Saturday, April 25, 2009

HADIAH SESAT DAN OTAK PADAT

Share
Sekarang detik-detik terakhir dalam semester 2. 2 paper lagi yang tinggal. Secara jujurnya sekarang mood exam semakin kurang. Entah kenapa ntah tak berapa pasti sangat. Tapi selagi ada sisa-sisa semangat yang tinggal, saya akan terus cuba berjuang. Walaupun tak tidur malam (padahal sejak akhir-akhir neh asyik gagal bangun pukul 3 pagi).. Walaupun tak cukup makan.. Walaupun tak berapa faham tengah baca pasal apa. Teruskan berjuang.



Tak seronok lah mentulis entry dengan ayat serius macam baca pengumman darurat neh. Macam bukan dalam Icemanzwalking lah bukan? HAHAHA.. Macam dalam blog Al-Maunah ke apa ntah.. Oke, back to da topic (kembali kepada topik). Patriotisme betul lah sekarang. Beberapa hari lepas saya terima satu bungkusan. Sempena hari lahir saya Januari lepas. Punyalah lama baru sampai hadiah. Tak besar. Tapi seronoklah pertama kali dapat present dari readers.. Hadiah dari Jordan dan diposkan dari Sungai Petani, Kedah Darul Aman.



Bookmark dari Jordan.



Pesanan penaja.. HAHAHA.. Sepatutnya cakap "sori lambat 3 bulan".

Cantik. Terima kasih. Memang takkan guna sebab memang jadi tabiat saya tak kan guna hadiah orang bagi. Kecuali baju, jam tangan dan apa-apa barang yang boleh diakai sebagai aksesori sebagai tanda penghargaan. Selain tu akan disimpan dalam almari.. HAHAHA.. Terima kasih Ulya Hlovate.

P/S: Entry pendek sebab tak kuasa nak buat entry panjang. Esok exam Principal of Management. Doakan saya. Semoga mampu menjawab soalan dengan sebaik-baiknya.. Amin..~

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus