Tuesday, June 15, 2010

MELAWAT OXFORD

Share
Sorry blog, aku buat kau nampak bosan.. Sorry blog, aku tak berapa selera sangat nak mekap-mekap kau.. Sorry blog, satu apa pon aku tak selera dah dengan kau.. Kadang-kadang bukak blog sendiri pon mengeluh. Apa hal ntah blog neh nampak bosan.. Apsal ntah blog neh nampak dull.. Apsal lahh blog neh nampak kurus. ............ Eh? Oh, rupanya ternampak muka sendiri depan screen. HAHAHAHAHAHAHAHA..~ Sekian terima kasih..

..............................................

Oke, belum habis... Mana boleh mengkecewakan readers dengan cara penuh kemalasan macam neh. Kalau malas baik takyah tulis entry. Sebab malas. Dah malas buat lah cara malas.. Kalau malas cakap malas. Entah apa-apa.. Move, move! Readers lagi kecewa baca paragraph tak bawak erti macam neh. HAHAHAHA.. Mintak sori.


Semalam secara meredah membuta tuli berhajat untuk lunch di luar. Sarapan pagi berat dan keadaan rumah yang tak begitu menggalakkan menjadikan aktiviti memasak macam begitu memalaskan (lagi). Oke, terus kepada agenda penulisan entry. Maka tanpa membuang masa terus menuju ke Restoran Cheng Ho milik Amy Search dan..................................... TUTUP. Sangat cis lah bukan?? Penat saja pusing-pusing seluruh Kuala Lumpur mencari restoran. Eh, tapi aktiviti berpusing-pusing mencari kedai makan bukanlah sesuatu yang aneh. Saya pernah mencari restoran Big Brothers di Damansara sampai 2-3 jam. Gigihlah konon maju membawak laptop dengan khidmat google map nak carik restoran tersebut. Tapi sampai bateri laptop habes pon tak jumpa. T________T Jangan cuba meng’explore’ Damansara pada malam hari. Itu cuma akan menghangatkan hati. Move lagi move!





Oke, kita tengok sebelah restoran Cheng Ho, ada apaaa?? Ada Restoran Oxford.. Tak.., di Kuala Lumpur.. Ya, masih di Kuala Lumpur.. Ehem.. Western Food macam yang semua tahu mesti menambat hati punya. Tak kisah lah dekat situ ada Chinese Food kah, Thai Food kah, apa-apa lah, semua mesti pandang sebelah mata. Western Food di hatiku tanpa tergugat. Tahniah western food, I LOVE YOU banyak-banyak. Maka masuk lah ke dalam restoran yang tak berapa canggih tersebot. Tapi don’t judge the book by its cover.. Don’t judge the food by its RUPA. HAHAHA.. Walaupon kurang canggih tak ada pelayan cantik ke apa, tapi layanan dia sangat friendly macam pergi cakap kat kedai mamak.. AHAHAHA... Jadi kami berlima mempesan makanan-makanan berikut.

1#- Cold Tiramisu



Sebenarnya sebelum neh saya mensangka Tiramisu tu adalah sejenis kek aiskrim.. Mana lah tahu rupanya ia adalah sejenis perisa.. Dan tidak lah gempak sangat rasa dia. Macam Nescafe sajaaa.. HAHAHA.. Tapi kakak saya kata sedap macam original coffee.. Okay, saya bukan pencinta minuman sangat. Air semua serupa saja..

2#- Lime Juice



Kordial sebenarnya. Juice itu kan perlu segar dari ladang, baru layak dipanggil juice. HAHAHA.. Tapi minuman berwarna aneh ini masam memang tak hengat. Bila minum rasa macam bergetar saja seluruh badan kerana kemasaman dia yang menusuk kalbu. Heh, oke, takyah lah baca lagi.. Menyampah taip tanpa idea bernas.

Nak tahu macam mana kesan air neh ke atas tubuh manusia? Ini dia....



3#- Grilled Chicken Chop





Sekarang saya dah tak suka Chicken Chop secara total. HAHAHA.. Sebelum neh Chicken Chop selalu menjadi pilihan. Tapi saya tahu, saya tak berkenan sangat dengan penampilan chicken chop yang digoreng.. Sekarang beralih kepada Grilled Chicken Chop.. GCC neh boleh kata besar. Ikutkan hati kalau makan dan sendawa tiga kali tu, kira besar lah kan.. HAHAHAHA... Gravy black paper dia..... Err.. Masin sikit.. T__________T

4#- Fish & Chips with Lemon Gravy





Saya tak rasa makanan ini. Kepunyaan abang ipar saya. Tapi gravy dia seindah rupanya. Sedap. Dan kakak saya kata, lembuttttt macam kek.. Memanglah kan? Itu ikan.. Bukan lembu.. HAHAHA.. Tapi presentation GCC dengan Fish & Chips neh macam tak berapa indah lah bukan????

5#- Seafood Fried Rice



Kanak-kanak bila makan luar memang macam ini lah... Pergi jauh-jauh pon mintak nasik goreng. Tak mencabar lidah langsung. Dah tu makan macam lah sedap sangat. Padahal... memang sedap. HAHAHA.. Fresh prawn.. Dan nasik yang banyak. Sesuai untuk kanak-kanak yang membesar, dan terus membesar.. dan besar.. dan besar.. besar.. besar..... Ah, malas cakap lah.

6#- Garlic Bread



Sebenarnya Garlic Bread neh disertakan dengan Mushroom Soup yang enak. Dan dihidangkan paling awal. Tapi fahamlah bila semua masuk dalam retoran secara hungry yang sangat, maka kamera pon tak berapa laku lah. HAHAHA... Ini pon order for the 2nd time, baru sempat snap garlic bread neh.. The first one dah selamat berada di dalam perut.

Dan.. Hidangan terakhir................
.
.
.
.
.
.
.
.



Ini lah si besar yang saya maksudkan. Tak menarik bukan? Bukan untuk dimakan. Terima kasih.

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus