Friday, June 26, 2009

SAYA NAK BUAT MAGIK

Share
Astaghfirullahal’azim... Sebok sangat buat myspace sampai lupa blog.. Kesian kau blog.. HAHAHA.. Mintak sori lah.. Saja gatal tangan nak usik MySpace yang dah bertahun tak sentuh.. Sebab saya sebenarnya seorang pembenci MySpace.. Tapi dek kerana takda kerja sangat, habis MySpace kena godek.. Sampai terlupa-lupa blog cantik, beautiful, ceria, mesra dan.. Dah kau diam Hakim, orang meluat dengar.. HAHAHA.... Tapi satu benda saya suka MySpace berbanding Frindster, MySpace jauh lagi laju.. Jadi takyah tengok Friendster lembab aaah kan? Nak tengok profile sendiri pon sampai tertidur-tidur tak loading lagi.. Ehem.. Tak sedar tu Hakim neh pakai dial up.. HAHAHA... Tengok MySpace seronok sikit.. MySpace>> http://www.myspace.com/khairulhakim

Hari ni pergi buat blog untuk Cikgu Salimah pulak... Saja biar dia belajar blogging macam cekgu-cekgu lain.. Kau tahu, cekgu-cekgu saya sekarang maju dah.. Dah tak macam dulu terperuk tak pandai guna computer.. Nak buat kerja pon suruh saya buat bagi upah 20 ringgit.. Sekarang semua blogging.. Nak tanya itu ini pon letak kat shoutbox padahal SMS ada... HAHAHAHA... Tahniah aah semua cekgu-cekgu SMKSKI.. Ayahanda Wazir, Pn Salimah Farisah, Pn. Mazidah, En Hanafi... Semua ada blog dah... Baik, back to da topic... Minggu depan nak balik dah.. Bosan gila! 2 bulan macam 2 minggu.. Lepas ni mesti sebok kelas, sebok assignment, sebok projek, sebok semua aah... Ya Allah... Bila nak grad.. Bila nak grad.. HAHAHA..

Macam biasa setiap kali masuk sem baru mesti ada target. Target semester neh tak banyak.. Sebab kang kalau letak target banyak kang mati aaah.. Baik target perkara relevan.. Kalau target pointer 4.0 tu tak relevanlah.. Tu kurang akal sikit.. Macam genius sangat aah nak dapat 4 flat. HAHAHA.. Saya letak 3.5... Err... Untuk makluman target neh saya letak dari sem 1.. HAHAHA.. Masih tak dapat.. Jadi, sem 3 ada magik..

1. Study awal.... See? Tak habis-habis cakap nak study awal.. Kang sampai masa kang habis aah berterabur masa study.. Dah aah jadual tetiba ada kelas malam.. Ni UUM punya kerja aah ni.. Tetiba ubah jadual suka hati.. Kang masuk sem memang kena serang dengan student.. Lepas tu budak LAW mula aah berlagak; “Mengikut akta bla..bla..bla...” kepala hotak dia.. HAHAHA.. Meluat aah tengok budak law neh.. Sana sini jaja undang-undang.. Bila tanya bila Perlembagaan Persekutuan digubal tak reti jawab pulak.. HAHAHAHA... Hakim neh tetiba mengarut aah.. Balik pada point... Rasa-rasanya kalau semangat tinggi boleh aah kan? Baik! Gambatte!!~

2. Lepas segala projek dan tumpu pada study... Rasanya sampai sekarang rasa nak menyumpah seranah pasal projek.. HAHAHAHA... Memang mengganggu life betul... Dah lah suka sangat buat projek dekat-dekat exam.. Lepas tu lembab pulak nak kerja.. Tidur setiap hari pukul 3 pagi.. Kalau sebab study takpa aah.. Ni sebab nak siapkan surat penajaan yang dah 10 kali print asyik salah.. Biasa aah... Dorang nak made in haven punya surat. Macam aah nak bagi Perdana Menteri.. Baik, NO MORE PROJECT FOR THE 3RD SEM! Magic!

3. Study pagi-pagi buta.. Sebab seronok rasa macam budak pandai.. HAHAHAHA... Sekarang study kena bangun 3 pagi.. Kalau tak memang susah.. Dah aah blok macam disko punya bising... Kang study dalam library kang tidur.. Kau tahu betapa selesanya tidur di library? HAHAHA... Dah aah penat berpeluh-peluh masuk library.. Tetiba duduk ada air cond.. Habis lentok.. Tapi belum ada kes tetiba pustakawati (nama neh kelakar.. Macam Roosmawaty. Bagi nama anak best. HAHAHA) kejut bangon.. Tu memang takda aah.. Kalau tetiba jadi sumpah tak masuk library sebulan.. “Budak pakai songkok tu hari tu tidur sampai meleleh-leleh air liur dia.. Sumpah geli..” HAHAHAHA.. Malu aah macam tu.

4. No more blogging....... Ah, ni tipu. HAHAHAHA.. Magik ini takkan berlaku.. TIDAK!!

5. Membeli buku TEBAL sebanyak sepuluh. Balas dendam sebab cuti dua bulan tak dapat baca buku politik.. Ketagih kau tahu? Asyik baca buku astronomi sampai hafal.. Bosan. Jadi naik sem baru, bakal menserang MPH Alor Setar pergi beli buku politik secara pukal.. Lepas tu baca sampai nangis.. Lepas tu meluap-luap rasa nak pergi tulis dalam blog.. Tapi tak boleh sebab kang kena AUKU.. HAHAHAHA.. Student politik tak boleh berpolitik hatta menulis dalam blog sekalipun. Pelik? Realiti sekarang... Eh, tapi meluat aah kan tengok politik sekarang.. Macam budak-budak berebut mainan..

Budak 1 : “Eh, Perak tu aku punya!”
Budak 2 : “Eh, aku punya! Kan kau kata dah tak nak hari tu!”
Budak 1 : “Sekarang aku nak balik.. Hari tu main-main je!”
Budak 2 : “Lantak kau aaah...”
Budak 1 : “Cakap kat Mak Kamah!”
Budak 2 : “Ala, aku boleh cakap kat Mak Kamah jugak..”

HAHAHAHA... Mereka neh Political Animal nama dia..

6. Mengorat lecturer.. Maksud saya, berbaik-baik dengan lecturer.. Saya tak pandai mengorat.. Nanti nampak janggal.. HAHAHA... Tapi di UUM nak carik bilik lecturer pon setengah mati.. Jadi nak mengorat susah sikit.. Kena mengorat lepas kuliah.. HAHAHA... Itu pon kalau dia layan aaah.. Kalau tak; “Jangan tanya saya apa-apa soalan..” Habes aah.. HAHAHA.. Apa punya lecturer ntah macam neh.. Kang kalau pergi bilik dia kang lagi parah..; “Assalamualaikum.. Hai cik.. Saya nak tanya...”... “You’ll get D!”- lecturer.. MATI! Belum sempat tanya dia dah kasi D. Padahal mid sem pon tak lagi.. HAHAHA.. Sebenarnya dia sensitive dengan perkataan CIK.. Sebab dia dah 40 tahun, dah taraf professor.. Tapi tak kawen lagi.. HAHAHAHA... Siap! Kalau lecturer lelaki seronok sikit.. Masuk kelas; “Hari ni saya dalam mood yang baik.. Jadi saya nak bagi markah 5 untuk semua yang datang...” Ya Allah senangnya dapat markah.. HAHAHA...

7. Takkan skip kelas pagi lagi... Ini memang MAGICAL WORLD OF DISNEY aah kalau dapat buat... Sebab mengikut rekod, kalau 10 hari kelas pagi, saya akan terskip 3 daripada kelas tersebot.. Atas sebab beberapa perkara.. Pertamanya, of course tak cukup tidur lepas tu terlajak.. Dengan roommate sekali tak bangon tidur.. Kedua, sebab handphone NOKIA N70 saya tidak berupaya berbunyi. Ke sebab saya tak sedar dia bunyi ntah.. 9.30 baru bangon. HAHAHA.. Dan sebab ketiga adalah kerana khabar angin yang mengatakan kelas pagi cancel.. Ish.. Yang neh parah sikit.. Sebab kadang-kadang dia orang pakat-pakat tak nak datang, tetiba cakap kelas cancel.. Habes satu kolej tak datang kelas.. HAHAHAHA... Baik, mulai semester depan, kelas ada ke tidak, DATANG! Kalau tetiba ada memo cakap kelas cancel tetiba, mari sumpah lecturer dalam blog.. HAHAHAHA...

8. Tumpukan pada mid sem exam.. Ni tidak.. Mentang-mentang mid sem, nak main-main.. Nanti carry mark teruk tahu pulak nak marah diri sendiri.. Lepas tu final mula aah tak tidur... Baik, tukar strategi.. Bila mid sem buat betul-betul.. Final boleh main-main.. HAHAHA.. TIDAK.. Itu gurauan semata-mata.. Final sekurang-kurangnya kurang beban sikit bila carry mark tinggi.. Jadi tak stress sangat.. Lagi-lagi kalau exam sehari 2 paper.. Memang nanges aah nak study kan... Jadi, semester depan ada strategi baru.... Lepas tu assignment kena buat macam made in heaven... HAHAHA... Lecturer mintak 10 muka surat, kita buat 20 muka surat.. Tapi kalau dia cakap jangan buat lebih-lebih, sebab dia malas nak semak, takyah mengada aah nak buat 20 muka.. Nanti kena baling dengan kasut. Dapat D pulak tu.. Mati laaaah...

9. Please, jangan keluar sangat... Ini virus neh.. Duduk hutan memang tensen sikit.. Kalau tak keluar, memang rimas. Dah lah semester depan nak raya.. Kang kalau iman lemah kang, memang asyik keluar nak beli itu ini... Semester lepas okey lah sebab duit takda.. Jadi automatically tak keluar kecuali atas sebab-sebab relevan dan memaksa. Tapi semester depan duit banyak sikit.. Kondisi: BAHAYA. Kena set. Habis semester mesti ada sebanyak RM700 untuk simpanan.. Boleh? Sebab tu kena buat magik.. Magik please... Magik! Jangan ikut orang kaya.. Jangan ikut... Ingat pesan bunda; “Jangan buat macam orang kaya.. Duit banyak mana pun ikut cara orang miskin...”.. Yaa.. Seronok tau jadi orang miskin... Sebab makan nasik dengan ikan bilis SAHAJA.. Naseb baek ikan bilis dia sedap.. HAHAHA... Semester lepas dah berlaku.

10. Usaha keras menjayakan magik seperti yang disebut di atas.. Kalau magik kat mulut takyah cakap.. Magik di hati baru seronok.. HAHAHA... Tapi yang paling magik sebenarnya doa... Jadi, semester 3 akan dipenuhi doa dan tawakkal... Sebab itu magik paling berkesan.. Doakan saya berjaya pada semester-semester akan datang.... Semoga ALLAH memberkati usaha perjuangan saya dan semuaaaa... Sekian..

MAGIK!
PLING!

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus