Saturday, October 30, 2010

MOVE! MOVE! HP? DiGi?

Share
Sebab Miss PinkPolkadots kata blog neh bersawang, jadi saya kena buktikan, yang saya komited untuk kembali menyerlah. HAHAHA.. “Hey! Aku komited lah! Aku komited!”.. Kadang-kadang otak dah tak berapa hebat nak mengayat dalam blog. Biasanya symptom neh datang bila kita kena buat assignments yang membunuh sebanyak lapan puluh dua muka surat.. T_____T Buat assignment pasal PROTON. Tapi pages mengalahkan annual report PROTON. Dan.. Err.. Anda yang jadi group members saya, I am sorry atas segala kecerewetan saya sepanjang mengedit assignment. Saya tak suka assignment kelam kabut.. Alignment, ejaan, jarak ke tak jarak, format, isi kandungan semua kena betul. Front page pon kena professional. Jangan letak benda mengarut-ngarut dengan font yang aneh-aneh. Nanti saya delete jaa semua tu. HAHAHA. Kalau rasa macam saya cerewet, okay, sem depan tak payah carik saya.

Minggu lepas menteman rakan mencari netbook.. Asalnya nak cari notebook, tapi faham-faham lah, di kala semester nak melabuhkan tirai, duit pon dah tak berapa nak melabuhkan poket. Untuk membuat pelaburan bijak, saya suggest dekat SSMN, beli je netbook... Jadi selepas beberapa rundingan, dia agreed. Heh.. Err. Sbenarnya saya yang admire dekat net book neh.. HP Mini 210.. Hohoho... Kalau lah dulu saya ada pendedahan lebih pasal laptop, mesti saya tak akan carik laptop yang sebesar bas neh.. T_________T



So.....,
Hensem kan? RM1400 dengan warranty 3 tahun. Jangan tanya free gift lah.. Pada saya itu tak penting. Sebab most of the gifts bukannya boleh pakai pon.. Dia kasi paling murah punya.. Dan semua gifts yang saya dapat masa beli laptop Acer ni pon sejak hari pertama lagi saya dah buang dalam tong sampah. Sangat useless. Kenapa netbook? Sebab dia kecik dan sebab dia HP.. Hoho.. Bila kecik macam dah tak payah lah nak angkut dengan penyiksaan laptop besar-besar kan.. Since we are travelling banyak-banyak, Selangor – Kedah – Selangor- Kedah dan dia pon bukan lah orang yang tahu duduk diam-diam dalam kolej, netbook adalah pilihan yang sesuai. Kecik, ringan dan mudah.

Kenapa HP..? Sebab saya tak pernah ada pengalaman dengan netbook. Jadi bila tak ada pengalaman, lebih baik kita cari pengeluar yang betul-betul berpengalaman dan berkepakaran tinggi. Mereka yang berkepakaran selalu menyediakan produk yang kompetitif di pasaran. Semakin tinggi pengalaman mereka, semakin baik produk yang keluar. Hey, saya ada cakap ala-ala economist tak? HAHAHA. Sebenarnya untuk pelaburan RM1400, lebih baik carik produk yang betul-betul berkualiti so then kita tak akan menyesal di kemudian hari. Memang ada laptop RM1500.. Lagi puas hati, screen besar. Tapi kalau dah laptop sepatutnya harga RM2500 jadi RM1500, bayangkanlah berapa banyak dia reduced specification dia kan... Nak bagi murah.. Jadi, kualiti.... ‘0’.. Kosong. Itu yang kena format empat puluh lima kali tu. T____T

Sekarang tengah sebok carik DiGi Easy Prepaid.. Err.. Saya nak terminate CELCOM Postpaid sebab saya rasa tak senang dengan bil mereka.. Mula-mula okay saja, tapi bulan ni tetiba satu nombor subline saya sampai RM191.90.. Macam annoying sangat padahal sampai je SMS kata dah sampai 90% penggunaan 20 jam percuma tu, terus tak pakai dah.. So, tak payah lah teruskan. Lagipon macam tak seronok setiap bulan ada debaran bil. HAHAHA.. Let’s move to DIGI.. Digi Easy Prepaid bagi kita FREE Call dan SMS selama 60 jam, setiap bulan untuk 3 orang pilihan. Err.. CELCOM bagi 20 jam saja okay... ;p Tak payah risau dengan bil yang macam meroyan saja sistem dia tu..


*Maxis?? Err.. Sorry, belum terbukak hati.. ;p

So, selamat datang DiGi.. Kita tengok adakah DiGi always the smarter choice atau the choice to be throw away macam CELCOM postpaid.. Heh..~ Ohya, memandangkan pek sim neh macam susah nak carik, for those yang dah pakai prepaid DiGi tu, anda boleh tukar jugak ke plan baru neh.. Tapi untuk DiGi Campus, mintak sori, anda tak boleh.. Sila beli sim baru.. :p Kesiannn..~ Tak apa, bukan mahal sangat. Kalau Blackberry boleh beli, takkan sim RM10.80 tak boleh.. Ngeh ngeh... :p Apa guna Phone mahal tanpa credit kan? Demi penjimatan hebat, boleh lah fikir-fikirkan dan selamat beramall...~ Maklumat lanjut, sila klik sini.

UUM tengah sebok dengan pesta konvo.. Selamat berpesta kawan-kawan di sana.. Tahun depan turn kita konvo pulak..... Uuuppsss...~ Sorry yang ambik course 4 tahun.. Hee.. Tolong carikkan blazer dekat dewan TSO... Semester depan ada grand dinner.. So saya dah pening-pening nak pakai baju apa.. Tema Oscar pulak tu.. Dah siap survey-survey kedai online dah... Tapi.. Hey, Khairul Hakim macam tak berapa nak pandai sangat berfesyen yaa.. Mintak sori atas kekurangan ini.. T______T Dia cuma tahu iron pakaian setajam pedang dan bersiap sekemas CEO saja.. Lain-lain dia tak tahu.. Pilih warna pon macam tak berapa kacak sangat. Sebab balik-balik warna gelap, balik-balik warna gelap.. Naseb baik ada baju hungu sehelai buat penyedap mata.. T_______T

Oke, ini kira rekod lah kan buat entry banyak-banyak.. Harap-harap tak malas dah.. Sekian.

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus