Thursday, February 5, 2009

APALAH PUNYA HIDUP

Share


Saya cuba buat entry tak kelakar sangat. Supaya readers tak sakit perot dan komplain macam-macam. Malas layan.

Balik kelas mesti singgah katil sebab penat na'uzubillah. Kalau henpon tak bunyi-bunyi, sumpah tidur tak ingat dunia. Entah-entah tidur langsong tak bangon. Apa kes ntah rasa sem neh memang super penat. Macam nak membunuh pon ada jugak. Kelas punyalah banyak sampai tak tidur malam. Otak penat dan tak boleh fikir logik.. Nak mati kaa apa ntah. Mengucap.. Mengucap.... Kalau kat rumah hidup macam ni for sure kena bebel 4 hari tanpa henti sama bunda. Saya pon tak fahamlah macam mana bunda boleh ada kuasa magik cakap kuat serta menyambung-nyambung perkara lampau secara teratur dan dioutputkan secara bebelan panjang. Lepas tu suka sangat kaitkan dengan perkara takda kaitan dengan topik masalah bebelan dia.. Harharhar.. Derhaka! Derhaka!! Bunda saya best.....! Eheh..

Nak cakap apa pon tak reti sangat. Tapi rasa macam dah lama sangat tak update blog.. Cuma rajin sangat mengecat blog.. Harharhar... Bukan sebab nak sambut Thaipusam atau Hari Gawai ke apa, cuma saya rasa macam layout lama tak berapa nak jelitalah.. Sebab tu tangan tiba-tiba jadi ringan sangat nak tukar sana sini.. Photoshop yang dah tak pernah sentuh sejak dua bulan lepas pon tiba-tiba jadi macam penting sangat sampai sebok carik cs3 lah, cs4 lah.. Entah apa motif pon tak berapa pasti sangat. Hasilnya, blog neh jadi hutan belantara.. Harharhar.. Kenapalah saya suka sangat letak daun-daun semak kat sini... Sekejap lagi nak cari rumput lalang semua letak kasi penuh satu blog. Harharhar.. Sejak duduk 'hutan' neh jadi jatuh cinta sama pokok.. Suka hatilah. Saya rasa cun macam neh.. Eheh..~~ Sila kumen siket hasil kerja tangan saya neh. Kalau nak cakap "Hoi! Tak cantik langsung!" tu, sila simpan. Jangan tulis. Sentap oke?

Paper work untuk projek tak siap lagi. Lembab macam siput babi. Entah apalah yang dibuat dekan tersebot sampai berminggu-minggu tak siap lagi.. Bukan suruh ternak itik dan buat santapan diraja ke apa, cuma tandatangan cakap SETUJU. Itu pon makan masa 2 minggu.. Entah agaknya anak dia cecah empat puluh dua orang atau bini dia mengidam buah mangga masak asam pedas ke apa ntah sampai tak boleh tandatangan. Saya tak sukalah datang office tanya macam orang mengemis kertas kerja. Kemudian kolej macam suka sangat buat meeting malam-malam buta.. Macam kami senang lenang sangat nak turun dengar meeting tak guna tu.. Adoi.. Takda lifelah!! Kau orang nak buat meeting pasal wireless, pasal pengetua baru atau plan nak buat DKG mengarot tu, sila bincang diam-diam.. Kami tak nak tau.. Kami sangat sebok super sekarang. Harap maklum.. Eceh, belom jadi menteri besar dah busy macam nak buat kenduri kahwin.. Kahwin? Aik??~ Oke, jangan gatal sangat. Saya tahu..

Hah, sekarang semester gawat ekonomi. Duit senang sangat buat magik dan hilang tiba-tiba.. Makan pon macam tak tentu hala serupa macam tak makan langsung.. Ni kan macam dah masuk tahap darurat perut.. Harharhar... Apa hal ntah bila takda duit banyak baru rasa macam semua benda mahal dan tak logik atau takda profit bila dibeli. MACAM NAK MENGAMUK LAH SEKARANG NEH..!

Saya Busy.
Tak Layan YM.
Tak Layan Live Messenger.
Tak Layan SIAPA-SIAPA.

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus