Monday, August 31, 2009

MERDEKALAH MELAYU....

Share


Salam Kemerdekaan, Salam 1 Malaysia.. 52 tahun sudah kita mencapai kemerdekaan. Mungkin antara kita menganggap, angka 52 itu sudah cukup lama bagi sebuah negara bernama Malaysia. Namun hakikatnya, 52 tahun masih lagi muda bagi sebuah pentadbiran negara. 52 tahun masih belum cukup untuk kita mencapai taraf sehebat negara-negara luar. 52 tahun masih terlalu mentah untuk kita mempunyai mentality kelas pertama- Walaupun hakikatnya, isu mentality ini berkait rapat dengan pemikiran rakyat Malaysia sendiri.

Tahun ini, hari kemerdekaan negara disambut dengan cara berlainan.. Tiada lagi perarakan.. Tiada lagi sambutan ambang merdeka.. Bagi saya, tiada cacatnya kemerdekaan disambut sebegini.. Tiada hilang makna kemerdekaan itu sendiri.. Tanya pada diri sendiri.. Apa erti kemerdekaan dengan laungan, jeritan, pekik lolong anak muda di Dataran Merdeka sana?? Adakah disebalik jeritan kegembiraan mereka itu, adanya rasa dan kesedaran tentang kemerdekaan yang kita kecapi? Apakah jeritan mereka itu tanda gembira dan syukur atas kemerdekaan yang kita semua rasai? Atau mereka sekadar menganggap Hari Merdeka itu hanya satu hari yang perlu diraikan.. Atau Hari Merdeka itu hanya satu hari berhibur?

Hiba rasa hati ini melihat anak-anak muda masa kini yang tidak langsung menghiraukan erti kemerdekaan. Apa yang mereka tahu, kemerdekaan itu hanya satu hari peringatan di mana bumi bertuah, Malaysia terlepas dari cengkaman penjajahan British.. Apa yang mereka tahu, Hari Merdeka sekadar hari yang perlu disambut. Tapi mereka tidak sedar tentang realiti kemerdekaan itu bukan sekadar pembebasan negara dari cengkaman penjajah.. Malah kemerdekaan itu juga merangkumi kehidupan kita hari ini, esok dan selama-lamanya.. Mereka tidak sedar, kita pada waktu, saat dan detik ini sedang kembali dijajah. Anak-anak Melayu tidak sedar, mereka kini di ambang penggadaian maruah. Malah mungkin telah tergadai maruah sebagai ‘orang tanah’!

Lebih saya kesalkan, yang menggadai maruah Melayu itu sendiri adalah bangsa Melayu. Sampai bila Melayu harus menjadi bangsa ‘selesa’? Apakah kita sedar bangsa Melayu ini semakin berpecah? Apakah kita sedar bangsa Melayu ini sememangnya tidak sensitif tentang maruah mereka sendiri.. Sultan, kedudukan istimewa orang Melayu, agama Islam dan lain-lain yang sebelum ini dihormati, kini sudah berani dicabar. Hak kita semakin dipersoalkan.. Kedudukan kita sudah berani dipertikaikan. Siapa yang menyentuh isu ini? Mereka yang nyatanya dahulu hanya pendatang.. Mereka yang dulunya tunduk kepada Perlembagaan yang menuntut supaya isu-isu yang saya sebutkan di atas tidak dipertikaikan.. Namun kini mengapa mereka berani mencabar semua ini?

Jawapannya, KITA SENDIRI. Kita melahirkan pemimpin Melayu yang atas nama politik, menghalalkan ‘kesamarataan’. Kita melahirkan pemimpin Melayu yang atas nama politik, sanggup menggadaikan ‘nilai’ Melayu itu setelah pejuang-pejuang bangsa dahulu bersusah payah mengangkat martabat Melayu. Dan kita? Kitalah yang member laluan kepada mereka ini.. Kitalah yang kononnya sama-sama berjuang menegakkan ‘keadilan dan kesamarataan’. Tapi sebenrnya kita tidak tahu erti ‘kesamarataan’ itu. Yang kita tahu hanya menjadi pak turut kepada pemimpin-pemimpin pengkhianat bangsa ini. Jadi bila agaknya kita akan sedar? Apabila kita sudah kehilangan semuanya.. Percayalah..

Kita terlalu bermurah hati kepada kaum-kaum pendatang ini.. Kita terlalu bertoleransi kepada mereka.. Mereka tuntut itu, kita beri.. Mereka tuntut ini, kita hulurkan.. Namun, apakah mereka mahu memberi kita apa-apa? Apakah mereka mahu membantu kita? Apakah kita yakin mereka ini bangsa ‘setia’? TIDAK! Kita masih tidak melihat itu semua. Kita masih lagi bodoh untuk mengkaji sikap mereka. Kita masih lagi buta dengan bayangan-bayangan yang mereka biaskan. Kita terlalu percaya kepada mereka.. Hinggakan apabila mahu disatukan dua parti Melayu ini pun perlu dibincangkan dengan mereka. Kita ‘orang tanah!’. Adakah salah jika saya katakan perbuatan ini sangat BODOH dan TIDAK MASUK AKAL? Apakah kita tidak mampu berfikir, mereka ini ingin merampas semua yang kita ada? Jadi adakah mungkin mereka mengizinkan penyatuan MELAYU? Tidak Melayu.. Tidak….

Saat ini, kita pula yang menyanjung mereka.. Kita yang bersama-sama menyalakan lilin apabila orang mereka mati. Kita yang menuntut keadilan, terpekik, terlolong bila mereka mati. Sedangkan apabila orang Melayu yang mati, mereka kata ‘masuk neraka’.. Kita berpaling tidak mahu menyembahyangkan jenazah atas perbezaan dasar dan kefahaman politik. Kita tidak mahu bersama Melayu yang dilabelkan kafir.. Tapi lebih rela mencium kaki yang nyatanya kafir.. Mengikut telunjuk mereka yang nyata kafirnya.. Kita bangga menyarung baju tertera lambang parti yang menolak agama kita, Islam. Kita bangga!!! Melayu……

Kini, pemimpin bukan Melayu sudah mula bermaharajalela… Satu demi satu jawatan mereka rampas.. Kalau tidak pun, mereka menjadi ‘pemain’ di belakang tabir. Mungkin mereka tidak akan menjadi menteri besar di negeri-negeri Melayu.. Kerana perlembagaan kita menetapkan, menteri besar mesti orang Melayu.. Tapi ingat, dalam perlembagaan tidak menyebut, PERDANA MENTERI MESTI ORANG MELAYU.. Dan kita? Terus-terusan memberi dan memberi kepada mereka.. Sampailah satu ketika nanti, anak cucu kita merempat di negara sendiri.. Sampai lah satu ketika nanti, kita merayu kepada mereka untuk diberi belas kasihan dan simpati di negara sendiri… Oh, mungkin saya lupa sikap Melayu, “Lantaklah, kita bukan boleh buat apa.. Asalkan dapat makan, minum dan hidup, cukup..”

Salam kemerdekan, Salam kesedaran…. Wahai Melayu yang mudah lupa…. Yang entah bila akan sedar dan bangkit…

Kita sebenarnya tidak faham erti kemerdekaan..
Kita sebenarnya tidak menghargai kemerdekaan..
Apa lagi menyayangi dan mencintai kemerdekaan ini..

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus