Saturday, June 26, 2010

KITA SELEPAS SEDEKAD PERJALANAN

Share
Idea reunion ex-SKBK ’95-’00 sebenarnya tak dirancang. Pertemuan pertama saya dengan ex-SKBK cuma dengan Arbi, Faiz dan Dedey................. Okay sebenarnya saya lupa entah bila pertemuan pertama dengan kawan sekolah rendah.. HAHAHAHA.. Memandai saja tulis. Baik, macam biasa, FACEBOOK menjadi medium paling berjasa dalam dunia yang menemukan insan-insan tersayang.. (Eceh!) Saya masih ingat manusia pertama yang saya jumpa dalam FB adalah..............................? Okay, okay! Sedihnya bila otak tak berapa berfungsi.... T_________T Someone and somewhere lah kan.. Tak payah lah nak tahu benda yang saya tak tahu. Tapi bila jumpa seorang, she said (saya ingat, dia seorang perempuan, cewaaahhh..) “Eh, kau tak add budak-budak sekolah rendah ke?”.. That time kan, saya terus meluru ke depan laptop dan menyemak senarai kawan-kawan dia.. Sumpah excited.



Kemudian keesokan harinya maka bermulalah pesta ‘HOI-MENGHOI’... Bukan, bukan.. Ini bukan pesta di Thailand.. HAHAHA.. Maksud saya, aktiviti menegur bermula secara beramai-ramai. “Hoi, kau hidup lagi? Dah besar kau kan?? Buat apa sekarang..?”... “Hoi, kau ke?? Bukan main mekap kau kan.. Sampai susah aku nak kenal.. HAHAHA..”.... Itu nama dia pesta HOI-MENGHOI. Sama spiesis macam Hari Raya. T_____T. Dari situ timbulnya idea reunion.. Usaha nak buat neh tak payah cakap lah tensen macam mana. Punyalah promote macam gila, tapi yang respon setakat 15-20 orang jaa... Masa tu semangat dah tak cukup kental dah.. Rasa nak pass dekat orang lain jaa kerja neh.. Tapi Ultraman mana boleh menyerah kalah kan?? (Tetiba) Arbi helped me a lot in promoting the event. Faiz dan Emi pon.. The others gave me morale support secara banyak bila semua merapu meraban dekat banner reunion.. HAHAHAHA.. And finally, lebih 45 orang confirmed to attend the event. Oke, puas hati.

Sehari sebelum event, saya, Faiz, Sa'diah dan Melati bergegas pergi menserang TESCO Setia Alam dan Econsave Kapar.. Sa’diah bawak kunci kereta lain, naik kereta lain.. Patutlah tak boleh lock kereta tersebot.. Kalau setakat tak boleh lock dengan alarm tu boleh lah jugak kira logic nak kata bateri habis ke, alarm rosak ke apa... Ini nak kunci manual pon tak boleh, apa kes?? HAHAHA... “Eh, kunci je lah dari dalam..”.. Fine, kau kena faham.. Nak pulas kunci pon tak boleh, kalau kunci dari dalam kang nak masuk kereta macam mana? Pecah cermin? HAHAHA... Dah, takyah kunci.. Tawakkal lah sana.. Ceh.. Eh tapi magik kan bila kereta tu boleh start guna kunci kereta lain? Aneh.. Ehem.. Okay, ni cerita apa neh.. HAHAHA... Shopping petang tu sampai 4 jam jugak.. Sigh..~

Tanggal 19 JUN 2010, maka event berlangsung.. Pagi tu ayam baru sampai.. Jadi saya dan bunda membasuh ayam pantas-pantas.. 12 ekor semuanya... Saya perap dengan gigih dan penuh semangat juang.. HAHAHA... Popiah 150 bijik dah goreng sejak 6 pagi tadi.. Tepat 9.30 pagi, semuanya ready.. Faiz angkut semua pergi rumah Melati.. Ohya, dia dari rumah Elin nak jemput ratu USA tu.. Unfortunately, ratu USA tak mandi lagi.. Apa kes ntah... Sabarlah kau Faiz.. HAHAHA... Ketibaan barang-barang di rumah Melati disambut dengan wajah-wajah aneh.. Biasalah kan, dah lama tak jumpa, macam kena berusaha keras nak recognize muka.. Tapi saya tak berusaha pon.. HAHAHAHA... Letak barang kat rumah Melati, dan ambik Sa’diah, Elin dan Ainil... Faiz drifting sambil buat kerja bodoh kat jalan raya.. Aku suruh kau kiri sikit elak kereta kat tengah tu nak masuk simpang.. “Kiri sikit wei, kiri, kiri!”.. Tapi ngkau pergi masuk simpang kiri secara dangerous kenapa?? HAHAHA... Elin suspen.. “Aku tak kawen lagi Faiz!”.. Okay, macam lah kau sorang tak kawen lagi.. Satu kereta belum kawen okay? HAHAHA...

Around 10.30, event bermula.....



Aktiviti menyalakan api memang memerlukan komitmen tinggi.. Untuk orang macam Khairul Hakim yang susah menerima kehadiran haba, harap maaf.. Anda tak layak.. Wahahaha.. Sebenarnya saya awal-awal dah cakap, hari reunion, saya tak mahu buat kerja-kerja yang melibatkan perpeluhan.. Jadi saya beralih profesion dari organizer kepada photographer.. Bukan kepada pembuat bara. Sumpah saya tak nak.. HAHAHA.... Okay, Wasley Faiz gigih membakar arang.. Ya, yang berbaju oren tu Wasley Faiz, bukan arang.. Harap maklum.. HAHAHAHAHA....



Kaum wanita (macam aneh lah panggil korang wanita) mengambil tempat merewang.. Bukan menerawang.. Merewang. Bukan apa pon nak buat.. Setakat cucuk-cucuk fishball, sosej, crabstick and what so ever guna lidi.. Tapi macam biasa lah, mulut harus mendahului kerja.. HAHAHA.. Tapi walaupun tak faham apa mereka neh borak, yang nyatanya, mulut diorang neh buat keadaan jadi meriah.. Ohya, kaum lelaki masih berjumlah 3 orang masa neh.. Kami pemalu.. Jadi tekun saja menyalakan bara api.. Heh....

Setengah jam kemudian, BBQ bermula... Foto selalu menginterpretasikan keadaan lebih dari ayat.. Jadi mari layan pameran foto.. HAHAHAHAHAHAHAHAKUMALASDAHNAKTAIPPANJANGPANJANG.







Betapa komitednya mereka neh sampai takda walau seorang pon yang mengundur diri sampai ke petang.... Err.. Kecuali Faten.. Heh.. Dia 'ada' baby.. So normal lah keadaan dia tak berapa sehat. Padahal 2 minggu sebelum tu dah sebok tanya popiah daging saya.. HAHAHA.. We all had fun together! The best moment captured..... :) Exclusive..







Serius cakap, itu satu hari yang indah dan sangat heaven bila semua berkumpul dan bercakap tentang kenangan. Bila kita berpisah 10 tahun dulu, kita tak tahu siapa kita akan datang.. Tapi sekurang-kurangnya sekarang kita tahu siapa kita 10 tahun selepas tu.. Dan aktiviti meng'recognize' muka memang seronok i tell u.. HAHAHA.. Tahu nama tak ingat muka, ingat muka tak tahu nama.. HAHAHA.. Terima kasih semua... Atas sokongan dan semangat setiakawan... Gonna miss all of you... Jumpa lagi, reunion ex-SKBK 2020!

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus