Saturday, August 29, 2009

DILEMA, BUKAN DELIMA

Share
Otak masih berfikir banyak-banyak... Entah bila nak rasa tenang sekejap semester 3 neh. Baru saja habis assignment Malaysia’s Foreign Policy hari tu ingatkan nak beristirehat sekejap sebelum sambung mengkucar-kacirkan kehidupan dengan assignment lain, projek dan sebagainya. Tapi malam tadi dah mula memerah otak.. Saya memikirkan 2 perkara sampai tak boleh tidur malam tadi.. Pertama, saya terima Tawaran Pertukaran Pelajar ke Luar Negara Dengan Biasiswa Penuh. Kedua, saya ditawarkan jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Pembangunan Mahasiswa Kolej (JPMK/JPMDPP) Bank Rakyat. Mari saya membawa anda menyorot pemikiran saya tentang kedua-dua tawaran ini. (Eceh, ayat macam cerita Discovery Channel ke apa ntah).

1. Tawaran Pertukaran Pelajar ke Luar Negara Dengan Biasiswa Penuh.




Pertamanya, saya tidak pernah terfikir tentang perkara aneh ini. Dari mana mereka buat penilaian dan pemilihan pon saya tak berapa pasti sangat. Tetiba tengok peti surat, sah ada sepucuk surat takda kelas neh.. Dah aah fotostat letter head.. HAHAHA.. UUM miskin ke apa ntah sampai nak fotostat letter head. Baru hari tu Ayahanda Wazir kata ; “Cikgu teringin nak Hakim pergi Oversea.. Nak hantar pergi airport..”. Skrett!! Dapat tawaran neh.. Tapi otak saya tak mahu berfikir sangat tentang ini.. Saya tak tahu kenapa. Seriously saya pandang tawaran ini macam tidak bermakna apa-apa.. Mungkin sebab tawaran ini datang secara tiba-tiba dan tidak terfikir dek akal fikiran. Mungkin. Tapi yang pastinya saya tidak menerima tawaran ini.. Kerana saya tak bersedia LANGSUNG.. Selain dari kerana isu H1N1 dan H3N8...., Ah, alasan-alasan!! HAHAHA.. Tak nak pergi cakapa saja “TAK-NAK!” macam si kerepot tu cakap.. Mungkin lain hari saya akan berfikir tentang ini.. Mungkin praktikal nanti saya akan ke Rusia dan sebagainya.. Mungkin.. Oversea bukan dalam perancangan saya.

2. Tawaran Sebagai Ahli Jawatankuasa Pembangunan Mahasiswa Kolej (JPMK/JPMDPP).


Orang kuat JPMK, Abg Ameer & Abg Hakim

Jawatan ini lebih senang saya andaikan sebagai badan kepimpinan pelajar dan pembangunan kolej. Bertanggungjawab mentadbir perjalanan kolej sepenuhnya. Dulu waktu saya masih di semester 1, jawatan ini menjadi idaman saya.. Bukan setakat jawatankuasa, tapi jawatan Presiden juga menjadi idaman saya.. Dari saya darjah 1 sampai ke tingkatan 6 dulu, saya akui kerap sangat terima jawatan dalam sekolah. Dan bila saya rasa penat dengan tanggungjawab, saya berharap di university, saya dapat hidup normal tanpa tanggungjawab besar. Tapi kalau dah naluri saya memang cenderung ke arah itu, memang tak boleh elak lah. Sejak seminggu pertama di kolej dulu, dah mula pasang angan-angan nak jadi Presiden Kolej. Apa punya gila kuasa ntah Hakim neh.. HAHAHA.. Tapi itu cita-cita. Tak boleh halang.. Suka hati saya lah. Anda diam. HAHAHA..

Jadi malam tadi tetiba presiden kolej, si Abang Ameer datang bertanyakan minat saya nak bersama JPMK.

“Hakim, nanti borang JPMK keluar, awak isi ya..” – Presiden.

“Huh? Apsal pulak saya kena isi? Takutlah Abg Ameer.. Tak sedia..”- Saya.

“Kenapa? Apa yang tak sedia?? Saya tengok awak boleh. Saya cadangkan nama awak waktu meeting tadi, dan saya tanya pendapat mereka yang kenal awak, mereka pon kata awak bagus. Saya tengok awak handle program semester lepas pon saya dapat tengok awak ada bakat.”- Presiden.

(Kruk.. Kruk... Cari idea nak lepaskan diri..) – Saya.

“Memanglah tertekan jadi exco ni.. Abg tak nafikan... Lagi-lagi jawatan presiden, memang tertekan.. (Aik, macam tahu saja saya nak merampas kuasa dia.. HAHAHA).. Tapi ni lah masanya untuk belajar..”- Presiden.

“Tengoklah abg... Saya fikir dulu..”- Saya.


Saya dan Abg Ameer, Jubli Perak UUM '25

Saya bukan tak suka mempegang jawatan dalam kolej.. Saya suka dan berhati besar untuk menjadi ahli JPMK. Tapi sejak projek semester lepas, saya rasa betapa penatnya lah jadi Pengarah Projek. Apa lagi nak jadi JPMK. Memanglah tak dinafikan projek itu berjaya gilang gemilang semua.. Tapi mereka tak tahu betapa seksa jiwa raga saya berhadapan dengan karenah birokrasi yang memang saya anti gila. Seriously perkara ini menjadi dilemma.. Saya mahu, tapi tiada kesediaan. Projek semester ni pon masih tak mula meeting dengan AJK lagi.. Kenapalah cepat sangat tawaran neh datang.. Kenapalah tak tunggu saya berhari raya dulu ke apa... Kenapalah. Kenapalah.........

Ya, saya sedang berdilema sekarang.. Otak saya sedang kebekuan....... Sigh~ “-,-

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus