Monday, April 20, 2009

UPDATE 1

Share
Tora datang lagi!! Walaupun tak berapa ada masa sangat nak menconteng-conteng tak tentu pasal padahal masih ada 3 paper tak habis lagi. Tapi sebab saya kesian dengan blog neh macam dah tak berpenghuni.. Anak mati parents ke apa ntah.. Duduk sorang-sorang kalau bukak asyik nampak gambar saya ambik masa blackout dan terbau wangi colok India tu.. Kau tahu hari tu India depan neh pasang colok dia sampai penuh asap satu bilik.. Lepas tu siren kebakaran bilik dia berbunyi. Boleh pulak dia marah siren tu bunyi dengan bahasa dia yang macam sanskrit tu. Ntah tak cukup akal ke apa ntah dia neh. Cuba aku tanya ngkau sikit macam mana ngkau boleh tidur punya nyenyak dengan asap macam kilang terbakar pun ngkau boleh steady? Err.. Oke, ini bukan entry nak cakap pasal India ke apa.. Move! Move!!

Saya sebenarnya mentaip entry sebab saya tidak bersebab. Maksud saya, mentaip entry tanpa arah tujuan. Jadi, entry ini tidak bercerita apa-apa selain apa yang ada dalam kepala otak yang semacam lesu sebab hari-hari menghadap buku tebal. Jadi kalau anda rasa entry saya tak seronok atau buat anda mual-mual bila baca, sila pergi dari SINI! HAHAHA.. Sekarang tengah sebok sangat dengan final exam yang buat saya tak lalu tidur, tak lalu makan, tak lalu mandi, tak lalu keluar bilik, tak lalu tulis entry.. Semua tak lalu.. HAHAHA.. Tumpang lalu. Jadi normal lah bukan kalau blog tiba-tiba macam tak berpenghuni sikit... Ngkau bukan tak tahu bila final semua benda jadi tak berapa normal. Lepastu satu lagi perangai bila final exam, semua tak sabar tunggu sale kotak. Sale kotak? Sebab nak kemas barang dah. Balik kampung.. Ya Allah suka. Habis mukadimah. Mari masuk isi.

Seminggu lepas adalah dua tiga orang pergi PM saya di YM. PM adalah private message, bukan Perdana Menteri. Apakah hal kaitan perdana menteri dengan entry saya? Oke, mereka tanya kenapa pergi tukar blog? Kenapa tukar cara tulis blog? Kenapa tak buat entry dalam English? Nampak style sikit. Sebab apa macam tu? Sebab apa macam ni? Semua benda dia tanya. Kau tahu macam kena serang pulak dah.. HAHAHA.. Saya assume mereka readers dari blog lama dulu. Oke, saya jawab semua soalan sekarang.

1. Kenapa pergi tukar blog?

Sebab memang dah tak tahu nak pergi mana lagi. Jadi pergi tukar blog lah.. HAHAHA.. Kau tukar struktur ayat sikit. Oke, jawab.. Jawab.. Saya tukar blog sebab saya rasa saya kena buat kehidupan baru.. (Macam mana nak buat ayat tak emosi sangat neh?). Sebab bila kita rasa semua kenangan dalam blog lama sudah TIADA, jadi takda makna nak stay dengan blog lama. Nanti akan timbul macam-macam soalan. "Yang dulu mana?", "Siapa tinggal siapa?", "Eh dulu tengok elok je cerita dalam blog?".. Kau tahu punya menyampah dengan soalan-soalan takda makna neh. Kau berani, tanyalah! Tanya! Tanya! Meh sini saya lempang muka anda beramai-ramai.. HAHAHAHA... (Kasar neh, kasar..)

2. Kenapa tukar cara tulis dalam blog?

Sebab kadang-kadang kita tak perasaan kita mentukar cara penulisan. Sebab manusia akan sentiasa berubah dari sudut apa pun. Sudut. Bukan sedut.. Kau baca baik-baik sikit. Tapi sejak ditanya macam neh, saya rasa memang ada perubahan. Memanglah.. Sebab saya membesar. Bila besar, cara pemikiran akan berubah.. Sudut pandangan akan berubah dan cara bercakap akan berubah. Tapi hati tak berubah. Mind u!! HAHAHA.. Dan penulisan neh macam lebih ada energy dari blog lama. Bukan? Tak suka? Pergi baca blog lama saya dua ratus kali. Mesti kau rasa boring jugak. Mari, kita berubah.. Eheh..

3. Kenapa tak buat entry dalam English? Style sikit.

Sebab kau kena faham sikit blog neh untuk semua lapisan masyarakat. Dari Perdana Menteri sampai ke penoreh getah, pengutip sampah, peminta sedekah semua pun boleh baca. Kalau saya tulis dalam English, jadi hal pulak orang nak faham. Jadi, ringkasnya, blog ini berjiwa Malaysia.. Dibangunkan oleh manusia yang sederhana, untuk semua. Kau tengok, dah macam manifesto pilihanraya ke apa ntah ni. HAHAHA.. Lagipun entry dalam English macam takda perasaan sikit. Bosan dan tak dapat nak goreng ayat sangat. Nanti bila ayat tak sedap kau kata pulak saya tak pandai tulis dah.. Kan susah. Ingat jadi blogger prihatin ni senang?

4. Tak sayang blog lama?

Tak. Completely not. (Completely not bermakna LANGSUNG TIDAK). Jangan tanya kenapa. Mestilah jawapan dia saya memang tak sayang dah. (Padahal dalam hati..). Kan saya selalu cakap.. Jangan ingat kenangan menyakitkan hati.. Jangan ingat.. Pergi buat kenangan baru.. Hidup baru.. Tulisan baru.. GF baru..? Meh sini pipi kau!! HAHAHA.. Lepas ni buat entry pasal wanita idaman lah pulak.. Tiba-tiba dapat idea. Boleh? Tak? Pedulik apakah.. Blog saya.. HAHAHA..

5. Mana belajar buat ayat?

Belajar sendiri. Ingat ada cikgu Bahasa Melayu yang nak ajar ayat tunggang lagang tapi sedap macam neh? HAHAHA... Ayat dalam blog haruslah dari dalam jiwa, bukan ayat doktor dan bukan ayat macam nak buat ucapan umum.. Kau bayangkan saya buat ayat macam neh:

"Assalamualaikum. Hari ini sangatlah penat. Saya berkehendakkan ABC di kedai pakcik mall. Tapi apakan daya beliau tak berniaga pada hari ini. Diikutkan hati, ingin sahaja saya membakar kedai dia kerana saya memang mengidam ABC beliau.. Tetapi nanti buruk pula padahnya kerana saya pasti tak akan dapat makan ABC beliau lagi"

Kan nak muntah macam tu? Suka? Kau keluar skang!! HAHAHA.. Kasar.. Kasar... Oke. cukup 5 soalan sebab soalan lain berbentuk peribadi. Tak payah tanya soalan peribadi. Maksud saya hubungan saya dengan sesiapa pun jangan tanya. Soalan atau statement berbaur keperibadian tak akan disentuh dalam blog. Sebab? Sebab saya tak suka. Buang masa. Kalau kahwin nanti boleh cerita dalam blog. Oke? Baik, move lagi. Move!!

Kau nak move apa? Sekarang nak tutup entry.. Esok entry neh bakal diedit sebab kena masuk gambar hadiah sesat.. Jumpa esok.. Kau tidur.. Tidur..

JADUAL EXAM SAYA ADALAH SEPERTI BERIKUT:

  1. 10 APRIL: Process Writing.
  2. 16 APRIL: Information of Communication and Society.
  3. 18 APRIL: Malay Language for Management.
  4. 19 APRIL: Ethnic Relations.
  5. 24 APRIL: International Relations.
  6. 28 APRIL: Principal of Management.
  7. 04 MEI: Introduction to Political Science.

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus