Tuesday, November 2, 2010

BILA HIGHWAY MENJADI LAUT

Share
Setelah hujan turun mencurah-curah secara dahsyat selama 3 hari tanpa henti, maka semalam sewaktu hendak pulang ke UUM, saya terperangkap dalam banjir. Keadaan tersebut sangat dramatik.. Pagi itu sebelum tiba di airport, memang saya sudah sedia maklum bahawa lembah Sintok dilanda hujan yang hebat.. Tapi mana saya tahu kedatangan banjir tanpa diundang. Sekarang boleh buat peribahasa baru. “Banjir tidak berbau”.. T_____T



Jadi jam 3.30 petang semalam, saya memandu dengan girang menuju ke UUM.. Keseorangan. Tiba-tiba, sebelum tiba di Pekan Changlun, pihak polis mengarahkan saya berpatah balik sambil menggunakan isyarat tangan seperti !#$%@#, #&&^(!##$^, dan @@$%& yang antaranya bermaksud; “Hei, banjir lah, kau berambus skang!”.... Oke, tak tak.. HAHHA.. Dia melakukan isyarat-isyarat aneh dengan menunjukkan muka terteran-teran yang membawa maksud, JALAN TIDAK BOLEH DILALUI. BANJIR SANGAT HEBAT DI DEPAN. Isyarat ini boleh ditemui di buku panduan memandu... Tak ada? Oke, tak apa... T___T

Jadi....,
Sebagai seorang pemandu berhemah, saya menurut sahaja isyarat polis tersebot dan kemudian berhenti di tepi lebuh raya. Saya pun tak tahu nak buat apa..... Blur ke mana arah hendak kutuju.. Hujan sungguh lebat. Sambil melayan blur, saya membaca akhbar BERITA HARIAN. Membuat aksi masyarakat membaca memang cool. Sedang orang lain keluar dari kereta dan terpinga-pinga, saya tenang saja membaca paper. Sehinggalah mereka semua beransur pergi. Saya pon mengikut rentak walaupon tak tahu ke mana arah hendakku tuju lagi.. T____T Di sini lah tragedi menyayat hati berlaku. Saya memutar kunci..; Kechek...... Kechekkk..... (Bunyi enjin).. Saya cool.. Rileks saja.. Enjin masih belum hidup.. Kechek... Kechek... Kech... Kech... Kec.. Kec... Kec.. K..... Langsung tak bersuara dah. Oke, fine... Mesti bateri habis. Handphone pulak semakin tenat keadaannya. Tapi saya gagahkan juga mengkasi SMS-SMS terakhir kepada insan-insan yang boleh membantu. K LET KLET KLET! T________T Bateri handphone pon habis jugak.. Sungguh ciskek. Mencemaskan. Saya kira waktu tersebut baru pukul 5 petang.



Berbekalkan beberapa SMS S.O.S yang saya hantar kepada beberapa orang, saya menanti bantuan tiba dengan sabar di tepi highway. Sabar sampai tertidur-tidur.. Macam dalam cerita rescue 911. Seorang lelaki kacak sedang tersangkut di tepi gunung. Dalam keadaan sejuk antara hidup dan mati. Sama keadaannya macam saya, seorang lelaki kacak sedang tersangkut di tepi highway, dalam keadaan sejuk antara hidup dan mati kot-kot nanti ada treler langgar dari belakang. Fuh.. Tapi Alhamdulillah, sepanjang jam 4 sampai jam 7 malam, nothing happened. Tapi bila hari dah gelap, saya rasa tak selamat dah duduk dalam kereta. Bantuan pon tak sampai. I guessed, mereka pon tak dapat keluar dari lembah Sintok sebab banjir. Maka dalam keadaan hujan yang sangat lebat, saya berjalan kaki ke pekan Changlun.. Jarak dia.... dalam 1 kilometer.. Tabah lah.. Tabah.. T_____T Saya harap dekat pekan Changlun saya dapat beli bateri handphone baru.

Berjalan seorang diri dengan hujan yang sangat lebat, membuatkan saya terasa seperti seorang musafir rawan. HAHAHAHA.. 1KM tu jauh okay.. Jalan tepi highway, dengan air terpercik-percik sebab kenderaan lalu lalang.. Sungguh susah. Tapi saya fikir lebih baik jalan kaki 1 kilometer daripada mengharap bantuan yang tak pasti.. Nak tahan kereta mintak tolong macam satu kerja bunuh diri.. Highway tersebot gelap. Sekali kena langgar karang, sia-sia.. Saya belum kahwin. Sila ambil perhatian. HAHAHA.. Err.. Sebenarnya berjalan tepi highway pon satu kerja membunuh jugak.. T_______T Perasaan saya sungguh rimas, berjalan dalam keadaan basah dan kotor.. Apa nak buat, saya kena berikhtiar.



Tapi setibanya di pekan Changlun, keadaan menjadi lebih huru hara. Air dah naik separas pinggang. Berpuluh-puluh buah treler dah lingkup kerana mencuba naseb mengharungi banjir. Kereta PERSONA ELEGENCE pon rosak.. Saya menitiskan air mata kasih kepada Persona tersebut. Baru.. Plastik pon tak terbukak lagi.. Tapi malang, dia dapat tuan yang berani tapi bodoh. Saya tolong Elegence tersebot.. Tolak dia ke tepi jalan.. Treler pon saya tolong tolak........... Okay, ini TIPU.. HAHAHA. Polis berkeliaran mengawal keadaan. Ramai yang degil nak redah banjir jugak, tapi semua tewas. Secara jujurnya berada dalam keadaan itu, dengan air yang sungguh banyak dan deras, kadangkala mencecah lutut, adalah MENAKUTKAN. Mangsa banjir neh sangat sengsara okay.. Jangan ingat banjir tu seronok. Lebih sengsara bila ada kereta mewah yang tenggelam.. Tapi tak apa lah, itu sebab kebodohan sendiri.. Dah tahu air dalam separuh kereta, kau nak redah jugak.. Ingat canggih sangat lah kan?

Waktu tersebot saya sempat berkenalan dengan seorang... pemandu treler. Heh! Ada misi di sebalik perkenalan ini... Nak pinjam handphone.. :) Lepas berborak-borak macam mesra gila, saya terus cakap; “Saya ni pon dari pukul 4 tadi tersadai ni.. Handphone pulak takde bateri.. Hai.. Susah, susah..”.. Dia cuma kata “Ooo... Susah kan?”... Lepas tu pandang lori lalu lalang... Saya rasa dia tak dapat menerima mesej tersirat saya.. Saya cakap lagi. “Ingat jalan jauh-jauh ni boleh la pergi mana-mana kedai handphone nak beli bateri, rupanya banjir teruk dah kat sini noh..”... Dia jawab; “Aaa.. Tak dapat la nak g.. Ni air dah takat pinggang...”... Saya rasa dia ni kurang pengetahuan tentang body language. Jadi...; “Bang, boleh pinjam henpon sat tak? Nak telefon kawan..”.. Dia hulur Nokia 5800 dia.. Hekeleh.... Payah no nak paham... Tapi tak apa, saya dail nombor kawan pantas-pantas. Meminta bantuan kedua.



Beberapa ketika kemudian, akhirnya ada seorang staff UUM telefon.. “Sat g, kawan abang mai ambik. Dok umah dia dulu.. Banjir kat semua jalan nak masuk Sintok, nak buat cemana noh?”. Saya pon okay saja.. Waktu tersebot lebih kurang jam 11 malam. Lebih baik bermalam di rumah orang, dari bermalam dekat tepi jalan kan? Cuaca sungguh teruk.. Sejuk gila.. Dalam keadaan yang lost tersebut, mendapat bantuan penginapan percuma adalah sungguh magik. HAHAHA.. Alhamdulillah. Terima kasih untuk keluarga tersebot.. Siap kasi makan free.. Seriously, ini pengalaman pertama jadi mangsa banjir.. Sangat rimas, sangat cemas dan menakutkan. Saya pon tak faham kenapa highway dekat sini semua rendah-rendah? Heh.. Dekat Taman Palma lagi dahsyat sampai naik paras bumbung. Tapi tak apa, sekarang semuanya okay.. Saya dah sampai UUM kira okeylah.. Hohoho..

Bandingkan:


Sebelum banjir......


Semasa banjir...

*Mintak sori gambar tak berapa nak cantik.. Hey, gambar banjir mana ada ciri entertaining T__T.
**Dimaklumkan semua jalan menuju ke lembah Sintok dinaiki air..
***Dipercayai ini banjir terburuk dalam 35 tahun.. T____T

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus