Saturday, August 7, 2010

PERMOHONAN SUMBANGAN AIDILFITRI

Share
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk

2. Menjelang Aidilfitri yang bakal tiba dan bersempena dengan Ramadhan Al-Mubarak yang mulia, saya dengan ini memohon sumbangan seikhlas hati dari pihak tuan/puan selaku abang dan kakak saya yang amat saya cintai bagi menyambut Aidilfitri yang menjelang tiba tidak lama lagi.

3. Permohonan saya ini adalah berikutan pengurangan dana PTPTN saya sebanyak RM100 untuk semester ini akibat dari yuran pengajian yang semakin mahal dan barang-barang keperluan yang secara sengaja atau tidak, telah dibeli sepanjang 1 bulan berada di semester baru ini. Mungkin juga, kemelesetan ekonomi yang dialami oleh adik anda ini adalah berikutan harga minyak dan gula yang melambung tinggi di pasaran semasa. Biarpun punca ini bukanlah satu isu dalam International Political Economy, namun saya yakin, ia mempunyai talian perkaitan yang kuat dengan keadaan ekonomi saya sekarang ini.

4. Sekiranya tuan/puan berasa keberatan untuk menghulurkan sumbangan, saya bersedia mengadakan rundingan secara diplomasi bagi mendengar luahan hati anda semua mengenai kesusahan dan kesulitan kehidupan yang mungkin anda alami sekarang. Namun, saya tidak menjanjikan sebarang pelepasan terhadap anda. Mungkin saya boleh bertoleransi dengan mengurangkan jumlah bantuan yang anda ingin hulurkan.

5. Sebarang sumbangan dari pihak tuan/puan bolehlah disalurkan terus ke dalam akaun Maybank : 162843010965 atau melalui cek di atas nama KHAIRUL HAKIM BIN SAIBANI. Dengan ini saya lampirkan juga senarai barangan yang mungkin akan dibeli oleh saya menjelang Aidilfitri nanti. Segala kerjasama dan keikhlasan hati tuan/puan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian,

KHAIRUL HAKIM B. SAIBANI


*Surat ini adalah cetakan komputer. Tiada tandatangan diperlukan.
** Sila ke muka surat sebelah untuk lampiran.

___________

Lampiran:

1. Slack Putih
2. Sampin
3. Kasut
4. Baju raihan
5. Kemeja
6. T-Shirt




WAHAHAHAHAHAHA!~

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus