Monday, June 15, 2009

CAMERON MENGORAT SAYA! (Part 1)

Share


Rindu blog! Walaupon dah dapat cinta baru bernama Cameron.. Tapi blog tetap dirindu. HAHAHA.. Apa khabar anda semua? Harap semua dalam keadaan sihat membaca.. Tidak menanges rindu mentunggu update dari saya.. HAHAHA.. Takyah berlagak macam selebriti aah.. Menyampah. Baik, saya baru balik dari Cameron SEMALAM. Tapi tak sempat update sebab sampai pukul 3, teros kenduri rumah Faten, maen badminton dengan Hanis, lepas tu bergerak pergi rumah abang Long pulak.. Sumpah penat. Sampai diserang migraine.. Kesian saya.... Minggu lepas memang busy tak boleh kacau. Mintak sori..



Baik, cerita Cameron.. Perjalanan ke Cameron macam yang semua orang tahu bersifat kepeningan dan kemuntahan hijau.. Kan seronok kalau ada jalan straight ke atas kan? Kan? Lepas tu nanti ramai aah kereta tersadai tepi jalan.. HAHAHA... Jalan dia merobek mood betul lah.. Sampai nak angkat kamera nak shot pemandangan pon tak larat.. Tapi seriously sejuk. Nampak macam dalam hutan misteri aah jalan naik tersebut.. Berkabus kabus semua.. Cantik. Tapi perlu diingat, perjalanan ke atas TELAH MEROBEK MOOD saya. Jadi saya tidak begitu excited dengan hutan misteri mahupun orang asli tepi jalan jual petai.. Tak excited langsung.. Rasa macam nak keluar kereta dan lari ke bawah ada lah. Tapi takyah aah sebab ada elephant.. Eh, elephant pulak.. Anjing.. Kang dia kejar kang habis kena samak tak pasal-pasal.. HAHAHA... Berhenti di Lata Iskandar.



Tak berapa pasti sangat tempat neh ada orang mandi ke tidak sebab waktu tersebot takda seorang manusia pon yang mandi.. Ke sebab air sesejuk ais ke apa tak tahu lah.. Tapi seronok.. Kira mood tetiba baik aaah.. HAHAHA... Mood saya memang suka main-main.. Kejap oke, kejap swing.. Saya tak pergi mandi di situ sebab tak rasa nak hilang akal mandi sorang-sorang dengan air sejuk membeku otak. Eheh... Kemudian sambung perjalanan macam neraka ke atas.. Ya Allah.. Mood lari lagi.. Haa.. Tengok! Tengok! Kejar mood kejar!!! HAHAHA..

Satu jam kemudian sampai ke Ladang The BOH.. Mood : EXCELLENT. Serius fresh sampai sini.. Dan serius jugak lenguh kaki naik tangga tinggi, sesak nafas semua ada.. Mereka lah.. Saya tidak sebab stamina tinggi.. Cuma kadang-kadang rasa nak pengsan.. HAHAHAHA.. Tak pernah pulak rasa sepenat itu naik tangga.. Sampai atas, semua terduduk tercungap-cungap ; “Apa punya tangga lah ni.. Kan elok buat escalator naik ke atas neh.” Anda rasa insan berhati mulia yang berkata-kata begini pernah ke sekolah dan belajar Sains tentang ketumpatan tanah ke tidak? HAHAHA.. Kau ingat tengah panjat KLCC ke apa nak pakai escalator??




Beraksi depan kamera memang seronok sampai tak perasan semua orang dah turun ke bawah.. Pedulik apalah bukan? HAHAHA... Janji kamera penuh nak letak dalam blog buat tatapan semua.. Ya Allah, mulianya hati saya nak kongsi semua dengan kau orang. HAHAHA.. Baik, samung.. Sambung.. Kami menteruskan perjalanan ke restoran apantahnamadia tak jauh dari ladang teh tersebot.. Ehem. 3 cawan teh strawberry, 2 cawan teh tarik dan 3 biji biskut sedap bersamaan..... RM40! Err... Dah.. Dah.. Jangan datang lagi dah.. Jangan datang.. Baik makan Pizza ke apa kenyang.. HAHAHA... Ntah apa dia letak ntah sampai RM40.. Padahal bukan excellent sangat rasa dia.. Untuk makluman, teh dia pahit.. Jangan order teh di sini.. JANGAN. Tak sedap.. Teh strawberry boleh lah.. Lain-lain jangan.. Kau menyesal nanti... Tapi biskut dia oke.. Jangan risau.. Tapi kalau bandingkan harga dia dengan rasa, memang tak berbaloi.. Kesimpulan dia, kau takyah datang sini.. Bukan best mana pon makanan dia..HAHAHA.. (Gelak jahat)




Menuju ke apartment. Pada pandangan saya lah kan, hotel-hotel di sini tidak secantik hotel di pantai-pantai peranginan.. Sebahagian besarnya berlamankan jalan raya dan pekan-pekan.. Tapi mungkin dia punya environment cantik, jadi tak kisah sangat lah.. Kalau berlandskapkan pasar malam pon cantik.. Kau cakap banyak macam aah tinggal kat hotel Hakim! HAHAHA.. Tidak.. Saya tinggal di apartment sahaja... 3 bilik. Besar. RM220 semalam. Satu fakta menarik : Apartment TIADA kipas dan aircond. Jadi sejuk sepenuhnya bergantung kepada cuaca. Tidur tengah hari pon pakai sweater sama selimut tebal.. Kalau dekat rumah, kipas depan muka pon berpeluh.. HAHAHA... Eh, tak baik.. Rumahku syurgaku.. (Terpaksa neh, tepaksa..).. Duduk dalam rumah selama beberapa jam, menikmati udara sejuk segar dari ladang dan kemudian berangkat ke flower's farm dan pasar malam.. Serius best pasar malam dia.. Pertama kali aaah nampak pasar malam lain yang best mengalahkan tempat sendiri.. HAHAHA.. (Ya Allah, lupa diri betul). Tapi tak dapat snap gambar sebab pasar tengah pack gila dengan orang ramai.. Jadi, mintak sori...




Malam tersebut duduk rumah SAHAJA sambil merenung-renung Cameron Highland.. Kenapa saya rasa tertarik dengan Cameron? Ada beberapa sebab akan diceritakan dalam entri seterusnya..



BERSAMBUNG...

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus