat. Tak main-main atau cuba mempromosikan penat berulang-ulang.. Rasa mandi tak basah, tidor tak lena (Eceh, macam ayat jatuh cinta, ahahahahah..) sebab penat. Cuba kira berapa perkataan penat skang neh. 13 perkataan penat dalam satu paragraph. Memang tak boleh faham penat saya kan? Tak payah faham. Buat penat kepala otak.. Ya Allah, penat lagi. Tak tipu punya penat.

Main mempengsankan diri seronok tahu kah? Main pengsan-pengsan sampai tak boleh bangun. Nikmatnya pengsan. Kalau boleh pengsan selalu kan seronok.. Harharhar.. Macam merepek sangat. Tengah hari tadi tidur bermati-matian. Balas dendam tak tidur secara proper kerana sebok sangat dengan macam-macam benda. Dan sekarang macam aktif sangat masok bilik JPMDPP campur dengan budak JPMK walaupon tak kenal sapa-sapa dalam tu. Sampai sini yang macam nak nazak sangat. BIROKRASI memang stupid. Buat surat, buat kertas kerja, format surat, format itu ini semua nak kena sempurna. Nak made in heaven ke apa ntah. Hoi! Hoi! Projek ni killinglah! Tak pernah rasa otak padat macam neh. Dush! Dush! Matilah, matilah... Jangan pandang projek lagi. Jangan pandang.. Tekanan perasaan nanti.

Mari main matematik. Buat awan atas kepala. 16 kolej, 70 projek setiap kolej, satu orang SAHAJA layak approve-NC. Sekali NC ambik cuti? Paper work sangkut! Semua benda spoiled.. Sia-sia. Penat. Hati panas, otak overheat macam nak makan orang semua ada. Tolonglah... Birokrasi banyak. Buang masa, buang tenaga semua ada. Ya Allah, penat. Nak cancel project.. Hah, mati akal.. Semua benda rasa menyusahkan. Even nak datang class pon tak larat. Nak larat apa kalau tidur pukul 5 pagi sebab print out surat sepuluh kali setiap surat? Ni kerja apa neh? Birokrasi.. Banyak kerenah.. Banyak syarat, banyak format, banyak pening, banyak soal, banyaklah kau! Pergi main jauh-jauh!

Sekarang memang tak boleh bergerak sangat kerana akan jadi malapetaka sebab kepenatan. Malapetaka tersebot memang akan mensebabkan saya rasa jahanam habis dengan semua benda. Kan seronok kalau ada seorang isteri kekasih hati.. Harharhar.. Mimpi. Saya tak desperate lagi nak kawen. Tak selera lagi nak bersayang-sayang dalam blog. Tak selera lagi nak berindu-rinduan dalam blog. Tak selera sangat nak berpuitis kata-kata cinta setia, bunga-bunga dan sebagainya yang berunsurkan HATI ROMANTIKA. Sekarang hati konkrit. Tak lembut hati lagi dan tak rasa ada masa nak bercakap sayang-sayang. Memang takda sebab nak bersayang-sayang. Muntah hijau. Ni entah apa kes ntah saya cakap macam tak berapa betul.

Konklusinya saya letih. Tak boleh fikir logik dan rasional. Macam-macam lagi nak luah perasaan. Perasaan dah macam nak meletup. Tapi memang tak boleh biar luah suka hati kerana akan mula cakap kotor semua. Tak baik. Nanti blog kotor.. Tapi.. Tapi.. Memang... Ini damn sem! Tak boleh tahan sangat.... Oke, dah lepas. Hati tak lega lagi. Nak balik kampung dan rehat senang lenang.. Harharhar... Hello... Final! Final!! Memang otak rosak sekarang neh. Jumpa pakar sakit jiwa. Em, mengarot. Crap!

*********************************
Update

Tarikh Akhir Projek: 07 Mac 2009
Sponsorship: Tak jalan lagi.
Pengangkutan: Tak jalan lagi.
Perkhidmatan ABM: Tak jalan lagi.
Sebab: “Err.. Pengetua pergi KL, dia tak tandatangan lagi. Dia nak cek dulu surat-surat sponsorship semua tu baru sign- Ex-Officio.

Betol tak apa saya cakap? Betol tak saya cakap birokrasi macam damn gila. Matilah. Matilah secara cepat.. Down... Pergilah bercuti En. Sukeri.. Pergilah... Makan angin.. Semua orang angin... Projek kena settle minggu depan.. Ngkau boleh main jalan-jalan carik makan.. Ni memang dah hangin pening semua ada.. Management kerajaan memang macam ***K! Berambos!~

Down!~

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus