Sunday, February 13, 2011

GEMPAR : PENEMUAN SIPUT ANEH!

Share

Universiti Utara Malaysia, 13 Februari - Seekor siput aneh telah ditemui dalam keadaan tidak bermaya di Lembah Sintok lewat malam tadi. Penemuan siput spesis baru itu dikatakan membawa kepada andaian bahawa spesis ini mungkin akan lebih banyak ditemui bukan sahaja di Lembah Sintok ini, tetapi juga di bahagian-bahagian lain Pantai Barat negara.

Seorang saksi mengatakan, beberapa ekor lagi siput spesis sama telah dilihat di beberapa bahagian tanah air, tetapi ianya tidak begitu mendapat liputan kerana beranggapan ia hanya haiwan yang terevolusi dan keluar dari habitatnya akibat cuaca yang tidak menentu beberapa bulan kebelakangan ini. Beliau juga mengakui.. siput ini mempunyai beberapa ciri tambahan yang menjadikannya unik berbanding siput-siput lain, seperti cahaya berwarna hijau, merah, kuning atau ungu di belakang cengkerangnya dan mengakui ia boleh berubah warna mengikut kawasan.

Selain itu, Fairuzzaman Shaharuddin, seorang pelajar dalam jurusan Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa mengatakan, siput-siput ini bukan sahaja unik dari segi cahaya yang dikeluarkannya, tetapi ia juga mempunyai cengkerang yang berkilat berwarna hitam atau putih, dan ada sesetengahnya yang dijumpai mempunyai cengkerang berwarna oren, putih atau kelabu. Beliau juga mengakui teruja untuk mengetahui spesis sebenar siput-siput itu yang kebelakangan ini dilihat begitu kerap keluar dari habitatnya.

Pihak kami telah merakamkan secara sulit beberapa imej siput yang dimaksudkan. Kami dapati sememangnya siput ini begitu banyak keunikannya, namun dibimbangi suatu masa nanti siput ini akan menjadi satu sebab pemberontakan terutamanya oleh mahasiswa/i universiti.. Apa yang mengejutkan kami, bukan sahaja keunikan yang telah disebutkan, tetapi kebolehannya untuk bergerak adalah jauh lebih lambat daripada biasa dan mempunyai masa hibernasi yang tertentu setiap hujung bulan apabila ia mencapai had kemampuan pergerakannya.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


KAH KAH KAH... Kan seronok tiap-tiap hari boleh buat entry merepek macam neh.. T____T Harap tak rasa tertipu sangat......

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus