Monday, September 7, 2009

MINGGU SEDIH

Share
Mentengok entry di bawah mempunyai komen sebanyak KOSONG memang menyakitan jiwa. Tapi tak kisah lah sebab entry itu tiada makna apa-apa.. Lainlah kalau budak tersebot anak saya. Anda tak mengkasi komen cakap dia comel memang nahaslah jawabnya.. HAHAHA... Maaf tak mencampakkan sebuah entry baru sejak beberapa hari yang lepas.. Assignment banyak dan sangat killing lah.. Sepatutnya malam neh akan bergerak ke PWTC Kuala Lumpur untuk majlis berbuka bersama TPM. Tapi terpaksa tolak sebab assignment dengki tak bagi siap hari ni.. Saya sedih sekarang.. Menangis sederas sungai. T________T

Rezeki bulan puasa memang banyak.. Lepas 2 tawaran yang saya kemukakan hari tu, sekarang tambah lagi 1 tawaran dari Abg Hakim. Tawaran bertanding dalam pilihanraya kampus.. Merebut kerusi MPPUUM.. Tapi saya tolak.. Saya tak mampu beri komitmen terlalu besar setakat neh.. Sedangkan keadaan hidup tanpa komitmen sekarang pon dah porak peranda tak cukup nafas, apa lagi kalau jadi MPP.. Maknanya anda akan mentatap entry blog skema lah lepas tu.. HAHAHA.. Tiada lagi penulisan berciri humor yang tak berapa nak jadi neh.. HAHAHA.. Anda akan dapat ayat begini; "Saya telah mengusulkan cadangan kepada Tan Sri VC untuk meruntuhkan Perpustakaan Sultanah Bahiyah UUM kerana perpustakaan tersebut USELESS, tidak futurisristik, *&%$& dan akan digantikan dengan perpustakaan setaraf dengan perpustakaan di UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS.".. Hahaha... Annoying. Mesti kau bosan nanti.


Khamis ini akan bergerak ke Singai Petani melakukan aktiviti kurang berfaedah dan penat. Shopping raya.. Saya tak suka mendriving jauh.. Apa lagi kalau rakan saya di sebelah tidur rasa nak hentam kepala dia dengan absorber saja.. Dah lah j
auh, sekurang-kurangnya bagi lah semangat sikit berborak ke apa.. Ini tidak, asal saya driving saja, tidur.. Asal saya driving, tidur.. Pergi Pekan Changlun yang 10 minit jauh pon dia boleh tidur.. Oke, tak payah cerita pasal dia.. Ohya, confirm akan menyarung baju Melayu kelabu kali neh.. Bunda juga tanya hari tu nak baju warna apa sebab dia nak tempah kain Samarinda sedondon dengan baju saya.. Saya belum cakap dengan bunda lagi.. T______T Bunda, nak kain kelabu oke? Kelabu.. Bukan coklat.. Bunda asyik suruh saya beli baju coklat saja sejak saya darjah enam. Trauma.



Minggu lepas saya ke Pekan Rabu mencari kopiah untuk anak buah saya si Haikal dan ayah dia. Punyalah tragik perjalanan ke Pekan Rabu hari tersebot.. Tiada parking.. Pergi parking depan istana, kemudian kena panggil dengan pegawai istana, tapi lari sekuat mungkin takut kena saman ke apa ntah.. HAHAHAHA... Siap boleh mengketawakan pegawai tersebot.. Kemudian turun naik Pekan Rabu sampai penat mencabar hati nak buka cepat... Apsal ntah kopiah tersebot tak menarik langsung warna dia.. Akhirnya membelasah beli tak kira dah cantik ke tidak.. Sempat jugak pergi usya baju Raihan dan beli sehelai.. Cuma songkok saja tak jadi beli sebab harga dia membunuh jiwa. RM53... Ni songkok taraf apa ntah.. Ah, Hakim, kau mengada pergi usya songkok baldu tu apsal..?? HAHAHAH...

Minggu depan balik! Yeay!! Dan saya tahu tak sempat berbuka di rumah Ayahanda Wazir dan Pn. Salimah macam yang saya rancangkan sama Hanis. Sedih lagi.. T___T .. Balik 17hb, 11.15 malam, Alor Setar ke Klang. Takyah tanya naik bas apa.. Of course PANCARAN MATAHARI yang tak sedap nak tidur tu.. Saya tertanya-tanya apa fungsi lampu biru yang direct menyuluh kepala. Saya tertanya-tanya apa fungsi dia pergi pusing KL dulu sebelum turun Klang.. Bas ini annoying lah.. Naseb baik ruang beg dia sebesar kapal takyah risau kena rebut tempat letak beg.. HAHAHA... Kalau naik Transnasional sure dengar ayat annoying; "Beg bawak masuk bas. Tak muat dah". Saya tak suka buat kerja bodoh. Oke? Naik bas neh kau bawak kereta pon boleh sumbat.. HAHAHA..

Dah, bakal mengupdate lagi sebelum cuti raya.. InsyaAllah.. Entri sedih ini TAMAT.

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus