Monday, June 1, 2009

R&R ADA ORANG UTAN

Share
Boleh dikatakan perjalanan ke JOHOR adalah berciri BOSAN. Saya sumpah tak suka lalu highway yang kanan kiri dia berhias bukit batu-batu dan pokok kelapa sawit. Tak seronok rasa nak mati kebosanan. Nasib baik sesekali ada Lamborghini lalu, boleh jugak cuci mata sambil pasang angan-angan nak beli sebijik. Macam kaya aah kan? Kan? Lamborghini adalah salah satu kereta idaman selain BMW, Brabus Mercedes, Mustang GT, Honda JAZZ dan.. Err.. Satria NEO. Macam sesat kelas aah satria neh.. Keluar list! Keluar! HAHAHA... Baik, jangan cerita kereta. Nanti 12 paragraph tak habis-habis entry neh. Ngkau jugak bising karang..

Takyah aah cerita apa jadi kat rumah kakak.. Sebab memang tak kemana.. Duduk, baring, makan, tidur sahaja.. Tak berjalan sebab tak sempat. Jadi bukak cerita R&R. Semalam sebelum sampai ke rumah, kami singgah di R&R seremban. Orang memang ramai aah. Takyah cakap lah macam mana punya ramai.. Nanti mula nak mentipu cakap ramai macam kat MEKAH ke karang.. Sure ngkau tak percaya kan.. Kami duduk di restoran Shalala ke apa ntah nama dia. Tetiba datang lah segerombolan manusia kurang tamadun datang duduk sekali dekat restoran tersebot.. Mula aah mereka mentayang aksi konon moden tu.. Dengan perempuan dia pakai jarang, dengan smoking macam apa ntah.. Si lelaki-lelaki pulak macam bangga sangat aah girlfriend dia seksi.. Tersengih-sengih rasa nak kasi pelempang saja kang...

Apa ngkau rasa bila dapat girlfriend seksi dan.. Err.. Tak berapa nak senonoh? Apa yang ngkau bangga? Ngkau lelaki ada maruah ke tidak biar girlfriend ngkau tayang badan kat semua orang? Ngkau ingat nak didik perempuan macam tu nanti senang? Atau ngkau memang nak perempuan tu untuk kau enjoy? Come on lah.. Kalau saya lah, nak tunjuk dekat kawan girlfriend perangai tak senonoh pon MALU kau tahu? Ngkau ingat dapat girlfriend pakai seluar pendek, pakai singlet, letak kaki kat meja sambil merokok tu cantik lah? Seksi? Kenapa aku rasa macam ngkau takda maruah sebagai lelaki? Ngkau rasa bila kawen nanti, nak didik isteri ngkau yang semacam tu senang? Takyah aah.. Takyah... Malu lah nak tayang girlfriend kurang didikan macam girlfriend ngkau...

Tak tahulah saya yang kolot, kampong atau memang tak bertamadun.. Tapi sumpah tak pernah pulak saya rasa nak bangga kalau girlfriend jadi tatapan mata lelaki lain.. Cuba tetiba ada lelaki tegur ; “Pheewiit!! Lawa body girlfriend ngkau?”.. Tahu pulak kau marah kan? Kan?? Tapi ngkau biar girlfriend ngkau tayang badan dekat semua orang.. Ngkau rasa berapa ramai yang cakap macam tu dalam hati? Ngkau siuman ke tidak? Ke memang ngkau nak tayang sebab bangga girlfriend ngkau body cantik.. Padahal taklah lawa.. Kalau putih melepak ke apa, boleh lah tahan sikit.. Ni tidak.. Girlfriend ngkau kulit gelap.. Lepas tu kaler rambut perang besi karat.. Kau tahu orang utan? Macam girlfriend ngkau lah.. Bangga?

Saya bukanlah terperasan saya neh baik sangat atau pandai sangat nak didik perempuan.. Tapi sekolot-kolot saya pon, tidak lah sampai hilang maruah sebagai lelaki nak tayang girlfriend tak senonoh kat semua orang dengan rasa BANGGA. Tidak... Sumpah malu.. Nampak sangat kau lelaki LEMAH tak pandai nasihat dia... Kalau ngkau nak tengok sorang, ngkau punya pasal lah.. Tapi takyah aah sampai kat tempat awam pon ngkau nak tayang body girlfriend ngkau, nak peluk semua.. Sampai pakcik makcik sebelah geleng kepala.. Kau tak malu pon.. Ngkau gelak.. Ngkau sengih.. Nanti dah kawen, merana lah ngkau nak didik dia... Mintak sori kalau entri neh menyinggung sesiapa.. Tapi, peninglah tengok manusia macam tu.

"Mari pupuk perasaan MALU."

Pesanan Dari:
icemanzwalking(dot)blogspot(dot)com

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus