Sunday, February 20, 2011

BERLIBUR SECARA BUJANG (Part 2)

Share
.... sambungan..



Bukan sebelum ni tak cantek, tapi Tasik Bandar Darul Aman hari tersebot memang superb untuk photography session... Kalau bawak 2-3 orang model dengan DSLR memang dah cukup cantek.. Tapi memandangkan yang keluar neh adalah bukan wanita, jadi redha sajalah bermodelkan lelaki-lelaki kacak KAH KAH KAH.. Ohya, tak boleh nak letak banyak gambar sangat sebab kang orang kata belog berat macam gajah. It's okay.. "Readers Didahulukan, Belog Diutamakan...".. Editing process memang kena buat lah sikit-sikit.. Enjoy the story saja lah... Move....!



Selesai bermain bowling yang penuh kegembiraan, kami menuju ke sini untuk mencuci mata $^*@$*@.. Serius memang cantek petang tersebot, meriah pulak tu.. Tasik neh memang antara yang paling cantek jugaklah berbanding tasik-tasik lain yang saya pernah pergi.. Orang-orang bujang memang suka.. Tapi kalau ada kekasih bersama-sama, janganlah di bawa ke sini.. Sebab kalau bawa kekasih nanti macam terpaksa menjadi tidak bujang.. Lagi-lagi kalau kekasih seperti singa dan anda seperti _______ (isi sendiri berdasarkan pengalaman). Sungguh tidak seronok... T___T



Selain aktiviti mencuci mata dan feewit feewit awek ke apa, antara aktiviti yang lebih berfaedah boleh dilakukan di sini ialah menunggang unta itik.. Haa.. Tapi menunggang itik sungguh berat.. Nak lagi seronok boleh cuba naik basikal tasik (we call as kayuh-kayuh) dan berkayak juga ada. Jetski memang tak ada tak payah over sangat lah ini bukan Langkawi nak naik jetski atau banana boat ke apa.. T___T Kalau yang ada kamera-kamera empat ribu ringgit juga boleh lah melaram dekat sini.. Bawak model jangan lupa.. Tapi kalau tak ada pon tak apa sebab sini memang ada khidmat model percuma dengan ramai KAH KAH KAH...



Masa ini memang rumput begitu kuning sebab Kedah memang tak ada hujan sejak beberapa minggu lalu.. Jadi rumput-rumput tidak hijau.. Tapi tak apa sebab tetap cantek.. Langit memang biru sebiru birunya menjadikan gambar-gambar sungguh hebat.. Tapi tak berkemampuan nak ambik gambar dekat kawasan sekitar sebab malu sekadar mengguna kamera digital 8 megapixels sedangkan orang sekeliling semua pakai kamera gedabak-gedabak yang memang tak ada tandingan harganya... T_____T Nak ambil gambar layang-layang pon tak mampu nak zoom, memang miskin...



Tak apa lah, yang penting boleh membebaskan jiwa tertekan. Sekarang nak cakap, kalau nak hidup begitu hebat tanpa tekanan, boleh deactivate FB beramai-ramai HAHAHA... Buat assignment pon tak ada tertekan macam membaca muka buku tersebot.. Sungguh tidak seronok bermain FB. Daripada melayan budak-budak mentah memadu kaseh dalam FB, atau bercakap tentang pilihan raya kampus secara membuta tuli tak ada knowledge, atau mengadap status annoying hari ni single esok kawen esok lagi cerai menjadi janda ke apa, lebih baik mendengar rakan-rakan berhiperbola secara abstrak.. Yang penting boleh ketawa dengan dahsyat.



Liburan berakhir dengan menggunting rambut Na'im sikit punya lama. T____T Seriously tak rasa janggal pon tak ada FB... Belog maseh ada dan begitu maju KAH KAH KAH.. Boleh memungut pendapatan juga.. Terima kaseh readers yang dok rajen meng'klik' iklan harap-harap meng'kelik' dengan ikhlas.. :p Thanks Nuffnang yang dah bagi BE buat kali ke berapa ntah, tak terkira.. Nanti kalau dah terasa nak cashout, saya buat contest ke apa untuk semua.. Setakat ini biar pendapatan beranak pinak.. Till then..

*****
Kalau anda bukan orang Kedah dan mahu ke Tasik Bandar Darul Aman neh untuk aktiviti apa pon boleh lah rujuk ini:

Lot 1, Bandar Darulaman,
P/O Box 12,
06700 Kubang Pasu,
Jitra, Kedah Darul Aman, MALAYSIA
Tel : 604-9178080
Fax: 604-9173537
E-mail:drsb@darulamanrealty.com.my

Lebih seronok dari Tasik Shah Alam rasanya... Okay, sekian.

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus