Friday, August 7, 2009

CINTA DI AWANGAN

Share


Mintak sori lah atas keterlambatan membuat laporan Wedding of The Year kau Faten.. HAHAHA.. Kau faham lah duduk UUM neh nak access Friendster curik gambar ngkau punyalah susah. Lepas dua bulan baru siap laporan ngkau.. Anggap lah laporan untuk MAJLIS PERKAHWINAN TAHUN INI memang grand dan susah dibuat.. HAHAHA..

Ehem, tanggal 14hb JUN 2009 saya telah menghadiri kenduri rakan saya bernama Nurul Faten Atiqa sebaik saja turun dari kereta dari percutian di Cameron Highland. Anda tahu betapa kelam kabutnya saya waktu tersebot dengan kepanasan pancaran matahari indah permai (Ah, ayat novel Damya Hana) yang meluap-luap punya panas. Saya jangkakan sampai ke rumah selepas Zohor. Atleast dapat mentengok rakan saya itu bersanding dengan megahnya di atas pelamin.. Tapi tiada rezeki. Sebab itu saya mencurik gambar eksklusif dia di Friendster saja.. Kau kesian Hakim mentulis entry menggunakan gambar curik.. HAHAHA...

Tepat jam 3.30 petang, saya berangkat pergi ke rumah mempelam.. Eh, mempelam pulak.. Mempelai.. Kenapa nama dia mempelai sebab macam nama burunglah bukan? Baik, kita takyah bertanya soalan tatabahasa sebab tak perlu sangat bertatabahasa di dalam blog ini. Kau kan tahu blog ini mempunyai tatabahasa yang sangat buruk macam tak pernah lulus bahasa Melayu. Sambung.. Hanis dan Botak sudah berada di sana dan sebok sangat bertanya bila nak sampai. Saya kalau boleh memang teringin sampai awal nak mentengok Faten jalan cover-cover sebagai seorang pengantin.. Tapi tak sempat.. Mintak sori Faten tak sempat sampai awal.. Tapi mesti kau suka sebab aku tak tuntut udang galah kau kan? HAHAHA..

Sampai di sana dan mencari-cari kelibat Hanis dan Botak dalam kerumunan orang ramai di majlis gilang gemilang itu.. Ah, tipu-tipu! Mana ada orang lagi jam 3.45 petang nak datang kenduri.. Saya saja.. HAHAHA.. Ketika itu tetamu dah beransur balik. Tinggal sisa-sisa manusia saja yang ada bersama seorang vokalis apa ntah melalak-lalak padahal suara tak sedap.. Eh, saya bencilah dia neh menyanyi-nyayi dengan suara huduh padahal orang dah tarik muka sebab bingit telinga.. HAHAHA... Saya duduk bersama Botak dan Hanis.. Ohya, saya lupa menterangkan lagi sekali kepada anda, Hanis ini adalah seorang lelaki.. Saya ulang, lelaki. Dan saya menyampah aah mention nama dia neh sebab mensusahkan kena beritahu jantina. HAHAHA..

Beberapa ketika kemudian, mempelai keluar..



"Faten, hari tersbot aku nampak engkau berseri-seri. Aku tahu lah sebab mekap, tapi kau cantik jugak lah.. HAHAHA.. Gurau.. Waktu aku nampak ngkau kan, aku terdetik, "Dah jadi isteri orang dah kawan aku..". Aku tak sangka kau kawen cepat. Seriously.. Walaupon kita kawan biasa-biasa saja, tapi kau tetap kawan aku.. Aku tak ingat macam mana aku kenal kau.. Serius aku lupa.. Tetiba kau jadi kawan aku.. HAHAHA.. Dari sekolah rendah. Tapi hakikatnya, aku tak tahu sejak bila kita jadi kawan. Mintak sori lah.. Tapi entah-entah, kau pon tak ingat.. HAHAHA... Aku sedang berannoying neh..

Faten, kau dah jadi isteri orang dah.. Kau jaga suami ngkau baik-baik.. Ingat, syurga di bawah tapak kaki suami.. Walau apa pon halnya, suami tetap nombor satu. Segala-galanya pasal suami ngkau, kena jaga. Jangan jadi derhaka. Setinggi mana pendidikan yang mak ayah ngkau bagi, sepandai mana pon ngkau, suami tetap yang tertinggi. Seorang lelaki akalnya lebih panjang.. Apa yang dia buat, InsyaAllah yang terbaik untuk isterinya. Hargai setiap apa yang dia lakukan.. Kadang-kadang lelaki makan hati, didiamkan.. Sebab lelaki ada ego. Kau kena faham tu. Hati-hati.. Jaga hatinya.

Tapi dalam ngkau menjaga hati suami, bukan bermakna hati ngkau perlu diabaikan.. Itu lah gunanya faham memahami. Dan ikatan perkahwinan itu juga terjalin dengan semangat dan ikrar untuk faham memahami antara seorang suami dan isterinya. Jadi aku doakan kebahagiaan kau orang berdua.. Jalani kehidupan di alam perkahwinan sebaik-baiknya.."



Ya Allah,
Berkatilah pasangan ini..Letakkan kehidupan mereka di bawah lembayung kerahmatanMu.. Jadikan kehidupan mereka lebih baik dari sebelumnya.. Supaya mereka merasai nikmat atas suruhanMu.. Janganlah Engkau menduga mereka dengan dugaan yang berat yang mungkin tidak tertanggung oleh mereka.. Limpahkanlah sinar kebahagiaan dalam hari-hari mereka..

Ya Allah,
Wujudkanlah cinta yang tidak padam antara mereka.. Letakkanlah dalam hati mereka rasa kasih dan sayang yang tidak berhenti.. Agar mereka hidup dengan beralas cinta kurniaanmu Ya Tuhan.. Agar mereka mampu memandang antara satu sama lain dengan rasa kasih yang tidak berkesudahan.. Agar mereka senantiasa merasai mekarnya rasa hidup bersama Ya Tuhan...

Ya Allah,
Aku bersyukur di atas kebahagiaan yang Engkau berikan kepada mereka. Aku bersyukur atas jodoh yang Engkau tetapkan kepada mereka.. Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang Maha Kaya, Maha Mengetahui, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Engkaulah Tuhan yang menyatukan hati-hati manusia. Dan Engkau jua yang menentukan segala-galanya dalam kehidupan hambaMu... Amin~

Selamat Pengantin Baru dari Sahabatmu!!!!
Khairul Hakim.

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus