Saturday, March 13, 2010

TUHAN MAHA TAHU, KEINDAHAN..

Share
Tuhan Maha Tahu atas segala apa yang Dia aturkan untuk hamba-hambaNya..


Kedukaan lebih setahun yang lepas tidak lah dahsyat atau apa.. Yang dahsyat sebenarnya adalah fitnah selepas itu.. Betapa hebat lah manusia-manusia ini mengatur cerita dengan plot-plot menarik.. Memanipulasikan segala detik yang ada untuk menghadiahkan kemenangan tak diiktiraf pada diri sendiri. It’s funny.. Sumpah saya cakap, it’s funny... It’s funny (dah tiga kali ulang, bermakna memang funny gila) sebab percakapan yang dilontarkan itu seolah-olah mengangkat diri semacam angel from heaven yang tidak berdosa. Manusia mudah lupa kan?? Habes saya nak buat apa?? Tengok saja setakat mana manusia ini mampu berdiri atas segala apa yang diciptanya..

Tuhan Maha Tahu.. Macam yang saya kata.. Saya tidak perlu mencari salah siapa-siapa.. Kemudian pergi mencerita seluruh dunia macam Obama ke apa.. Saya diam saja.. Sebab saya tahu, saya ada Tuhan yang satu.. Saya lebih selesa bila positif begini.. Tuhan tahu apa yang berlaku sebenarnya.. Tuhan tahu segala cerita.. Tuhan tahu semuanya.. Biarkan kalau ada manusia yang mahu melakukan road tour mengkata saya sekalipun, siapa kisah?? Saya tak kesah.. Saya ada Tuhan yang tahu segala-galanya...Ni Hakim cerita apa ntah... HAHAHAHAHA... Baik, move!

It’s over.. Semuanya dah berakhir.. Dan saya tahu betapa kedukaan setahun yang lepas itu membawa hikmah yang teramat besar dalam diri saya. Dunia berubah dengan cukup hebat.. Kebahagiaan datang menyelimuti hidup saya, dan saya tidak pernah merasai semuanya sebelum ini... Saya sedar, betapa kehidupan sebelum ini adalah berciri kegelapan yang sangat! Hitam.... Tidak berwarna lain.. Saya rasa betapa ruginya hidup di dalam keadaan seperti itu... Sangat rugi.. Rugi.. Rugi... Setiap detik yang berjalan ketika itu penuh dengan kerugian, kesalahan dan debu... Saya sedar itu semua sekarang.. Sekarang.. Apabila saya mampu berfikir dengan lebih baik... Bersama mereka yang selalu berada di belakang.. Bersama orang-orang tersayang....

Tuhan lebih tahu tentang apa yang saya perlukan ketika ini.. Dan saya yakin tentang itu... Apabila Dia menghadiahkan sebuah keindahan di dalam hati... Yang cukup menenangkan.. Yang cukup membahagiakan... Doa-doa saya supaya diberikan ketenangan dimakbulkan... Malah ketenangan itu cukup hebat terasa.. Selepas Dia memberikan ketenangan dari ibu dan bapa, Dia hadiahkan pula ketenangan daripada sokongan guru-guru saya... Sahabt-sahabat saya... Dan kini... Ketenangan itu datang pula melalui satu sudut berbeza... Ianya cukup indah.. Dan membawa saya berada lebih dekat dengan-Nya.... Saya teringat kata-kata dari bunda... “..apa pun yang kita buat, apa pun yang kita dapat, jangan dicemari dengan dosa.. Jangan tinggal solat.. Dia akan bantu..”.. Lalu saya berpesan pada keindahan itu... “Berhati-hati... Jangan tinggal solat.. Jaga batas yang perlu.. Dia akan bantu, InsyaAllah..”...

Alhamdulillah... Tuhan Maha Tahu...

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus