Friday, October 1, 2010

UPDATE LAJU-LAJU

Share
Akhirnya...~

Oh, sumpah sejak raya kedua, ketiga, empat, lima, enam dah tujuh memang kekurangan mood untuk menulis entry yang enak-enak.. Padahal Aidilfitri berlalu dengan sepenuh riang ria macam kota keriangan.. Saya kalau boleh nak update gigih-gigih setiap hari sepanjang raya.. Tapi nak buat macam mana.. Malas lebih gigih bertakhta di hati.. T_____T

Ehemm.. Pertamanya saya mintak sori sebab keputusan PERADUAN PUJI MEMUJI masih belum diumumkan.. Ada dua penyertaan yang bertanding secara sengit sampai tersenget-senget saya nak pilih salah satu.. Saya harap bila dah diumumkan nanti, kedua-dua blog ini akan dapat menang secara bersama.. Setiap seorang akan dapat RM50.. Tapi.. Tapi.. Itu harapan saya lah.. Malangnya tidak mungkin.. HAHAHAHA.. Jadi, andainya anda tewas, jangan lah anggap anda tidak berjaya memuji.. Sungguh, pujian anda sangat hebat sampai kadang-kadang terasa "rupanya kehidupan saya neh aneh"... Jadi anggaplah yang tewas itu kurang bernasib baik..

Kawan-kawan ex-SKBK, saya dah empat belas kali tulis entry tentang baraan 13 kereta, 35 orang dan 16 buah rumah yang super havoc yang kita buat sampai mengundang air mata... T_____T Tapi ayat-ayat saya sering kali menyentuh hati.. Saya jadi tak berapa tabah nak mencerita tentang anda.. Dan, saya rasa.... Gambar-gambar dari DSLR itu macam susah untuk di'edit'.. Jadi, dengan jiwa yang kurang tabah jugak, saya membatalkan niat menyiarkan cerita tersebot.. Tapi ingatlah, anda-anda semua memang BEST. Dan anda semua antara manusia-manusia yang hadir menyerikan NEW LIFE saya.. Raya saya menjadi lebih hebat setiap tahun.. THANKS! :)

Cikgu-cikgu saya.. Macam biasa, saya merasa sungguh kecewa tak dapat beraya di rumah anda.. Tak berkesempatan.. Tapi Alhamdulillah, rumah Ayahanda Wazir, Ummi Salimah dan Cikgu Hanafi saya masih sempat. Err.. Rumah ummi itu pon saya pergi dengan kawan-kawan sekolah rendah jugak.. Dan, saya rasa berdosa memaksa beliau untuk stay di rumah menjelang 9.30 malam.. Sebab sungguh seksa nak jumpa.. Tapi tak apa, dah mintak maaf.. HAHAHAHA.. Cikgu-cikgu sekalian, Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.. You are always in my heart.. Tak pernah lupa dalam setiap doa-doa saya InsyaAllah.. :)

Ohya, pulang dari kampung hari tu, saya diserang SAKIT RUMAH (home sick) secara serius. Bukan saya saja, seluruh warga Ex-SKBK yang bergembira semasa baraan pon mengalami situasi yang sama.. Gambar-gambar hari raya tiba-tiba menjadi sesuatu yang sungguh menyakitkan... Tak boleh tengok.. Dan, lebih serius ada yang menangis-nagis sepanjang 5 hari.. Heh..~ Emosi kan baraan kita? Oke, saya cuba untuk mentulis tentang baraan tersebut.. Tapi tak janji... Anda yang terasa nak tengok betapa havoc baraan tersebot, boleh terus ke FACEBOOK saya.

Raya Haji nanti saya balik. Tak kira.. Even waktu tersebot masih dalam musim final exam.. Tapi tak apa... Saya rasa ketupat palas dan rendang made by bunda lebih berharga waktu tersebot.. Lagipon, saya tak nak gagal menyertai takbir raya di rumah.. T___________T Meruntun jiwa nanti..

Oke, entry ini siap.. Berdoalah semoga entri ini satu permulaan baik untuk saya membuang sifat malas terhadap blog.. T_____T Amin..~

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus