Thursday, June 4, 2009

NORMAL MODE

Share
Masih ingat entry BLOG INI HIPOKRIT di sini? Saya tak berapa suka mencurahkan perndirian tegas di sini.. Sebab kang kalau buat, hari ni cakap, esok dah mula goyah pendirian dah.. Malu.. HAHAHA.. Tapi kali neh pendirian boleh tahan lama selama lebih kurang dua minggu.. Kira tegaslah jugak pendirian, 2 minggu. HAHAHA.. Baik, mulai saat ini saya melepaskan blog ini dari cengkaman kehipokritan. Bermakna, blog ini kembali menceritakan kehidupan penuh hidup saya. Atau dengan kata lain entry sedih (ENTRY AIR MATA) yang kadang-kadang boleh membuat anda mentitis air mata akan dililuskan oleh lembaga penapisan ICEMANZWALKING. Tidak akan dihalang dari bersiaran di alam maya.

Kenapa? Kerana ada beberapa sebab. Pertama, untuk kepentingan diri sendiri jugak. Bila saya tidak meletakkan entry berperasaan sebenar, ini membuatkan anda merasakan saya sentiasa berhati riang sampai tiada unsur ketanyaan sama ada saya berada dalam lingkungan emosi yang baik atau sebaliknya. Akhirnya ada yang tanpa sedar telah mengguris hati yang telah terguris.. Saya ulang, TANPA SEDAR. Dalam hal ini saya tidak menyalahkan sesiapa, kerana keputusan menghalang kemasukan entry air mata dibuat oleh saya sendiri.. Jadi kau terima sendirilah Hakim.. HAHAHA.. Jadi selepas neh anda diminta berada dalam situasi concern terhadap perasaan saya ketika pempublishan sesebuah entry. Kalau anda terbaca entry air mata, jangan berani letak komen gembira sebab AMARAN KERAJAAN MALAYSIA: KOMEN BERCIRI BEGITU MEMBAHAYAKAN KESELAMATAN!

Seterusnya, kadangkala saya tidak menaip entry selama beberapa hari. Kerana mungkin dalam beberapa hari tersebut saya tidak berada dalam mood yang baik untuk menghadiahkan sebuah entry berciri GEMBIRA. Bila ini berlaku, akan ada manusia perihatin yang meminta sebuah entry baru. SAYA TAK BOLEH BUAT kerana mood tidak berada pada tahap sempurna.. Kan saya meletakkan blog neh di bawah tahap hipokrit tinggi sebelum neh.. Jadi pada waktu itu blog akan tersadai empat lima hari tidak bersentuh. Untuk makluman saya jarang menaip entry membuta tuli.. Kerana akhirnya nanti, saya sendiri rasa loya nak baca.. Entry tak bermutu sangat menyakitkan pandangan mata dan kesihatan otak kau tahu? Jadi bila saya meletakkan blog ini pada satu tahap normal, sama ada saya sedih atau suka, saya akan dapat mentaip sebuah entry untuk anda.. Doesn’t u think that I’m a very responsible blogger?? HAHAHA..

Sebab ketiga, saya sedar bahawa blog ini menjadi bacaan ramai. Jadi adalah tidak adil membiarkan blog ini terus berada salam satu tahap hipokrit yang sepertinya membawa sebuah penipuan perasaan. Bukankah blogger selalunya berkongsi dengan readers yang selama ini setia membaca? Jadi sekarang kau ambik aah semua perasaan saya. HAHAHA.. Perasaan cinta dan kasih sayang TIDAK BOLEH. Kau berani try lah.. Kaya, boleh tumpang sekaki, cantik menawan, cerah berseri jadi keutamaan.. HAHAHA.. Err.. Kriteria ini adalah atas nasihat AYAHANDA WAZIR. Harap maklum. Baik takyah merepek, takyah... Mulai hari ini, saya berkongsi perasaan dengan semua... Seperti mana blogger-blogger lain berkongsi perasaan dengan readers mereka.

Tapi SILA AMBIL PERHATIAN BEBERAPA PERKARA BERIKUT:

1. Segala entry air mata tidak akan diceritakan secara kesedihan melampau sampai buat kau menangis tersedu-sedu lompat katil tutup muka dengan bantal sambil meraung-raung macam dalam CEREKARAMA TV3. Tidak.. Entry air mata tetap akan ditulis secara sederhana dan tidak lupa mengenengahkan unsur-unsur cool dan cuba menenagkan diri sendiri.

2. Hanya beberapa cerita air mata lampau zaman prasejarah yang akan diceritakan atau diungkit.. Bukan semua cerita akan ke udara.. Tidak.. Cerita cinta lampau nak sedih-sedih pon takyah letak sebab tidak ada kepentingan peribadi atau umum yang menuntut cerita-cerita sebegini diletak dalam blog ceria ini. Jadi dalam masa yang sama, pertanyaan, keterangan dan segala jenis ungkitan berkenaan kisah cinta lama adalah TIDAK DIALU-ALUKAN. Siapa bukak cerita, kau siap.. Siap!!

3. Sila bersikap professional dalam menilai setiap entry air mata.. Maksud saya, jangan kau kata saya buat entry air mata macam bapok ke apa.. Kang dengan perasaan calar balar hati pecah, aku cari ngkau sampai ke lubang cacing dan menjadikan hidup anda TIDAK SELAMAT. Amaran ini adalah KERAS. Tahap 6. Dalam masa yang sama, saya mengajar anda cara menghormati penulisan orang lain, cuba memahami dan memupuk sifat sayang menyayang. Eceh! HAHAHA... Komen bersifat kurang daya fikiran rasional akan menerima tentangan balas hebat atau lagi senang DELETE SAJA! HAHAHA...

4. Kemungkinan entry air mata adalah berbentuk nukilan, puisi atau monolog dalaman yang saya tulis beberapa bulan sebelum ini.. Kerana sebelum ini saya menulis beberapa entry air mata yang berada di bawah simpanan cakera keras D saya. Jadi jangan pelik kalau pada satu-satu entry anda terlihat perkataan; ‘Ditulis oleh: KHAIRUL HAKIM pada 23 Januari 2009. Harap maklum.

KENYATAAN TAMAT

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus