Thursday, June 3, 2010

FAST UPDATE

Share
Rajinnya Hakim update blog bila cuti kan? Blogger contoh memang macam ini.. HAHAHA.. Update seminggu sekali. Kalau update blog sebulan sekali, lagi contoh.. Setahun sekali pun.. Oke tak.. Kalau setahun sekali tu bukan contoh. Tu lumpuh. T_______T Semalam saya dapat satu mesej memperli. “Hai blogger yang rajin update blog!~” .. Sangat mensentap lah bukan. Saya pon bangun dari pembaringan dan mengadap laptop yang dah dua hari tak tidur. Tuan dia saja tidur tak ingat. Heh.. Sekurang-kurangnya tuan dia jogging setiap hari. Kau ada jogging kah laptop? Takda kan? Diam kau!~ Gemok.

Mari update secara pantas. Tak payah buat ayat panjang-panjang.

1. Saya semakin sihat. Ini bukan bermakna saya bertambah berat sebanyak dua puluh tiga perpuluhan lima kilo. Ini bermaksud saya berjaya mengamalkan hidup secara sehat. Sampai sport shoes saya hancur. Sampai saya gam dia empat kali. Sampai dia hancur lagi, dan lagi, dan lagi.. Sampai bunda cakap “Dari beli gam kasut, baik pergi beli kasut baru”.. T______T Oke, bunda kurang faham nasib anak yang miskin.. T____T lagi.

2. Saya sudah mendaftar Celcom 1+5. Tapi sumpah saya cakap pakej ini confusing. Tiba-tiba esok bil naik secara magik. Dua minit lagi naik lagi. Sampai staff Celcom boleh hafal saya yang telefon setiap pagi. Maksud saya, saya mentelefon Celcom secara banyak setiap hari melepaskan soalan berbaur kemarahan kenapa bill asyik naik tiba-tiba macam beranak-pinak. Pedulik apa kan? Tapi saya masih melanggan. Kita tengok seberbaloi-baloi manakah pakej postpaid Celcom. Kalau tak berbaloi-baloi, maka satu entry khas untuk Celcom akan ke udara. Seterusnya? Beralih lah ke DiGi Postpaid. HAHAHA..

3. Salad berjaya mengenepikan saingan nasik. Saya dah pernah cakap, nasik itu membunuh. Percayalah.. Jadi saya berjaya mengelak dari memakan nasik selama tiga.. JAM. Oke fine, tahukah anda, nasik adalah makanan ruji rakyat Malaysia? T_________T Tapi sekurang-kurangnya saya berjaya mengurangkan kuantiti. Dari 3 senduk kepada 1 senduk. Dan kemudian bunda mengkata, “Kucing makan pun banyak lagi..”.. Fine bunda, fine.. Fine!

4. Saya rasa badan sudah tidak begitu bulat. Muka juga sudah ada perubahan positif. Tidak lagi serupa GIANT. Setiap pagi mesti merenung cermin selama 15 minit untuk mempastikan perubahan yang berlaku. Setiap hari.. Setiap hari saya ulang. Dan sememangnya perubahan itu ketara. Cuma bila tanya anak buah, dia pergi bagi respon begini.. “Emm.. Biasa je Acoh tengok.”... Saya diam... Saya tunduk...... dan berlalu pergi.. Dan menumbuk cermin.. Tak guna punya cermin.. HAHAHA.. Oke, itu saya tipu. Saya tak melakukan sebarang keganasan. Saya redha dan pasrah saja.

5. Saya jatuh cinta.. Sebenarnya dah lama. Sepanjang cuti asyik mentengok Nur Kasih. Dan Nur Amina sentiasa membuatkan saya jatuh cinta tanpa gagal. Setiap kali mentengok wajah suci dia terus rasa badan lemah longlai tak boleh bangun. HAHAHA... Betapa lemah lembut lah anak orang neh.. Aduhai.. Okay, sekarang saya cakap pasal Nur Amina, bukan Tiz Zaqyah. A character which is never exists in the reality. Takyah jeles.. Kalau Tiz Zaqyah boleh lah, sila jeles. Dah lah sebaya.. Ai.. Hai Tiz Zaqyah, nak ngorat. Dush!~ HAHAHA..

6. Saya mula malas berblogging secara sangat. Ini semua pon tahu. Bukan apa, kadang-kadang dalam kehidupan sehari-hari (eceh.) takde benda sangat nak cerita. Serius tak tahu nak cerita apa. Macam sekarang neh.. Ni kalau ada cerita, takda lah buat entri menggunakan point-point. Mesti buat karangan panjang berjela-jela.. Tapi sebab malas kan, buat lah entri serupa nota ringkas macam neh. Dan akhirnya? BYE! Entri Tamat..

Ah.. Boringnya entri.... T_________________T

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus