Thursday, July 1, 2010

BERKORBAN LEMAK DI BUKIT CAHAYA

Share


Taman Pertanian Bukit Cahaya Sri Alam memang loser! Tak seronok! Kosong! Tak berbaloi-baloi..! Takyah pergi! Takyahhh!!!!!!!.......... Okay, tak... Tak... HAHAHAHA... Itu cuma ulangan emosi masa pergi buat pertama kali 2 tahun lepas.. Jangan terpedaya dengan pandangan orang yang tengah marah sebab tak dapat masuk Rumah 4 musim lepas setengah mati jalan membakar lemak dan stamina tanpa air dan makanan.. Heh.. Macam disaster saja bunyi dia.. HAHAHA.. Masa itu memang disaster I tell you.. Kalau boleh rasa nak bakar saja seluruh hutan tersebot.. Tapi...... Tapi mana ada lighter.. HAHA... Okay, tak lawak.

Ehem.. Semalam dengan tanpa sengaja sedang seronok membaca blog-blog wanted, timbul niat di hati tak nak berpisah nak melaksanakan niat meneroka Bukit Cahaya buat kali ke-2. Jadi pantas-pantas mencapai handphone mentelefon manusia yang rela nak ikut. 12 tengah hari sampai.. Eh, dah sampai tetiba? Naik bura’ kah? HAHAHA... Tak lah, naik motor saja.. JAZZ putih tersadai di rumah.. Bleergghh..~! Okay, setibanya di tempat kejadian, dah ramai dah orang yang tak berapa ramai masuk ke dalam.. Awal-awal lagi saya sewa basikal dah.. See? Saya tak buat kerja bodoh kali neh.. HAHAHA.. Betul tak bodoh? Okay, teruskan membaca. Saya paksa.



Mentunggang basikal selepas beberapa tahun meninggalkan kenderaan klasik itu sebenarnya satu cabaran. Tak tahu lah kenapa seat dia macam licin semacam jaa.. HAHAHA.. Tapi seronok sebab itu basikal baru.. Takda lah rasa macam malu kepada haiwan-haiwan sekitar bila mentunggang basikal bertaraf warisan kan? Sekurang-kurangnya boleh berlagak dengan seladang kita naik basikal baru.. Kau ada basikal ke seladang? Takde kan?? Haa.. Okay, jangan layan sangat aku mengarut.. Aktivi berbasikal menseronokkan saya cakap.. Mana best naik bas.. Duduk saja macam rombongan kanak-kanak sekolah.. Lagipon naik bas tu satu cara yang tidak sehat.. Siapa kata? Saya kata... Naik basikal satu senaman tahu? Move.. Move!



Oke, secara asasnya, Bukit Cahaya itu sebenarnya menseronokkan........ kepada mereka yang mempunyai stamina yang hebat. T___________T Kepada mereka yang takda stamina setaraf dengan Ultraman, lebih baik anda menetapkan 2-3 tempat untuk di jejaki. Sebab jarak antara satu tempat ke satu tempat tu memang sumpah jauh. Jangan mimpi lah nak pergi semua tempat yang ada dalam tu.. Saya jamin, anda akan surrender tanpa bertanding.. T___T Facilities dia ada improvement berbanding 2 tahun dulu. Dan takda dah indon melepak tak tentu hala... Kalau ada, kau lempang dia cukup-cukup.. HAHAHA... Mensemak saja tayang muka orang pecah rumah. Ceh..

Rumah Iklim Sederhana 4 Musim pon beroperasi dengan baik.. HAHAHAHA.. Naseb baik lah.. Kalau tidak, memang hangin lah asyik tak dapat masuk saja. Ohya, sekarang summer.. Dan dalam tu memang superb cantek.. Dan sejuk 26 darjah selsius. Summer kah ini?? Kalau macam tu Malaysia lagi Summer lah kan?? Heh..~ Tak mencabar langsung Summer di overseas.. Ini beberapa gambar dari dalam situ daripada beratus gambar yang ada.. HAHAHAH.. Eh, ingat senang nak pergi sini selalu? Heh... Kena berkorban lemak dari setiap sudut anggota badan tahu?



Kalau diikutkan peraturan, cuma boleh masuk dalam tu 3 minit saja. Tapi saya belasah saja entah berapa lama ntah dalam tu. Lebih 15 minit rasanya sampai ada orang masuk dalam tu tengok apsal laaa kitorang tak keluar-keluar.. HAHAHA... Amenda laah tempat macam tu ada limit time pulak nak masuk.. Kedekut sangat.. Macam aah grand sangat tempat tu.. Huh..~ Okay, Rumah 4 musim, done! Lepas tu pergi mana?? Pergi mati.. HAHAHAHA.. Ya Allah, sumpah penat dah waktu tu.. Tapi gagahkan diri jugak kayuh basikal pergi Kampung Tradisi, Taman Arnab, Taman Haiwan, Taman Cendawan, Jambatan Gantung.. Danau Perikanan tempat last yang mampu nak pergi.. Lepas tu mula dah rasa nak pengsan kayuh basikal......... Kau tak tahu macam mana berbukit bukau tempat tu... Ingat larat nak kayuh lagi?? Sekarang nak cakap naik basikal tu berbaloi-baloi tak? TAK NAK.. Naik basikal di Bukit Cahaya tu kerja tidak bijak oke.. Sila naik bas lain kali.. T__________T


Kesimpulannya, tempat tu seronok.. Oke, sekarang dah ada good experience.. HAHAHAHAH.. Dan lemak pon dah terbakar dengan dahsyat... Badan dah lesu.. Kena recharge tenaga... Ke mana lepas tu?... Apa taman apa? Apa? Apa????
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Ya, McDoland..... Taman Lemak.... Hai lemak..... Sekian... T____________T

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus