Monday, March 8, 2010

PADAMU TUHAN.. AKU BERMOHON...

Share

Ya Allah......
Aku bermohon padaMu....
Andai aku berada di jalan yang tidak diredhaiMu...
Sedarkanlah aku, sebelum aku hanyut lebih jauh dari sisiMu...
Andai aku leka dan alpa terhadap suruhanMu...
Insafkanlah aku, sebelum Kau tutupkan pintu taubat kepadaku....

Ya Allah....
Setiap detik ketika dalam hidupku ini adalah anugerah dari Mu...
Namun seringkali aku lupa hakikat itu Ya Allah....
Seringkali aku sombong dengan nikmat Mu Ya Allah....
Seringkali aku alpa dari mensyukurinya Ya Allah...
Oleh kerana itu kadangkala aku jatuh rebah tak terdaya....

Dan pada ketika itu..
Baru lah aku sedar.. Betapa aku lalai..
Betapa aku melepaskan tanggungjawabku..
Betapa aku rugi kerana leka dengan dunia khayalanku...

Namun Kau masih sayang Ya Allah..
Kau masih memberi nikmat kepadaku..
Kau masih memberi peluang kepadaku..
Kau masih menunjukkan cintamu Ya Allah....

Lalu dengan air mata yang mengalir...
Aku memanjatkan doa taubatku...
Aku tangisi kejahilanku....
Aku sedar, Kau sentiasa menyayangi hamba-hambaMU....
Tidak sekali kau melupakanku.......

Ya Allah, kini aku selalu merindu..
Nikmat dan ketenangan dari Mu..
Yang selalu aku rasai............
Terima kasih, Ya Tuhan.......

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus