Thursday, March 4, 2010

INI RAHSIA PERTAMA

Share
"Oh Tuhan seandainya telah kau catatkan..."



Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap ia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Saya pun tak tahu dari mana ia bermula..

It’s 10 years... Sejak saya mula mengenal kehidupan.. It’s 10 years sejak saya meninggalkan zaman sekolah rendah.. Dan mula melalui pengalaman-pengalaman kehidupan.. Sehinggakan sekarang, apabila kami bertemu semula.. And we realized.. Betapa 10 tahun memberi ruang teramat besar untuk menjadi manusia.. Berubah.. Dan di ubah... “Kau dah besar kan?”.. HAHAHA... It is a common sentence setiap kali berborak... Dah pandai berprinsip.. Dah tahu bercakap.. Dah tahu bergurau.. Yes, kita dah besar.

Baik, tinggalkan itu semua sekarang. Yang menjadi persoalannya sekarang, sesuatu telah datang tiba-tiba. Dan macam yang saya katakan, saya tak tahu dari mana ia bermula.. Dari mana ia datang. Semuanya tiba-tiba.. Dan sekarang sedang berteka-teki.. Mulanya saya tidak terfikir.. Hingga datangnya satu panggilan malam itu.. Biasa saja. Dan sekejap saja.. Tiada perasaan aneh... Malah saya tidak berfikir pun tentang penggilan itu... Beberapa malam-malam berikutnya juga sama.. It’s almost 2 months.. dan semuanya berjalan dengan sangat normal..

Tapi beberapa panggilan yang saya terima, dan yang saya lakukan beberapa minggu kebelakangan ini semacam ada sifat aneh. Aneh sekali sampaikan saya tidak mampu mentafsir.. Apakah yang saya rasakan..?? Ia aneh.. Serius saya katakan.. Sangat aneh.. Cukup mudah untuk meresap ke dalam fikiran.. Sedangkan bertahun lamanya perkara ini tidak langsung terlintas. Fikiran saya berdegil barangkali.. Bila ia cuba beralih.. Tapi siapa mampu melawan ketentuan?? Manusia dilahirkan dengan takdir.. Yang kadangkala tidak terjangka.. Dan sekarang, ia memang tidak terjangka!! Langsung!

Saya beristikharah dua malam berturut-turut.. Dan malam tadi kali ketiga. Dan hati saya masih kuat begitu.. Tapi naluri saya masih tenang menyuruh saya berfikir.. Saya berfikir.. Dan menilai setiap aspek diri sendiri.. Juga sesuatu di sana... Apakah saya mampu? Apakah janji saya selama ini pada mereka yang berkepentingan akan tertunai?? Dalam sesetengah waktu, perkara ini bergelojak sendiri di dalam hati. Mahu dilepaskan.. Tapi bimbang.. Saya kira perlu bertanya pada mereka yang selama ini menjadi tulang belakang saya.. Saya perlu melakukan sesuatu yang besar dengan restu mereka. Ini bukan perkara remeh walaupun ia aneh..... Ini bukan perkara untuk berseronok... Bukan.. Ini adalah suatu tanggungjawab yang menanti...

Lalu saya menahan keyakinan itu.. Saya pendamkan.. Beberapa panggilan dan pesanan yang saya terima dan saya lakukan mula bersifat ‘sangat rahsia’... Saya tidak mampu menafsir dengan tepat sebenarnya.. Jadi saya bimbang tentang apa yang perlu dilakukan dan apa yang bakal terjadi... Macam hidup dan mati.. Suara panggilan itu juga berubah agak tenang.. Lebih tenang.. Dan kadangkala sangat menenangkan... Senyuman-senyuman terkemudian juga tersirat jutaan makna... Adakah saya perlu mengorak langkah kehidupan sekali lagi?? Tapi kali ini dengan berlandaskan syariah dan hukum sepenuhnya?? Saya tidak lagi memikirkan tentang keseronokan.. Tapi saya memikirkan tentang maruah dan harga diri....

Andai langkah ini direstu, maka akan ada panggilan ke arah kehidupan baru.. Transformasi ke-4 akan bertapak melalui lorong-lorong kecil kehidupan saya.. Wallahua’lam..

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus