Friday, May 7, 2010

ENTRY PEKASAM..~

Share
Semanjak, dua menjak, tiga menjak masuk ke UUM neh, terasa keinginan terhadap teknologi tak begitu hebat. Kalau dulu masa hingus-hingusan (Blerghh!~) rasanya kalau boleh nak jadi manusia yang memegang gajet paling canggih dalam tangan. Sampai cekgu-cekgu pon kagum budak tingkatan 4 pegang handphone yang baru seminggu keluar di pasaran. Terhangat di pasaran lah orang kata. T______T Tapi perkara itu pon boleh dipandang positively.. It's trained the students how to keep their money.. Dan kemudian melaburkannya secara boros.. T_______T HAHAHAHA...

Tapi semakin kita dewasa, semakin kurang keinginan untuk itu semua. 1 handphone kita pakai, 5-6 tahun lah kita pandang handphone yang sama. Lepas tu akan ada prinsip, asal boleh call, boleh SMS, cukup. Padahal dulu kalau boleh nak MMS, SMS, 3G, kamera, MP3, GPS.. Kalau boleh nak lebih canggih dari semua orang. Semalam keluar benda baru, hari ni dah mula kumpul duit nak dapatkan. Tapi itu dulu lah macam saya kata, masa kehingusan (Blerghhh!~ lagi..). Tapi kalau sekarang ada perasaan nak handphone baru, persoalannya, bukankah itu menjadikan kita terasa sseperti remaja??? HAHAHAHA.. Saya maksudkan ini...


Oke, fine.. Saya dah rasa nak terkam dia secara pantas. Tapi semester ni pon duit keluar lebih pantas dari terkaman saya. HAHAHA.. So, bila dah sedar diri macam neh, tak payah mimpi lah kan? Tapi percayalah, saya akan berjaya menterkam ia dengan kesabaran.. Cepat lah turun harga.. Cepatlah... Kenapa saya mahukan ini? Sebab dia best.....~ No other reason... Atau secara konklusinya, ia cuma sebuah kehendak nafsu membeli. Jangan ikut cara ini. Sila abaikan.. T______T Abaikan.. Abaikan...

Baiklah,kembali kepada cerita-cerita sebulan sejak saya meninggalkan blog. Eh, sebulan dah? Ini rekod, tahu?? HAHAHA.. Mana pernah icemanzwalking tak berupdate selama sebulan?? Mana pernah kan? Oke, boleh bangga sekarang sebab meninggalkan perkara lagha yang satu ini... Yang lagi satu tu, sumpah tak boleh tinggal.. HAHAHA.. Jadi,saya masih berkeadaan baik. Masih hidup. Masih sihat Alhamdulillah.. Err.. Belum bertunang seperti yang ditanyakan oleh sesetengah pihak.. HAHAHA.. Kalau bertunang saya tak akan mentinggalkan blog selama ini.. Mesti akan update punya. Letak gambar tunang sebanyak-banyaknya. Letak gambar majlis yang manis dan tunang yang manis.. Ini sekarang mana ada update.. Mana? Mana? Jadi saya tidak bertunang lagi. Belum.. Belum... Aduih.~



Jangan percaya rumors sangat.. Ada perkataan 'sangat'.. Bermakna sesetengah rumors itu BENAR. Tapi kebanyakannya SALAH. Hahahaha... Kadang-kadang saya pun pelik dari mana datangnya dakwaan-dakwaan kurang sahih itu.. Tapi sesetengah dakwaan itu saya interpretasikan seperti benar. Di dalam Facebook. Kemudian orang akan bertanya bertubi-tubi di dalam Yahoo Messenger, telefon, SMS dan sebagainya. Terasa artis. HAHAHA. Tapi saya tak melakukan itu secara rakus. Saya tidak menukar status hari ini single, esok married, esok tunang, esok complicated, esok widow, janda, nikah gantung ke apa... Saya simpan status diri dalam jiwa. HAHAHAHA... Kan manis..? :P

Oke, dah. Abaikan pasal rumors.. Sesetengah orang boleh tafsir rumors secara bijak dan kemudian merungkainya dengan bijak. Ada orang ambil tahu tapi tak pandai baca lepas tu pergi hentam entah apa-apa.. Ada orang tak mahu ambil tahu tapi sebenarnya dia dah boleh baca.. Saya suka orang jenis ini.. Macam contoh:

Saya bermadah-madah untuk mensorokkan kebenaran bahawa saya membela seekor li on. Seperti "Alangkah bahagianya ada ternakan liar yang comel" (???) Tapi orang jenis ini tak pernah komen macam-macam cakap pasal lion saya.. Tapi tiba-tiba dia tanya, "Lion sihat?"..

There.... Kan itu bijak.... Err.. Tak faham ke? Heh................... "T_________T Pergi lah kau.. Kadang-kadang contoh saya memang susah nak faham.. Sebab sastera tahap tinggi.. T_____T Oke, pasal rumors, kita tutup. Wait and see.. Kalau nak tunggu lah. Kalau tak nak, ignore saja. Tak paksa pon suruh kau ikut cerita serupa merong mahawangsa neh. HAHAHA... Nanti pengsan dan tertekan. Cerita ini panjang sangat.

Sekarang sedang bersenang lenang selepas final exam yang memeritkan kepala. Sumpah perit bertarung dengan sakit kepala sepanjang exam. Saya pun tak faham kenapa setiap kali mata terfokus pada sesuatu (termasuk Facebook-KAGUMNYA!), kepala akan mula berdenyut-denyut dari tengkuk ke atas. Tapi gagah juga membaca segala jenis nota yang ada. Setiap hari sumbat panadol dalam mulut. Itu menakutkan tahu?? Kalau tak telan panadol, tak mungkin kepala akan stabil selama 2 setengah jam. Lepas 1 jam mesti terawang-awang.. T______T

Jadi keseluruhannya, exam hari tu sangat sakit. Sebab itu jugak blog tercerai dari kamus hidup. Mana ada kapasiti lebih nak fikir ayat panjang-panjang macam neh?? Otak sakit, semua benda jadi pending. Nota pon banyak yang pending.. Cuma nasib baik masih ada keinginan nak memaksa diri.. Kalau tidak mesti akan kalah tanpa bertanding. Itu sedih tahu?? Kalah secara malas. Macam hidup tak ada makna. Pergi belajar 4 bulan bangun pagi, tension dengan assignment, sebok buat presentation, tetiba bila final terus rebah tak boleh bangun. Eiuuu....~ Syahdu gila.

Oke, saya berazam akan mengupdate blog secara gigih sepanjang cuti. Kalau gigih lah.. Kalau tidak, kau hadap lah entry neh sebulan lagi.. HAHAHAHA... Lepas ni pergi praktikal dekat Brunei, boleh lah buat entry setiap hari macam pergi honeymoon ke apa... Lepas tu mula lah muntah-muntah baca entry setiap hari. T____T Oke, Maghrib.... Akhir kata....

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus