Monday, August 17, 2009

KELUARGA TEH TARIK BAHAGIA

Share
Maaf atas call yang tak berangkat dan SMS yang tak berbalas. Demam. Harap maklum. Bukan sombong macam pakcik guard sekolah tu.. Ah tetiba hakim neh.. Membawa emosi tengah hari tadi ke alam maya kan? Kan? Kau takyah tahu lah apa jadi antara pakcik guard sombong tersebot dengan saya dan Sam. Nanti ada sumpah seranah pulak kang.. Berdosa. Mari kita memfokus pada topic.


Macam yang saya janjikan, saya membawa laporan family gathering keluarga saya Sabtu lepas. Tapi maaf lah sebab gambar tak berapa nak cantik sebab kau fahamlah perempuan ambik gambar memang membelasah suka hati saja tak kira flash menterjah kepala orang atau apa asal ada muka, siap. (Tarik nafas..) Jadi terpaksalah jugak letak. Nak adjust guna photoshop pon dah tak boleh dah.. Pasrah saja asal kau nampak ada muka siap.. HAHAHAHA... Baik, mula.. Majlis hari tersebot dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah diimamkan oleh abang ipar saya.. Ayah saya tiada sebab sudah terlari pergi masjid mengimamkan orang kampong.. Ini lah yang kita katakan ‘GAJAH DI HUTAN DISUSUKAN, ANAK DI RUMAH MATI KELAPARAN’ hahaha.. Ini gurauan saja.. Tidak memaksudkan ayah saya tidak bertanggungjawab.. Siapa rasa begitu sila taubat. Berdosa.


Bacaan Yasin

Kemudian diteruskan dengan bacaan Yasin dah tahlil beramai-ramai.. Pada waktu ini, ayah saya sudah balik dan mengetuai bacaan Yasin.. See? Ayah saya bertanggungjawab orangnya.. HAHAHA.. Kalau dilihat pada gambar, pakaian sesetengah ahli keluarga saya tak berapa nak proper sangat siap ada pakai baju ‘HOCKEY’ semua entah apa-apa macam tak cukup telekung.. Sebab untuk pengetahuan semua, solat maghrib berjemaah tersebot tidak terjangka oleh kami.. Tetiba nampak dah mula solat.. Jadi bertempiaran lah kami bersiap sampai tak sempat nak join sama.. Termasuk lah saya sebab saya pergi mandi waktu tersebot.. HAHAHA.. Tapi tak proper yang saya maksudkan bukanlah terlupa pakai baju ke apa, maksud saya.... Saya tak bermaksud apa-apa lah.. Ni apa kes ntah nak cerita pasal etika pemakaian neh.. Astaghfirullahal’azim betol lah Hakim neh kalau mengarut.. Move! Move!! Membazir saja satu paragraph cerita etika pemakaian keluarga saya yang takda temaktub dalam undang-undang.. Dah.. Dah..



Selesai tahlil, bersolat Isyak berjemaah dan proses pembakaran bermula.. Ini lah menu En. Takdir Saibani yang tetiba tanya saya ayam dah perap belum.. Tetiba aah sedangkan saya punyalah tidak mengetahui apa-apa baru balik dari Kedah semalam.. Maka berkelam kabutlah saya pergi beli ayam petang tersebot empat ekor tak tahu nak bawak naik motor macam mana.. HAHAHAHA... Dah aah tertipu dengan cuaca.. Kau tahu, saya sampai kedai ayam tu kan, tetiba aah rasa hujan turun mencurah-curah.. Kelam kabut aah mengalih kenderaan takut basah sebab baru basuh pagi tersebot.. Tapi bila undur ke belakang sikit, tak rasa pulak hujan.. Rupanya paip atas bumbung kedai tersebot bocor dan air dia mencurah-curah ke bawah.. Malu saja berkelam kabut mengalih motor.. Cina sebelah sengih saja.. Penampar tahu lah.. HAHAHA... Anda semua, sila betulkan paip bocor.. Jangan memalukan orang lain dengan penipuan cuaca.. Berdosa tahu? HAHAHA.. Buat lawak ke apa TOPAN KAPAR neh.



Sambung.. Saya dah buat api dari petang tadi sama abang long saya.. Punyalah romantic mentiup arang waktu hujan renyai-renyai neh.. HAHAHA.. Sambil diganggu oleh anak buah saya SI GAJAH SEDIH mentambah tekanan aah.. Sekejap masuk batu dalam arang, sekejap pergi simbah air hujan dekat api kata nanti rumah terbakar padahal api dah menyala dah.. Ahh.. Tensen aah waktu neh.. *&#$% Tapi berkat kesabaran meluap-luap neh akhirnya api menyala dengan aman.. Dan tepat jam 9 malam, majlis jamuan bermula.. Ehem.. Ni ayam yang hitam-hitam neh memang made by kaum hawa lah anda kena tahu itu... HAHAHA... Saya bakar baik punya macam made in Victoria Station punya steak.. Macam aah pernah makan.. HAHAHA.. Tapi atleast kita dapat membezakan daging dengan arang okey? Mind u.. Saya pakar berBBQ.. Harap maklum, terima kasih.. HAHAHA... Hakim memang tak sah kalau tak mempuji diri sendiri....


Abang Long


Beberapa perkara yang anda mungkin ingin saya beritahu mengenai family gathering neh:

1. Kak Ili saya memang tak sudah-sudah kerja dia buat sos.. Pergi campur sos lada hitam dengan mayonis dan sos Thousand Island macam sedap sangat aah.. Saya pon tahu buat.. HAHAHA... Tapi dia bawak udang besar kegemaran ramai.. Terima kasih..



2. Ketibaan anak buah saya, Muhamad Akhil dari Johor buat pertama kali dalam sejarah hidupnya.. Kerja dia senyum saja macam takda perasaan lain.. HAHAHA.. Dia neh entah anak buah saya yang ke berapa ntah saya tak pasti sangat.. Ada lagi anak buah saya yang latest belum pernah nampak muka.. Astaghfirullahal’azim.. Punya produktif adik beradik saya...

3. Saya menasihatkan abang saya jangan beli daging banyak-banyak sebab daging kambing bau, orang tak suka sangat.. Tapi saya aah yang paling banyak makan daging tersebot.. Tetiba takda bau lah pulak daging neh.. HAHAHA... Mari try sechawan! HAHAHA..


Kopiah baru beli semalam.. HAHAHA..

4. Kopiah ganjil saya mendapat perhatian dan tempahan yang banyak.. HAHAHA... Saya akan jadi pembekal aah lepas neh... Dah ada 5 tempahan.. Padahal di Selangor pon ada.. Cuma di Selangor ada original punya saja.. RM35 macam yang saya baru beli semalam.. HAHAHA.. Mereka nak yang RM13 saja.. Kedekut..

5. TIADA TEH TARIK.. Eh, apa dah jadi neh?? HAHAHA... Tiada lah sebab pembancuh teh terkenal tertekan dengan anak-anak dia semua demam.. HAHAHA.. Dia tidak melayan ssebarang permintaan.. Teh tarik yang dibuat di bawah tekanan tak akan menjadi.. Jadi teh tarik postponed waktu breakfast esoknya..

Cukup lah.. Kesimpulan dia, (Ni dah sampai conclusion dah neh memang takda idea dah aah neh.. HAHAHA) family gathering neh seronok.. Ehem.. Memanglah, mana ada family gathering tak seronok dengan gelak ketawa kan? Kekurangan daging kambing juga tidak menghampakan.. HAHAHA.. Kerana saya yang menghabiskan daging kambing, jadi tak menghampakan saya lah.. Mereka hampa, kecewa ke apa peduli apakah.. HAHAHA... Baik, cukup.. Kang sikit lagi kang terhempas kepala dekat laptop ni kang.. Tidur dulu.. Terima kasih membaca entri sedih ini.. Wassalam...

Tuesday, August 11, 2009

PERCUTIAN DINANTI

Share
Presentation semalam excellent.
Best Presentor.
HAHAHA
Oke, dah.


Malam ini akan bertolak ke Klang dan kemudian akan menikmati cuti secara proper.. Cuti H1N1 itu bukan cuti proper.. Itu disaster.. Manakah ada orang cuti sekelam kabut macam nak kena serang dengan tentera udara.. Sampai semua orang kena marah.. Kau faham lah bila kelam kabut semua benda jadi tak kena.. Balik cuti pon bersedih-sedihan.. Kalau saya tahu cuti mid sem tidak ditarik, sumpah saya tidak akan tunduk kepada virus 'pink' tersebot.. Sumpah saya akan melawan virus hina dan durjana itu.. Apa kelaslah cuti selama tiga hari dan mengorbankan seratus ringgit untuk perjalanan pergi dan balik..

Mid sem break ini saya akan berprogram sama Sam.. Membalas dendam ketidak puas hatian terhadap cuti yang lepas.. Sampai berniat memaksimumkan cuti dan tidak akan berserah kepada universiti sebelum detik-detik akhir percutian.. HAHAHAHA.... Cuti akan tamat pada 22 Ogos.. Dan hanya akan balik ke kampus pada 22 hb, malam.. Sampai ke Changlun jam 4 pagi, dan ke kelas jam 8 pagi mengikut magik saya.. Masih ingat kan tentang ke'magik'an yang dilancarkan oleh saya beberapa minggu lepas? Sila ke entry SAYA NAK BUAT MAGIK kalau anda terlepas entry seronok itu..


Ohya, tiket sudah dibeli sejak hari ke-2 sampai kolej dari percutian disaster tempoh hari.. Dan adakah anda tahu, tiket itu adalah tiket yang sama macam saya tukar waktu FENOMENA 'SI MERAH JAMBU' melanda hari tu. HAHAHA.. Naseb baik bukan saya yang pergi beli tiket tersebot.. Kalau tak mesti kena gelak dengan akak kaunter tersebut sebab menjual muka ketat nak tukar tiket dulu.. Dan... Yeay! Balik malam!! Balik malam adalah seronok sebab malam kan romantik sikit.. Eh, tapi kalau duduk sama Sam manalah romantik bukan? Dia akan bercakap dengan saya sampai 4 jam tanpa henti... Omaigod lah kau ni Sam.. HAHAHA..

Sabtu neh saya se'family' akan bergathering.. Lama tak m
embuat aktiviti berkumpul ramai-ramai dan bercerita annoying.. Eh, keluarga saya suka buat cerita annoying.. Kalau duduk berkumpul, bermakna putaran waktu akan berubah.. Tiada tidur malam.. Tiada.. Nanti kang bila dah larut malam, mereka akan kata: "Eh kita bila nak tidur ni?" Kemudian akan disambut sorakan 'Jom Tidur..!!'.. Tapi bila satu jug teh tarik sampai, semua akan kembali mengambil tempat masing-masing di dapur.. HAHAHA... Laporan 'KELUARGA TEH TARIK BAHAGIA' akan ke udara nanti. Oke, oke cerita hati gembira nak bercuti TAMAT.



Ehem, tiada motif selain keinginan tinggi memiliki dia.

Monday, August 10, 2009

PERNYATAAN HATI

Share
Saya ada 14 assignments dan presentations..
Bila anda baca blog ini, anda akan nampak saya bergelak ketawa..
..HAHAHAHA...
Looks like i'm a very cool person..

Iya lah, untuk apa berteriak dalam blog...
Cakap saya penat dan sengsara hidup..
Kecuali kalau ada parasit mengganggu..
Kenalah dalam sini... Oh, jangan ungkit..
Nanti ada orang emosi... Takutnya!

Kalau di luar pon, saya beraksi cool..
Meng'cover' hati resah assignment banyak...
Padahal dalam hati dah berperang dengan masa.
Tapi kau sempat lagi update blog Hakim?
Jangan bising. Kau baca jugak..

Jadi hakikatnya 14 assignments + presentations adalah menggerunkan.
Saya tak akan dapat siapkan semua..
Kalau saya tak memikirkan 'magik'...
Lemah semangat betul lah..

Jadi
Percayalah kalau saya kata..
.SAYA BIZI.

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus