Friday, November 26, 2010

HAKIM vs MODEL

Share
Tengok lah, musim exam pon nak buat entry. Padahal esok ada paper.. Lusa pon ada paper.. Sehari lepas lusa ada paper menggerunkan.. T___T Sebab apa begitu gagah? Sebab nak bertanding dengan blog yang superpower.. Yang bila letak gambar 2 keping lepas tu ayat empat baris pon orang boleh komen sebanyak sembilan puluh lapan komen. Kalau tambah lagi dua dah hysteria dah haku.. HAHAHAHA.. Tapi tak apa.. Rupanya dia seorang model. Walaupon saya tak berapa kenal moel neh, tapi saya kenal blog dia yang sungguh hebat. Err.. Sekejap, Hakim lawan model sapa menang agak-agak? Heh! Okay, Hakim mesti kalah. Sebab apa..?


Picture taken from Hanis Zalikha's Facebook

1. Sebab hakim tak ada modal berciri muka cantek.

2. Sebab Hakim tak ada bakat buat ayat gedik-gedik yang bila perempuan buat mesti nampak comel, tapi bila Hakim buat sumpah mendapat laknat dari Tuhan.. HAHAHAHA..

3. Hakim tak ada duit nak pergi Beijing, Jepun, Indonesi
a bagai.. Nak pergi Changlun pon sesak.. T__T Sedih.

4. Tak ada rumah cantek gila macam istana. Yang ada cuma bilik yang tak ceria dipenuhi stok megi.


5. Tak berani letak muka baru bangun tido sebab nanti orang kata buang tebiat. Kalau model tu buat pon nampak cantek kan? Korang memang mendiskriminasi pembelog lelaki. T____T

Oke, cukup.. Benda-benda kat atas tu semua model tersebot buat. Dan semua mendapat sambutan hebat-hebat. Saya surrender... Heh.. Tak apa lah.. Saya kenal belog saya.. (Tetiba)

Okay, sekarang sedang menjalani final exam.. Macam kurang semangat sikit berbanding sem-sem lepas. Sebab banjir kot..(Salahkan banjir! Salahkan banjir! Biasa diaa..) Sedangkan sebelum banjir memang dah mula study dah.. Tapi bila banjir teruk-teruk lepas tu jadual exam kena tunda, terus semua tutup buku pergi main game bukan-bukan.. Sekarang mula exam dah kalut dah.. Ceh.. Perangai tak ubah-ubah... T___T

Sebenarnya tak sabar nak mula semester depan.. Macam excited nak duduk sem akhir dengan cuma 3 subjek dalam jadual.. Sumpah excited. Heh! Rasa nak penuhkan seti
ap hari cuti dengan buku.. Buat assignment gigih-gigih.. Baca buku khusyuk-khusyuk... HAHAHAHAHAKIM BUAT AYAT SAMA LAH KAWAN-KAWAN! JOM KELUAR BLOG DIA JOMMM!~ heh... Pengulangan semangat tu biasa.. Kan elok.. Cuma yang tak elok, tak pernah nak konsisten.. Seminggu pertama jaa semangat.. Lepas tu harammm nak terasa gigih.. T______T Oh, Tuhan, selamatkan lah...... Tak apa, kita cuba sedaya mungkin okay... Kita bayangkan graduation day.. Kita bayangkan nak jadi seorang pemegang ijazah.. Bayang sekarang, bayang.. Bukan tidur..!!! T_____T


Ohya, DiGi Easy prepaid setakat ini beraksi dengan baik. Tenang saja mencakap dalam telefon, tak payah fikir topup.. Tapi sekarang fikir; “Macam mana nak habeskan credit tiga puluh ringgit neh?” Heh... Credit tak habes-habes.. Punya lah hebat DiGi k
ann? (Mengampu kot dapat blackberry ke apa..) Ohya, bercakap pasal blackberry pulak, saya tak minat black berry.. HAAHAHHA.. Tak minat blackberry tapi mengampu nak dapat blackberry.. Sesat! Saya mengimpikan sebuah NOKIA N8.. Tempoh hari memegang blackberry kawan.. Nak tahu seronok sangat ke apa ada blackberry.. Tapi tengok keypad jaa dah cukup dah.., tolak tepi... Gila nak taip SMS pon seksa, button kecik, jari gedabak besar. Sungguh tidak layak.. T_____T


Saya nak NOKIA N8! Nak! Nak! Tapi harga ribu-ribu tu yang lemah tu.. Nak terpengsan lah rasa.. Kena tunggu 5-6 bulan lah kottt nak dapat harga mampu milik.. Saya bukan model ye kawan-kawan nak mewah-mewah.. T____T Tapi taste standard model-model.. Gila tak sedar diri.... HAHAHA... Yaa.. Lama tak buat entry merapu macam ni kan? Tak ada motif... Tapi lagi baik buat cerita tak ada motif daripada cerita politik, PKR, Zaid Ibrahim, PAS, Anwar Ibrahim#!$^@$&!$%..

Hai cik model, jom kita joint venture blog kita jom... ♥

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus