Wednesday, June 3, 2009

GEMURUH SELASA

Share
"Result dah kuar. Dah bleh check." – Zul.

Hati takyah cakap aah macam mana gemuruh. Second semester was a very critical time I tell u... Dengan projek melambak, dengan study tak cukup, dengan kelas pagi asyik kantoi tak sempat datang... Maigod.. Maigod... Tak nak tengok result dah... Taknak.. Taknak tengok tapi tangan sejuk tarik kabel nak connect internet.. HAHAHA.. Sejuk tangan serius macam dekat antartika ke apa ntah..

Kenapa saya begitu takut mentengok result?

Pertama, kerana saya tahu saya masih mengamalkan sikap LAST MINUTE STUDY yang bermaksud penempahan result tak memuaskan. Saya tak pandai study awal.. Serius tak pandai.. Kalau study awal, saya akan menghadapi satu keadaan yang dipanggil pembacaan tanpa sedar.. Kau faham? Maksud dia, saya membaca secara pantas, tetapi pemahaman adalah lambat. Bermakna perkara itu adalah sia-sia. Ataupon dengan kata lain saya tidak mampu menfokuskan otak kepada buku. Otak tak nak pandai.. Merajuk adalah.. Sekejap lagi kang tidur.

Kedua, projek adalah perkara paling menggugat kehidupan dan pembelajaran. Semua tahu projek saya diganggu dengan birokrasi.. Sebab projek lah saya tak bangun pagi sampai terlepas-lepas kelas ETHNIC RELATIONS. Sebab projek lah saya mengorbankan masa study untuk siapkan kertas kerja, surat dan bermacam lagi perkara NERAKA berkaitan dengan projek. Semasa projek, otak selalu dalam keadaan over load, tension dan tak berapa siuman sebab stress.. Lepas tu berperang dengan Ex-Officio dan Timbalan Pengarah muka kemek sampai semput-semput aah pegang senapang.. Ya, tipu.. Perang dengan hati dan perasaan saja..Senapang simpan. Gangguan.

Ketiga, keadaan kewangan yang kritikal menjejaskan pemakanan yang membawa kepada kekurangan tenaga dan kemudaratan akal fikiran. Kan bunda-bunda kita semua selalu cakap; “Jangan makan MEGI nanti BODOH.”.. Semua pernah dengar ayat kejam tak bertapis tu kan? Macam gerunlah.. Tapi apalah ertinya duduk di kolej tanpa merasa MEGI bukan? Kecuali kau anak datuk-datuk order duit kat mak ayah setiap bulan, bolehlah makan mewah.. Semester neh loan cuma sebanyak RM600 daripada jumlah keseluruhan sebenarnya RM3200. Kau tahu kira berapa banyak beza? Dan dalam semester dua, saya cuma balik ke rumah sebanyak SEKALI. Bermakna penggunaan duit adalah KRITIKAL. Boleh dikatakan segala jenis megi yang berada di KOPERASI UUM sudah dirasa. Kau faham maksud dia? Tak faham.. Kau memang.. Maksud dia, saya telah memakan megi secara banyak dan menurut kata bunda, nanti BODOH. HAHAHAHA..

Keempat, saya menghadapi kelas padat.. Kelas dari 8 pagi (yang selalu kantoi tak datang sebab henpon tak nak bunyi) sampai 11 malam adalah DAMN. Siapa susun jadual? Sayalah.. HAHAHAHA.. Kelas padat kadang-kadang seronok kalau lecturer mempunyai kredibiliti rendah. Bermaksud lecturer tak kisah sangat. Tapi semester ini TIDAK. Saya berhadapan dengan 3 orang lecturer kurang daya pemahaman. Pertama lecturer PROCESS WRITING.. Lecturer neh selalu buat semua orang tension.. Hari ni pesan minggu depan hantar assignment lain, minggu depan mintak assignment lain.. Lepas tu tak mengaku salah.. Sikit-sikit mencarut.. Lepas tu macam.. tak berapa siuman sebab tetiba dia boleh melompat tak tentu pasal.. Lecturer neh saya tak faham.. Takyah cerita aah dia neh.. Ganjil.. Lecturer kedua, POLITICAL SCIENCE. Ya Allah sumpah pemalas lecturer neh.. Kau tahu note dia cuma bukak WIKIPEDIA.. Lepas tu marah pulak orang tak salin note.. Ngkau dah bukak Wikipedia, nanti kami bukak lah pulak.. Ngkau ingat kitorang takda kemajuan ICT ke apa.. Macam aah canggih sangat note engkau... HAHAHA.. Lecturer ketiga, CCT. Lecturer baru.. Baru mula kelas tetiba buat presentation kepala hotak kau! Lepas tu suka cakap sorang-sorang tetiba tanya soalan.. Ya Allah, penat.

Kelima, semester neh TIADA masa berehat. Dengan ini bermaksud tiada masa study. Point neh ada kaitan dengan point 1. Tiap kali ada masa walau 10 minit, mesti bercinta dengan bantal dan katil.. Sumpah penat setiap hari.. Makan minum tak teratur.. Senang cerita kehidupan semester 2 memang DISASTER lah.. Sebab tu saya takot tak keruan bila nak tengok result..

Ehem.. Result Zul, DROPED. Rasul DROPED. Eja DROPED. Memang ramai orang jatuh pointer semester neh. Saya? NAIIKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK!!!!!! HAHAHAHAHAHA!!! Alhamdulillah naik dengan pointer yang boleh dibanggakan lah. 3.++.. Takyah cakap aah berapa.. Takyah.. Tapi tak sampai jugak nak dapat DL.. 3.5 neh bila nak dapat ntah.. Target saya, mesti dapat DL walau sekali.. INTAFF bukan course senang nak dapat DL.. Student LAW sendiri cakap INTAFF lagi tough.. Tapi tak mustahil.. Ethnic Relations lari target.. Memang frust aah.. Eceh, dah lah kelas banyak kali TERskip, ada hati nak frust aah Hakim neh. HAHAHA.. Frust sebab rasanya dah buat sehabis baik dan target punyalah tinggi sampai A. Tapi tak dapat. Principal Management takyah aaah cakap target A ke apa.. Memang tak berapa nak logic aah kan. Ni memang siap rasa macam fail semua ada.. HAHAHA.. Principal Management satu-satunya subjek errrr........ C+. Redha... Susah teramat. CCT pon lari target... A ke A-. Yang lain, berbaloi untuk usaha sendiri.. Alhamdulillah.. Terima kasih semua atas doa dan kata-kata semangat.. Kata-kata ‘3.5 is possible’ akan dibawa ke semester hadapan.

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus