Tuesday, June 9, 2009

DOA BUATMU

Share
Ya Allah..
Terima kasih kerana meminjamkan dia kepadaku..
Terima kasih kerana memberi nikmat kebahagiaan kepadaku..
Terima kasih kerana memberikan ruang untuk aku menyayangi dia..

Ya Allah,
Terima kasih kerana memberi masa untuk aku mencipta kenangan semanis madu bersamanya..
Terima kasih kerana mengurniakan seorang yang amat aku sayangi untuk dipertanggungjawabkan kepadaku..

Walaupun sementara Ya Allah, tapi aku gembira.. Dan aku sedar.. Walau bukan kelmarin, suatu masa nanti dia akan Kau ambil semula.. Kerana dia bukan milikku yang abadi Ya Allah.. Dia hanyalah pinjaman dariMu...

Ya Allah..
Terima kasih kerana membawa dia pergi dariku..
Kerana bersamaku, dia mungkin tidak bahagia..

Ya Allah, biarkan dia melakukan apa yang dia minta..
Kerana bersamaku dia mungkin tidak menikmatinya..

Ya Allah, biarkan dia mengecapi segala apa yang dicita..
Kerana bersamaku, dia mungkin tidak dapat menggapainya..

Ya Allah, biarkan dia menikmati hidupnya..
Kerana bersamaku dia mungkin tidak selesa...

Ya Allah,
Aku bermohon dengan kerendahan hati..
Peliharalah hatinya... Agar jangan dipalit walau sedikit kekotoran...
Peliharalah setiap inci dirinya..
Agar jangan dipalit walau segaris luka dan calar..
Ya Allah, peliharalah tingkah lakunya..
Agar jangan dipalit pandangan serong makhlukMu..

Ya Allah,
Aku bermohon dengan menyerahkan segala kerendahan hatiku....
Jagalah dia...
Peliharalah dia..
Berilah dia nikmat tertinggi dariMu Ya Allah....

Ya Allah,
Aku memohon dengan segala kerendahan maruahku selaku hambaMu..
Peliharalah hidupnya.....
Berikan dia insan-insan hanya yang terbaik....
Sebagaimana baik hati dan budi pekertinya..

Ya Allah,
Mungkin aku bersalah,
Kerana memegang kehidupannya..
Yang aku sangkakan tanda sayang..

Ya Allah,
Mungkin aku bersalah,
Kerana memewahkan kehidupannya,
Yang aku sangkakan membawa selesa..

Ya Allah,
Andainya aku pergi esok,
Sampaikan kepadanya,
Bahawa aku amat merinduinya...

Ya Allah,
Andainya Kau ambil aku esok,
Sampaikan kepadanya,
Aku amat menyayanginya..

Ya Allah,
Andainya Kau ambil aku esok,
Sampaikan kepadanya,
Aku amat mengasihinya..

Ya Allah,
Andainya Kau ambil aku esok,
Sampaikan kepadanya,
Aku belum puas menatap wajahnya..

Ya Allah,
Andainya Kau ambil aku esok,
Sampaikan kepadanya,
Aku sebenarnya selalu menuggu dia...

Ya Allah,
Andainya Kau ambil aku esok,
Sampaikan kepadanya,
Aku sebenarnya ingin melihat senyumannya..

Ya Allah,
Andainya Kau ambil aku esok,
Sampaikan kepadanya,
Aku selalu teringat telatah gurauannya..

Dan..
Ya Allah,
Andainya aku pergi nanti,
Jangan biarkan dia tahu,
Jangan biarkan dia menatap wajahku,
Kerana aku tidak mahu,
Air matanya mengalir..
Walau setitik ke bumi.. Kerana itu dosaku..

Aku memohon sepenuh hati Ya Allah......
Walaupun hanya satu doa yang akan kau perkenankan..
Biarlah doa yang satu itu adalah doaku ini.....
Kerana dia..
Adikku...

Ditulis oleh: KHAIRUL HAKIM
April 2009

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus