Saturday, September 26, 2009

MEREKA HAPPENING!

Share
Raya ke tiga dan keempat tiada cerita. Sebab tu tidak berupdate. Saya mengisytiharkan raya tahun ini adalah yang teburuk sekali dalam kehidupan saya. Di dalam Facebook juga terconteng di dinding saya bahawa raya tahun ini adalah yang terburuk, ter’damn’ dan sebagainya.. Sampai Cikgu Yan pergi pujuk saya supaya cool down. Tahap tidak seronok raya kali ini adalah kritikal. Sumpah tak rasa raya. Kalau tak raya pon takpa.. Puasa sepanjang tahun. Ingatkan puasa tahun ini saja tak seronok. Rupanya terbawa-bawa waktu raya.. Kesian kau Hakim. Pergi raya rumah kawan pon macam pergi kenduri arwah duduk diam tak cakap apalagi nak ketawa.. Astaghfirullah..

Cuma nasib baik raya ke-5 hari tu pergi ke rumah junior saya dan terhibur hati.. HAHAHA.. Oke, boleh gelak sekarang.. Ibu dia happening... Seriously happening, tak berhenti cakap sampai tak sempat nak mensampuk.. Asyik gelak saja sampai lenguh pipi, senak perut semua aah.. Ayah dia pon happening dan.. Err.. Pening... Asyik tanya saya nama jalan di Bukit Kapar sampai terdiam-diam cuba lukis peta dalam otak dari mula-mula sampai, sampai nak balik.. HAHAHA... Saya pon terdiam nak mengingat nama saudara mara saya sebab dia pergi tanya.. Bab saudara mara di sini memang fault sikit sebab saya tak rapat dengan saudara sebelah ayah. Apa lagi kalau dia tanya saya nama-nama jalan sumpah saya tak arif dengan kampong sendiri.. HAHAHA... Jangan tanya saya tentang jalan-jalan di Bukit Kapar kerana saya pasti akan memberikan anda direction yang amat SALAH! HAHAHA...


Anda pernah makan laksa goreng?? Selain di Sunway Pyramid, anda juga boleh dapatkannya di sini.. (IKLAN) HAHAHA... Sedap sekali sampai tambah dua kali.. Cuma tak sempat tambah kali ketiga, tetiba spoiled sebab terletak limau secara banyak sampai masam dan membantutkan rasa.. HAHAHA... Maaf makcik tak dapat habiskan.. Tapi kalau makcik bagi plastic hari tu, sure kami tapau bawak balik.. HAHAHA... Oke
, ini bukan gelojoh, ini gurau nama dia.. Kemudian duduk di meja makan lebih kurang setengah jam bersoal jawab tentang jalan lagi dengan ayah dia.. Astaghfirullahal’azim.. “-,- Ibu dia pulak pergi bermain padan-padan saudara sama rakan saya..; “Eh, ngkau anak si xxxx tu yaa? Patutlah putih... Anak-anak dia memang putih-putih... Ayah ngkau pon putih kan..?”... “Ngkau jiran dia? Laa.. Saudara ke?”.. Oke, oke, finelah mereka saudara ke apa... Saya memerah otak mengingat jalan, mereka pergi bergembira main padan-padan saudara, baju semua.. Hish..~ HAHAHA..


Kemudian ibu dia beri arahan penyelamat suruh kami pergi makan kuih di ruang tamu... Rakan saya dengan pantasnya bangun nak pergi duduk depan.. HAHAHA.. Oke, Faham. Sesi soal jawab ini memenatkan kau tahu? Dah aah tergelak-gelak sampai senak tak ingat nama jalan, terlupa nama saudara mara semua...HAHAHA... Ehem.. Baik, anak
mereka si Azira tu pergi sambung promote kuih raya dia.. Ya Allah.. HAHAHA.. Habis semua dia pergi kenalkan nama kuih.. Dan saya perlu makan SEMUA naseb baik sedap kalau tak tahun depan tak nak datang dah.. Err.. Oke, satu lagi, Azira, sila letak ais bila bagi air gas kalau tak nak kami kena potong kaki minum air gas pure+biskut Nestum kamu.. HAHAHA... Biskut Nestum kamu tu manis teramat tahu? Tapi kami makan jugak sebab sedap.. Oke, fine, semua benda kau kata sedap Hakim sebab kau lapar. HAHAHA...



10:15 malam baru bergerak balik. Ibu dan ayah dia tak habis-habis gelak. Memang happening lah mereka neh.. Walaupon ayah dia bermuka seram tapi cool..HAHAHA..Abang dia? Saya cuma nampak sebelum balik dia pergi keluar bilik pakai boxer oke, oke, oke takyah cakap Hakim takyah!!! HAHAHA.. Anyway, terima kassssih Azira sekeluarga. Baik, Ahad neh baru bergerak ke rumah cikgu-cikgu.. Rumah Ayahanda Wazir pon masih tak terjejak lagi.. Masalah transportation memang menggugat kelancaran beraya. Nasib baik ada kau Hanis.. Nasib baik... Nanti bila JAZZ aku keluar, aku bawak ngkau pergi beraya satu Malaysia oke? HAHAHA.. Baik, akan ke Sg. Buloh beraya ke rumah kakak petang neh. Update? InsyaAllah..

Blogging mood : 45%.
Photography : Credit to Hanis.

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus