Monday, June 28, 2010

JANGAN STALK SAYA NAK PERGI BUKIT CAHAYA

Share


Cuti semakin lama semakin sedikit... Buat masa ni, cuti dalam keadaan nazak. Tinggal 2 minggu. Nak kata apa? Cuti ni teruk? Tak jugak.. Kalau diikutkan, cuti sem lepas lebih teruk sampai menggugat keputusan exam.. (takda kaitan).. Jadi saya anggap cuti kali ini lebih baik berikutan keputusan exam yang jauh lebih baik... Wahahaha.. Siapa ajar penilaian cuti berdasarkan result? Saya ajar.. HAHAHA... Okay, sebenarnya saya nak cerita tentang niat di hati tak nak berpisah nak pergi Bukit Cahaya Sri Alam... Sebenarnya saya dah insaf dah sejak pergi Bukit Cahaya 2 tahun lepas bila tempat tersebut macam sangat LOSER. Macam nothing to do.. Kosong. Tak berseri, tak hebat, tak canggih, tak mengujakan, tak semua pon takkk! Macam kebun belakang rumah saja...

Tak pasti lah whether itu kesilapan saya tak tahu explore dengan sepenuh hati ke apa.. Tapi seriously, masa itu, tempat tersebot memang kosong. Cuma ada indon saja pandang orang macam nak kena terajang. Dan gerai-gerai buruk yang.. KOSONG. Tapi apa motifnya saya pergi buat kali ke-2?? Sebab ramai orang yang pergi ke sana semuanya ada good experience.. Saya saja bad experience.. Jalan kaki dari pintu masuk pergi rumah 4 musim yang jauh membunuh, mentengok burung enggang tak cukup daya tahan diri, berhadapan dengan orang kaunter yang sangat sweeeettttt talker cakap rumah 4 musim tengah mengalami peralihan musim lah apa, padahal kau nak cakap rumah tu tutup saja.. Arghh!! Sangat traumatic lah! Tuhan saja yang tahu betapa sia-sianya jalan kaki 3 kilometer semata-mata nak rasa winter tu macam mana... Isk.. T_____T Suruh pergi Rusia tak nak.. Loser.

Jadi kali ni saya akan explore Bukit Cahaya bersungguh-sungguh... Ehem.. Okay, saya ingat pesan semua, GUNA BASIKAL, BUKAN JALAN KAKI.. Jalan kaki di tempat yang luas terbantang itu satu tindakan yang tidak bijak.. Sangat tidak bijak..... BODOH lah maksud saya! T______T Eh, bukan apa, 1st time pergi dulu, mana tahu nak sewa basikal celah mana kan?? Dah tu takda pulak manusia yang guna basikal secara berleluasa... 1-2 orang saja.. I thought itu basikal persendirian.. HAHAHA.. Tapi kali ini saya ingat, jangan berjalan membuta tuli.. Use bicycle.. Ingat semua.. Ingat... Jangan ingat jalan kaki tu untuk menikmati flora dan fauna... Anda akan menyesal... Percayalah...

Bila?? Tak boleh beritahu.. Dunia IT sekarang penuh dengan stalker.. HAHAHA.. Eh, serius cakap, sejak kebelakangan neh saya bergelumang dengan permainan stalker... It’s not a game lah.. Maksud saya, stalker suka sangat menguji kesabaran. Mana saya ada, dia pon nak ada situ.. Apa saya buat, dia nak tiru.. It’s kind of annoying lah.. Macam; “Hai, I jumpa you tadi dekat library.. U dengan sapa tu?”.. “I know everything pasal awak.. Hehehe.. Be good okay..”.. Padahal dia siapa pon saya tak tahu... Tapi lebih-lebih nak tahu macam nak kena tangan.. Nak? Nak? Stalk lah saya.. Cuba. Cuba... Saya sedang mengkasi warning neh.. Tahap 5... Come on lah, kerja stalking ni macam tak ada faedah lah.. Kau nak apa? Hidup orang neh penting sangat untuk engkau ke apa?? Kau takda kehidupan ke?? Stalk lah mak sendiri ke, uncle ke, atuk ke.... Atleast kalau uncle kau curang, kau boleh kasi tau auntie.. And then auntie kau pon serang uncle, and then kebenaran terserlah.. Kan berbaloi-baloi?? Kau stalk aku nak apa?? Penampar? Ceh...

Ehem... Bila tulis entry mesti tak stick pada 1 tajuk.. Mesti masuk 2-3 tajuk sekali.. HAHAHA.. Bukan apa, macam anda memborak peranda dengan kawan-kawan dekat kedai makan, anda tak akan stick pada satu topic.. Mesti mula-mula cerita pasal boyfriend, lepas tu cerita pasal lelaki curang, lepas tu cerita pasal laki aku macam ni, lelaki engkau macam ni, lepas tu masuk cerita kucing liar belakang rumah langgar kereta dan mati di tempat kejadian.. Cerita selalu berubah-ubah ikut keselesaan nak masuk celah mana pon.. HAHAHAHA.. Jadi blog ini berkonsepkan mesra pembaca.. Blerghhh!~ Dah, saya sedang mengupload video SI GAJAH SEDIH.. Akan ke udara beberapa hari lagi.. Sila klik sini dan sini untuk part 1 dan 2.. Iktakimas!~

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus