Tuesday, February 17, 2009

KIRI! KIRI! KIRI KANAN KIRI!

Share
Bukan main sakit tekak jerit tak ingat dunia. Bukan main penat bukan sebab kawad, tapi sebab sebok sangat mencapap ambik gambar tak sudah-sudah. Photographer dah bukan main rimas dengan lima kamera sekali dia nak uruskan. Kena jual baru padan muka kami. Yang lain cuma tau posing tak habis-habis.. Eh, pedulik hapa?! Janji ada muka masing-masing dalam kamera. Harharhar..~ Malam Jubli Perak UUM memang meriah. Ni kali pertama lah puji UUM bukan? Harharhar... Takda semangat cintakan institusi langsung. Tapi sebenarnya bukan seronok berlari-lari riang di tengah padang atau mentengok persembahan bunga api besar ke apa, Tapi...... (Cuba rasa suspen sket)..


Faham kaaa apa makna di sebalik pem'publishan' entry neh?? Faham kaaa apakah yang sudah terjadi.. Adakah anda tak berapa sihat untuk fikir dan bertanya "Menangkah? Menangkah?".. Harharharhar!! KAMI JUARA!!!! Champion i tell u!! Macam tak percaya atau malas sangat nak cuba percayalah malam tadi.. Buat 15 Residential Hall lain kalah dan menangis meraung bukan kerja senang. Dari perbarisan yang berterabur macam takda harapan langsung menang, sampai la jadi perbarisan cantik menawan kalbu, semua usaha kami!! Err.. Okey, over. Eheh..

Tengok residential hall lain punya pakaian, kostum semua macam dah tergugat dah. Siap dengan Bluehyppo mereka lah.. Siap pakaian macam penari tradisional lah.. Eh, engkau pergi menari lah.. Apa kes kawad dengan baju macam tuh?? Harharhar... Takbur! Lepas tu siap dengan PALAPES punya perbarisan macam hantu apakah ber'cat' muka semua masuk dalam kumpulan perbarisan.. Nasib baek tak masuk bertanding. Kalau tak sure kalah dah.. Harharhar... Lemah semangat betol lah tengok mereka neh. Jangan lalu depan kamilah lain kali.. Terkejut lah... Harharhar.. Apalah.. Apalah...~



Hamper juara. Tengok betol-betol oke? "KONTINGEN TERBAIK PELAJAR".. Kalau tak bangga, nak rasa apakah? Rasa gila secara ramai memang patotlah bila diumumkan juara bukan? Terjerit, terlalak.. Pelok entah dengan siapa pon tak berapa pasti dah... Yang penting dia lelaki dan macam gemok sikit.. Sapa ntah.. Main belasah jaa pelok.. Harharhar... Hilang akal sekejap. Celebrate tengah padang macam apa ntah. Buat tak dengar event VIP atas stage. Macam dah jadi kami punya celebration day pulak dah.. Harharhar.. Eh, pedulik apakah? Kami nak celebrate.. Tepi sikit! Eheh..~~ Memang happening gila malam tadi... Hilang identiti, hilang pertimbangan akal sekejap, hilang suara, hilang... Err... Maruah tak hilang. Penegasan.. Kali neh tak hilang maruah.. Harharhar... Kerana takda monkey atau kakak pemegang bukti kehilangan maruah kepada monkey... Harharhar.. (Aku dendam ngkau monkey.. Aku dendam..)



Tak boleh nak cakap apa dah. Bukan sebab bisu.. Tapi sebab terkedu dan terkesima sekejap. Masih di awang-awangan, kepala bintang-bintang, mata berpinar-pinar tak percaya lagi. Rasa diri sendiri macam dah menang olimpik ke apa ntah. Dapat laptop dan hamper bukan kepuasan kami. Kepuasan kami cuma kemenangan. Eh, khai, pandang sket skang! Harharhar... Harap maaf, gambar kecik tak puas tengok. Nak puas hati sket lagi, pergi sini>> icemanz's Fotopages. Saya cuba carik video kami dan letak sini oke? Jadi sila tunggu sekejap.

"Kita mungkin akan nampak DPP lain dengan hiasan pakaian mereka! Kita mungkin nampak mereka ada gimik sendiri! Tapi kita ada kelebihan dengan kawad kita! Menang tak penting, yang penting LAPTOP!!!" - Abg Hakim, Jurulatih skuad DPP Bank Rakyat.


TAHNIAH DPP BANKRAKYAT!
ATAS KEMENANGAN KITA!

"BANK RAKYAT MENDAHULUI SEMUA"



Video perbarisan Kontingen DPP Bank Rakyat



Meraikan kemenangan..

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus