Monday, May 17, 2010

DUA PULUH DUA TAHUN

Share

Selamat datang header baru. (Tetiba)

Rupanya umur 22 tahun sangat genting. Genting bukan macam Genting Highland kota keriangan ke apa... Ini genting sebab rasanya umur sebegini banyak didatangi emosi-emosi yang sukar diramal. Tak seriang Genting Highland atau riang-riang. Riang-riang adalah sejenis serangga !!#@%&*... Maaf, melalut. Tapi saya tak berapa suka riang-riang (Dah, dah, dah) Ehem. Maksud saya, pada umur 22 tahun sangat keliru. Bukan saya seorang, tapi rata-rata kawan-kawan saya juga begitu. Dalam satu masa, kami seronok bertemu kembali. Dan pada satu masa, saya dapat merasakan seolah-olah semuanya bergelut dengan emosi. Emosi ni memang dari dulu, kini dan selamanya ada dalam jiwa. Tapi dalam umur 22 tahun semuanya bercampur baur.

Ini bukanlah sejenis konflik. Tapi sejenis perjalanan hidup.. Bila semuanya mula mencorak masa depan secara agresif.. Kadang-kadang tertekan bila fikir.. Tapi tak boleh mengelak dari berfikir.. Sebab semuanya semakin dekat dan pantas.. Lagi-lagi bila sebahagian dari kita sudah melepasi satu fasa kehidupan. Dan yang lain akan mula panik.. “My turn?!”.. Lepas tu mula menggelabah dalam hati. Dia takkan menggelabah secara fizikal. Nanti orang kata desperate.. Jadi dia desperate secara diam saja.. But this kind of desperation sebenarnya normal. Tak payah tipu lah.. Tak payah... Itu semua orang pun rasa. Masanya akan sampai.. Konflik-konflik ni semua sebagai persediaan kepada jalan seterusnya.



Tapi frustration memang tak boleh elak. Ini pon normal. Mana ada orang jalan bahagia saja macam angel. Sesekali dia akan jatuh... Kadangkala emosi tak semuanya betul.. Those who can guide their emotion and got the positive response, congratulation..! Those who are not, sabar lah.. Kekecewaan hari ini untuk kebahagiaan akan datang.. Believe it.. It’s had happened to me.. Tak payah frust sangat walaupun kenyataan kehilangan seseorang itu menyakitkan secara sangat........., err.... tapi bukan pada saya.. HAHAHA.. Mungkin sebab masa itu kehilangannya disertai alasan-alasan yang funny ke apa. Tapi Alhamdulillah, alasan funny tu buat saya senyum saja. Tak terkesan sangat.. AHAHAHAH...

Kehidupan macam ini lah. Bila kecik, kita sebok nak cepat besar.. Bila besar, tanggung risiko lah. Makin banyak fikir, makin banyak masalah. Makin bertambah usia, makin banyak perkara kena sumbat dalam kepala. Orang yang hidup tak mahu fikir memang hidup sesedap rasa lah. Sungguh enak dimakan begitu saja. Tak fikir masa depan. Hari ni, hari ni, esok, esok.... Tapi kawan-kawan, kenyataannya, kehidupan ini warna warni. Kecewa, suka, duka semua itu warna. Baru kita tahu makna kehidupan. Macam kita, masa kecik, kita lain.. Tapi 10 tahun lepas tu, kita jumpa, semua dah lain.. Itu lah warna... Dan 20 tahun lagi, akan tercalit warna-warna lain... So, be strong semua... Selamat berbahagia... Selamat meneruskan perjalanan... Memang, 22 tahun sangat kelam kabut....~

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus