Thursday, July 29, 2010

PROTOKOL ITU SIKSA

Share
Protokol adalah sejenis ubat.. Tak, tak... Itu Breacol.. HAHAHA.. Protokol macam yang anda semua tahu adalah sejenis perlakuan plastik yang pada hemat saya melanggar ciri-ciri dan fitrah semula jadi manusia. Heh..~ EDC UUM buat kursus protokol untuk para student COLGIS UUM kelmarin. Bukan lah tak fun, tapi serius cakap, kursus protokol memang gila penat tak boleh blah. Nak makan chicken chop bukan main lenguh-lenguh tangan. Padahal kalau makan dalam bilik memang takkan lenguh tangan punya. Lenguh rahang ada lah.. HAHAHA.. Tak faham? Tak apa... Tak payah faham..... T____T



EDC indah ke tidak? Entah lah.. Saya tak lah tertarik sangat dengan apa itu EDC.. Sumpah sampai sekarang pon saya tak tahu EDC tu stand for what.. HAHAHAHA... Yang saya tahu EDC sebuah hotel di pinggiran... Err.., HUTAN.. Untuk sebuah hotel di tengah hutan, rasanya aneh.. Dan lebih aneh bila sebuah hotel tak menampilkan landskap yang menarik.. Maksud saya, tak cukup menarik lah.. Atau mungkin saya tak pernah masuk lagi jauh selain dari cafe dan dewan dia. Orang kata, jauh perjalanan luas pemandangan.. Heh.. Kau tengok lah Hakim dah nak melalut dah...

Mari cerita kursus protokol. Kursus protokol dijalankan di dewan yang menarik.. (Tetiba je menarik kan) Walau pun taklah menarik sangat macam PWTC (PWTC bukan hotel, sekarang saya cakap pasal dewan), tapi berbaloilah untuk bayaran sebanyak lima ringgit. Ehem.. Walaupon dinamakan kursus protokol, tapi taklah protokol sangat bila dah 1 meja tu semua kawan kita kan? Semua pon melanggar tatasusila dewan.. HAHAHA... Tapi penceramah tu sangat funny.. Tak boring........................... Eh, tapi boring jugak sebab dah banyak sangat cakap.. T____T



Makanan? Sweet Bun yang bernama aneh, mushroop soup, chicken chop dan air oren. Baru tahu, bila dalam protokol neh, semua benda ada nama samaran.. HAHAHA.. Sudu pon ada nama lain.. Gelas pon nama lain... Eh, jangan terasa pelik bila saya mengkata Sweet Bun dan butter dekat sini pon sedap, sebab.... Sebab memang sedap.. Tak tahulah kalau itu semua ilusi pancaindera atau apa.. Sebab masa tu lapar gila, jadi membelasah lah semua benda.. Roti pon sedap.. Sampai masuk poket butter tersebut.. HAHAHAHA..

Mushroom soup? Sedap jugak... But to0 creamy lah saya rasa.. Tak kesah lah as long dia masih layak berada dalam kumpulan makanan yang enak. Chicken chop lagi lah sedap.. Mana ada chicken chop pernah kalah dengan makanan lain.. HAHAHA.. I love western food secara sangat, mind you. Tapi serius memang penat nak menjamah chicken chop. Tangan, jari, malah pinggang yang tak berada dalam senarai anggota terlibat pon terasa sakit.. T____T Sakit-sakit pon habes jugak.. Alhamdulillah.. 5 jam kursus... Memang penat...



Err... Kita pergi lagi bulan September ni nak? Ngeee...~ :p

Friday, July 23, 2010

SAYA NAMPAK MASA DEPAN

Share
Bukan macam 4-5 tahun dulu.. Bukan macam zaman-zaman remaja yang cuma tahu enjoy.. Err.. In fact, saya tak lah enjoy sangat masa dalam lingkungan 17-18 tahun dulu.. Keluar dengan kawan.. Jalan tak tentu hala dalam shopping complex.. Saya jarang menikmati zaman-zaman itu. Okay, ingat tajuk.. Ingat tajuk... Ehem.. Untuk tahun terakhir di UUM (cepatnya) saya mula nampak masa depan secara jelas, nyata dan terang. Bila saya nak buat itu, ini, beli itu, beli ini... Semuanya nampak teratur.. Tapi, itu perancangan dan bayangan.. Allah tentukan semuanya.. Saya tahu. Tapi sekurang-kurangnya, saya tahu apa saya perlu buat untuk semua yang saya fikirkan.



Kadang-kadang terasa masa-masa tu semua ada cukup dekat dengan diri.. Semuanya push kita suruh buat cepat-cepat sikit. HAHAHA.. Sampai kadang-kadang rasa penat berfikir.. Penat nak rushing prepare itu dan ini.. Itu yang kadang-kadang sehari suntuk takda status dekat FB.. Heh..~ Penat fikirlah tu.. Orang kata; "umur masih muda, enjoy dulu....." Saya tak faham sangat maksud enjoy tu apa.. Enjoy tu, hanging out dengan kawan lagi kaa apa..?? Serius saya tak tahu... Sebab dari kecik pon, saya mana ada kawan sangat untuk mengenjoykan diri sendiri. HAHAHA.. Jadi sekarang saya terus serius pada masa depan.. Mungkin pada sesetengah orang, belom masanya fikir semua perkara yang memenatkan otak macam saya.. Tapi bagi saya, ini masa yang sesuai untuk elakkan diri dari cuma berharap pada takdir. FIKIR... FIKIR.. FIKIR....

Semuanya tak jauh.. Serius. 3 tahun? 4 tahun? It’s just around da corner... Contohnya 3 tahun study for my degree.. Rasanya baru semalam mintak restu cekgu-cekgu sekalian.. Rasanya baru semalam shopping macam gila.. Rasanya baru semalam berdilema nak masuk UUM.. Sekarang? Final year student?! 3 tahun dah?? Sekejap kan?? Guys, masa berlalu sangat pantas okay.. Ini bukan masa main-main.. Ini masa untuk KEDEWASAAN.. Be strong and step forward. Bukan be strong to play-play.. HAHAHA.. Bila nak sampai destinasi?? 3-4 tahun serupa 3-4 minggu yaa.. Mind you... Bila nak prepare dengan corak hidup yang mendatang.. As a worker, as a father, as a husband/wife????



For those yang bercinta, ini bukan masanya nak enjoy okay.. Dah jumpa Mr. Right? Ms. Right? Come on, bukan lagi zaman budak-budak nak dating tak tentu hala.. STEP FORWARD. Majoriti kawan-kawan saya dah ada calon.. Ini sem 5.. Selangkah lagi, dah nak masuk alam kerja.. Pandai-pandai lah fikir nak buat apa.. But please remember – FAMILY FIRST! Dan ini masanya untuk membentuk.. Terangkan keadaan family.. Terangkan siapa kita.. Macam mana kita... Jangan fikir istilah TERIMA SEADANYA tu sesuatu yang heaven. Percayalah, masing-masing mengharapkan yang terbaik untuk ‘disertakan’ dalam keluarga. Dan kaum adam, anda bertanggungjawab membentuk! Bukan sorong anak dara orang untuk ENJOY.. Dia orang ada family.. Ada mak ayah.. Jadi, respect them first! Bukan datang ambik dekat rumah, malam hantar balik.. Mintak izin pon takda... Kau ambik anak ayam suka hati pon kena kejar dengan mak ayam kan?? Ingat, sikap anda mempengaruhi persepsi mereka semua.. Belajar hormatkan mereka. Please..

Berpisah bukan sesuatu yang buruk. Tak boleh nak sesuaikan diri.. Tak boleh ngam.. Mak ayah tak suka.. Go on for the word P.E.R.P.I.S.A.H.A.N. Bukan teruk.. Tapi itu tandanya anda concern dengan diri sendiri dan family. Memang kadang-kadang menyakitkan, tapi percayalah, kadang-kadang, itu yang terbaik untuk masa depan. Bila nampak dia ada potensi berkelakuan buruk dalam keluarga anda, dah nasihat tapi tak respon, sila ambil tindakan.. Jangan nanti mak ayah yang terasa.. Jangan nanti keluarga tak selesa. Sementara takda ikatan, anda masih boleh menilai dan mencari. Okay, ini dah masuk tajuk apa.. HAHAHAHA...



Konklusinya, hidup dengan cara dewasa.. Ini bukan masa enjoy.. I stressed it up. BUKAN MASA ENJOY.. Ini masa untuk berfikir. Pandang keadaan sekeliling dengan kedewasaan. Pandang macam mana anda dengan keadaan sekeliling untuk 5 tahun akan datang.. Takdir itu ada, tapi anda berhak for ur future..

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri
Surah Ar-Ra’d (ayat 11)

BERUBAH.. BERUBAH.. BERUBAH..!~

Wednesday, July 14, 2010

RASA ANEH LAGI

Share


Sejak semalam rasa kurang tenang...
Macam hilang sesuatu..
Semangat pon dah tak berapa nak tinggi...
Kenapa? Susah nak cakap...
Selagi semuanya masih rahsia..
Rahsia lebih penting atau semangat lebih penting?
Okay, dua-dua pon penting..
Jadi biarkan dulu diriku dibelenggu anehnya rasa ini..
Ewahhhhhh!

Dicatat dengan gundah gulana oleh:

KHAIRUL HAKIM
-14 Julai 2010-

p/s : Gambar tidak bermotifkan apa-apa selain untuk mencantekkan entry semata-mata.

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus