Friday, August 28, 2009

NOTA RAMADHAN

Share
Assalamualaikum.. Hari ni puasa ke-6. Tiada perubahan.. Cuma rasanya dah pandai sikit beli makanan berbuka tak membazir macam syaitan.. HAHAHA.. Sebenarnya bukan pandai, cuma memang bazar Ramadhan tak banyak makanan sangat.. Kalau nak bandingkan dengan semester satu dulu, rasanya semester satu memang menggoda jiwa raga bila turun bazar. Puasa kali ni saya tak makan maggi lagi.. Sebab kaya. HAHAHA..

Sepanjang 6 hari puasa, rasanya waktu tidur dah tak tentu sangat dah. Saya pon dah tak pandai sangat nak tidur... Entah bila tidur, bila jaga semua dah gundah-gulana dah.. Sawan apa ntah. Ohya, 2-3 hari neh sebok dengan assignment Malaysia's Foreign Policy.. Kena present TADI. Bermaksud assignment ini sudah selesai.. Rupanya point saya salah sikit. Saja letak sikit warna merah, so tak nampak teruk sangat.. HAHAHA.. Tapi kena puji; "Khairul, you have a good voice, you have a very good English.. But.."- Prof Ranjit Singh. Yang 'but...' tu takyah cerita lah.. Itu dia nak cakap point saya salah sikit lah.. Tak apa, saya betulkan esok dan hantar semula. Nasib baik boleh betulkan, kalau tak rugi markah saya.

Saya suka sahurlah.. Entah kenapa ntah.. Waktu sahur macam mood baik gila.. Nak buat apa pon rasa bahagia.. HAHAHA.. Cuma tak tahu nak sahur apa dah... Saya tak makan nasik sekarang.. Alang-alang puasa, sekali diet aah.. Baik untuk kesihatan anda. Saya cuma makan mee dan kuih saja.. Berbuka pon begitu.. Ais juga blacklist sekarang.. See, saya ada kesedaran tentang ksihatan sekarang.. Ehem. Pesanan daripada : Kementerian Kesihatan Icemanzwalking. :P

Ehem.. Sepatutnya dah mula beli baju raya.. Tapi tak pergi beli lagi.. Saya sebenarnya tak berapa nak suka pakai baju melayu beli.. Saya tak suka.. Sebab pertama, ianya MAHAL. Untuk pakai sekali saja, RM130 itu mahal.. Sebab kedua, tiada nilai estetika.. Sebenarnya saya tak tahu 'estetika' itu apa.. Saja letak macam sedap bunyi dia.. HAHAHA.. Saya berannoying sekejap. Tapi dalam perancangan, akan beli baju Melayu warna kelabu tahun neh.. Dengan kain samarinda hitam/kelabu.. Seriously cantik.. Hari tu nampak baju melayu hijau super cantik dengan sampin songket corak rama-rama.. Betapa cantiklah baju tersebot.. RM150.. Dah nak sambar sepasang dah. Tapi bila tanya; "Sampin tu sekali harga ke?", dia jawab; "Tak, sampain lain harga, RM250".. Dah, tumpang lalu.. HAHAHA..

Dah beli tiket balik.. 17hb malam.. Terpaksa bergerak dari Alor Setar sebab tiket dari Changlun HABIS. Hari tu bincang sama Sam, nak balik raya naik keretapi.. Feeling sikit. Tapi fikir balik, 11 jam.. Ah, punggung kebas nanti.. HAHAHA.. Cancel, bas jugak.. Seriously dah tak sabar nak balik.. Serius... Lagu raya dah berkumandang hari-hari dalam bilik.. Dendang Perantau~. Tahun neh abang Long raya di Selangor.. Jadi seronok sikit.. Oke, mata saya dah kecik sebenarnya.. Nak tilam!! Dah...

Monday, August 24, 2009

INSPIRASI MELAWATI

Share Assalamualaikum..
Salam Ramadhan Al-Mubarak..

Sempat berpuasa di rumah 1 hari.. Lepas tu rasa dah nak berhenti belajar dah tak sanggup balik kampus.. HAHAHAHA.. Aura puasa kat rumah neh memang menambat hati lah... Bila puasa kat kampus memang syahdu aah buka puasa sorang-sorang macam merempat ke apa ntah.. Dah aah sejak balik kampus neh hati tak berapa nak seronok sangat... Rasa macam terhimpit-himpit dengan kerja.. Omaigod... Letih setiap hari.. Seriously letih. Dan semalam adalah hari paling meletihkan sepanjang semester 3.. Sampai kolej jam 6.30 pagi, iron baju, mandi dan terus ke class.. Sampai pkol 11 malam.. Dah tak boleh focus apa dah... Semalam belajar apa ntah sumpah tak tahu.. Uh....~

Assignment banyak. Berapa kali nak cakap ntah.. Dalam 2 minggu neh akan berOBAMA sekejap.. BerOBAMA bermaksud kebizian melampau dan mempunyai daya tahan tekanan yang rendah.. Emosi kurang menentu dan blog terabai.. Statement blog terabai neh macam dah selalu sangat dengar dan tak boleh dipercaya sangat lah bukan? HAHAHA... Saya tiada bakat mentinggalkan blog lama-lama.. Tiada.. Baik jangan percaya sangat cakap saya nak abaikan blog.. Walaupon sebenarnya saya harap, saya mampu mentinggalkan blog.. Saya tetap nasihatkan anda jangan percaya sangat. Nanti anda rasa tertipu..

Mesti anda perasan perenggan di atas annoying.. HAHAHA... Mari lah saya bawa anda bercerita.. Baik, mula.. Cuti semester tempoh hari seronok.. Pergi Bukit Melawati sama Sam dan Ayahanda Wazir.. Serius pertama kali sampai tempat neh.. Cantik.. Saya tahu anda bukan suka sangat tempat bersejarah macam neh kan? Kan? Anda lebih suka lepak di shopping complex.. Tapi dengarlah nasihat saya. Anda perlu pergi ke sini... Tempat ini cantik berpandangan laut dan pekan-pekan lama.. Serius.. Sila pergi.. Kalau anda berani mempegang monkey juga saya nasihatkan datanglah ke sini.. Tapi jangan tanya saya ada pegang monkey ke tidak.. Jawapan dia 'MARI SAYA MENAMPAR ANDA'.. HAHAHA.. Saya tak suka monkey.. Dia memegang rekod binatang yang pernah memalukan saya.. Saya benci monkey! HAHAHA..







Kemudian setelah menjelajah ke seluruh kawasan tersebot dan mendengar cerita mistik seorang pakcik yang kami confused ntah manusia entah bukan, kami pergi ke KFC makan tengah hari dan bercerita hebat sama Ayahanda Wazir.. Cerita beliau selalu membuatkan saya berfikir jauh... Selalu buat saya beringat... Dan kadang-kadang membuatkan hati saya panas membara-bara rasa nak pergi menserang orang-orang terlibat.. Cuma saya tidak dilahirkan jadi samseng atau kaki pukul saja.. HAHAHA... Kalau tidak mesti orang tersebut tiada lagi di muka bumi.. Sumpah saya sama Sam dah terbakar-bakar hati nurani dah.. Ayahanda Wazir saja cuba mentenangkan hati.. Saya seorang yang mensayangkan cikgu-cikgu saya.. Jadi apa-apa jadi, saya tetap mempertahankan cikgu-cikgu saya.. Siapa berani menserang dan mengkhianati cikgu saya, sedia lah untuk diserang oleh saya.. Saya sedang mengkasi warning neh.. HATI-HATI KAU KEREPOT!



Ehem. Move. Kemudian kami pergi bersentimental di pantai.. Ni tempat kegemaran Sam lah neh.. Pergi merenung air pasang macam seronok lah sambil membaling-baling kulit kerang ke dalam laut.. HAHAHA... Kemudian pergi membincang pasal teman hidup dan sebagainya sambil mempanjat dahan-dahan pokok.. Ayahanda Wazir dah merenung jauh dah..... Saya dan Sam biar saja Ayahanda melayan perasaan sama laut pasang.. Biar beliau tenang sekejap.. Sehari bersama Ayahanda Wazir walaupon penat tapi tetap seronok.. Rasanya lebih dewasa bila mendengar cerita-cerita beliau.. Dan memotivasikan diri untuk jadi lebih baik dan lebih menyayangi cikgu-cikgu saya... Saya tidak mementingkan mereka yang tidak mengajar saya.. Saya tidak akan membelakangi guru-guru yang mengajar saya.. Walau dengan alasan apa sekali pon.. Saya tidak akan begitu..



Bagi saya, seorang guru sepatutnya disanjung.. Seperti juga ilmuan-ilmuan Islam dulu yang sangat menyanjungi guru-guru mereka.. Tapi malang anak-anak sekarang lebih mementingkan diri daripada menghormati guru-guru mereka.. Lebih mementingkan rasa hati dari patuh kepada guru sendiri.. Mereka diasuh dan dijaga oleh guru-guru, tapi akhirnya mengkhianati mereka... Ini kerana apa? Kerana gelapnya hati. Kerana rasa diri sendiri cukup matang menilai.. Kerana ego.. Adik-adik saya, tolonglah berfikir.... Ilmu yang berkat itu dari guru-guru yang mengajar anda.. Guru yang menjaga anda.. Tanpa restu mereka, ilmu mana yang berkat..? Anda mahu membesar dengan ilmu yang tidak berkat? Satu nasihat saya, JAGA HATI GURU-GURU ANDA. Sekali mereka kecewa, hilanglah keberkatan ilmu dari anda semua... Ya, ibu bapa yang menjaga anda.. Ibu bapa lebih dari segala-galanya.. Tapi guru juga ibu dan bapa kepada kita. Doa mereka afdal.. Doa mereka diperkenankan.. Hati mereka juga doa.. Ingatlah.. Ingat... Hormati dan sayangi mereka..

Maaf terformal tetiba.. Saya sentiasa emosi bila mentulis tentang guru-guru saya.. Saya tidak dilahirkan dengan rasa sayang kepada guru-guru.. Tapi saya mempunyai kesedaran tinggi tentang siapa guru-guru kepada saya.. Kerana itu saya sangat menyayangi mereka.. Kerana itu saya menghormati mereka.. Kerana itu saya cuba memberi yang terbaik kepada mereka.. Sama seperti apa yang saya lakukan kepada ibu bapa saya... Terpulang kepada anda yang mungkin berfikir tentang penulisan saya.. Entry saya ditamatkan dengan rasa rendah diri.. Wassalam..

Friday, August 21, 2009

DUA SINGGIT!!

Share



Klik untuk imej lebih besar

URGENT!

Design untuk student form 5 Science 1 SMKSKI. Seriously dah lama tak design T-Shirt.. So mintak pandangan please.. 2-3 design lagi dalam proses.. Sila selalu ke sini mentengok design-design lain... TQ.

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus