Friday, November 5, 2010

PELARIAN BANJIR

Share
Ehem.. Semalam macam yang anda tahu, kami seantero UUM telah dilanda kejutan besar apabila secara tiba-tiba jadual final exam kami ditangguhkan... Exam saya yang sepatutnya start dari 9 November, dianjak sampai 21 November which is for me, macam gila punya kerja. Saya sungguh marah.. Tapi sebenarnya bukan marah sebab exam kena tangguh, tapi marah sebab pada waktu tersebot, fikiran saya buntu. Dengan ada gap selama hampir 20 hari sebelum hari peperiksaan, saya tak akan sanggup tinggal di hutan. Plus, pada ketika ini negeri Kedah Darul Aman sedang dilanda banjir besar yang menyebabkan semua jalan-jalan untuk keluar dari UUM ditutup. Ini yang buat saya buntu.. Saya nak pulang, tapi macam mana?!


Sejak dari jam 2 petang sampai 5 petang, saya memantau keadaan banjir.... melalui internet dan satelit. Siap carik peta laluan keluar UUM. T______T Keadaan waktu itu umpama perang. Esok (hari ini) dijangka darurat diisytihar di Kedah sebab empangan akan dibukak dan itu menyebabkan keadaan banjir menjadi sungguh disaster. Apabila darurat diisytihar, bermakna bekalan makanan akan dicatu.. Err.. Sebenarnya memang bekalan makanan dah tak berapa nak cukup sejak 2-3 hari sebelum neh. Tapi lebih malang, bekalan gas dan sebagainya pon semakin kritikal. UUM ketika ini sudah terputus hubungan dengan kawasan-kawasan lain. Terperangkap dalam hutan belantara tidak seronok kan? T_______T

Sebab itu semalam saya berhempas pulas mencari jalan balik. Berkejar dengan masa dan cuaca. Khabar-khabar angin mengkata, Alor Setar mula dinaiki air.. Dan Perlis kebanjiran dengan dahsyat. Pada waktu tersebot, satu-satunya laluan yang tinggal adalah melalui Perlis... Tapi saya takut kalau lepas ke Perlis, tapi terkandas di Alor Setar.... Jadi saya berhempas pulas mentelefon ke sana sini mencari pengesahan keadaan semasa. Masa semakin suntuk, paras air semakin meningkat... Dengan cuaca yang semakin buruk, saya rasa bukan masanya untuk carik pengesahan lagi.. Mari menjadi pelarian ke Perlis! T____________T Maka jam 6.30 petang, saya bersama rakan-rakan melarikan diri dari UUM pantas-pantas menuju ke Kuala Perlis.



Sepanjang perjalanan, kami memandang bendang-bendang menjadi lautan. Oke, banjir memang dahsyat I tell u.. Sumpah ini semua macam menggentarkan jiwa... Cuba bayangkan kawasan sawah padi yang amat luas terbentang digenangi air sepenuh-penuhnya, serius macam laut. Kereta-kereta terdampar di tepi jalan... Di suatu kawasan, orang-orang kampung berkumpul berhampiran khemah keselamatan mencari bantuan.. Sungguh disaster keadaan dia. Saya mula terasa; “Lepas ke nak sampai Alor Setar?”..... Jam 7.45 malam, kami tiba di Kuala Perlis dan membeli tiket ke Alor Setar. Pertama kali naik bas Konsortium... Dan bas ini ntah kalis air ke apa ntah, rileks saja meredah banjir sedalam kereta. HAHAHAHAHA... Siap bergelak ketawa lagi driver bas tu... Bas lain semua dah tewas.. Kasihan...

Sepanjang perjalanan memang kami disajikan dengan ayam panggang....... Oke tak, tak.. Tipu.. HAHAHA... Kami disajikan dengan pemandangan banjir yang dahsyat.... Berapa kali sebut dahsyat? Memang dahsyat... (lagi).... T_______T Berpuluh-puluh kenderaan termasuk lori, treler, jeep, bas ekspress, motorsikal tak sedar diri malah traktor pon tertewas, lemas di dakapanku.. HAHAHA.. Tak, tak... Di dalam banjir. Tapi bas kami memang gagah perkasa.. Meredah banjir like nothing.. Cewah... Serius saya cakap, banjir di sepanjang laluan itu sungguh dalam.. Sedangkan treler pon terkandas, apa lagi ViVA... Tapi saya puji pemilik-pemilik kereta ini sungguh berani... Tapi tak guna jugak kalau berani tapi kurang berakal... T____T Banjir dalam separuh kereta bang.... Takyah la redah... Sia-sia...




Jam 9.45 malam, kami tiba di Alor Setar lalu saya cepat-cepat mensambar tiket.. Saya dah booking awal dah.. Jadi tinggal pergi ambik.. Pancaran Matahari.. :) Keadaan di Shahab Perdana tak kurang hebat... Semua berpusu-pusu nak menyelamatkan diri sebab Alor Setar sedang dinaiki air... Menjelang esok pagi, Alor Setar akan tenggelam.. Lapangan terbang dah selamat menyelam.. T____T Tragis kan cerita neh? Jam 11.15 malam saya bergerak pulang.. Sekali lagi lalu jalan aneh.. Sebab highway Alor Setar dah tenggelam... Di dalam bas, saya melayan mereka-mereka yang maseh terkandas menanti berita dengan penuh persoalan yang sama macam saya fikir sejak petang semalam.. “LEPAS KE NAK PERGI ALOR SETAR?”.. Jawapan saya ; “Lepas.. Kalau anda keluar semalam.. Tapi kalau nak keluar hari neh, mintak sori.. Anda tak dapat keluar dari UUM...”.... Saya bersimpati..... T_________T



Anda di UUM berhadapan dengan risiko kekurangan bekalan makanan, kekurangan bekalan gas (petrol), masalah perkhidmatan perubatan, masalah elektrik dan air.... Tapi bertendanglah... Semoga anda semua bertenaga mengharungi bencana.. Doa saya bersama anda semua... Dan... Anda yang berniat nak balik dengan kereta, saya DENGAN TEGAS berkata; “JANGAN LAH!”.. Keadaan merbahaya.... Sekian. Errr... Kejap....

Balik-balik tadi dapat kad jemputan dari raja.. Eh, tak.. Dari Cik Mai..........



Err.... Jalan pergi Kuala Terengganu banjir tak Cik Mai? T________________T

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus