Friday, August 7, 2009

KETERBANGAN DUIT

Share
Dua hari lepas bergerak ke Alor Setar lagi. Ah, banyak duit kau Hakim.. HAHAHA.. Tidak, berkongsi seramai 3 orang.. Mengurangkan kos dan menggembirakan keadaan.. Tapi duit tak selamat jugak... Saya memang tak mampu menahan godaan aah bila masuk kedai buku. Kang tetiba nafsu membaca tu datang kang, memang habis aah.. Dah tak ingat balance dalam akaun dah.. Pedulik apakah.. HAHAHA...

Tak, saya belum beli buku-buku politik macam yang terkandung dalam magik saya.. Saya belum jumpa buku politik hasil penulisan mereka yang arif.. Kalau setakat tulis buku politik mengutuk pihak-pihak tertentu, itu bacaaan kanak-kanak saja.. Saya tidak membaca buku politik tahap rendah seperti itu.. Bila ada buku politik yang mengetepikan fakta, saya akan pijak-pijak dia sampai mati di tempat kejadian dan campak dalam tong sampah.. Ah, ni mengarut apa neh?



Pertama kali bertemu dengan buku neh di POPULAR, Tesco Mergong semester lepas. Tapi kau fahamlah semester lepas papa kedana sikit.. Jadi saya mensimpan hasrat membeli buku neh kemudian.. Tapi hari tersebot terjumpa lagi dengan buku BENARKAH ISKANDAR BUKAN ZULQARNAIN neh.. Ini lah punca segala-galanya... Sebab buku neh aah saya mencapai buku-buku lain sekali.. Ah, kau memanglah.. HAHAHA.. Kenapa buku ini seronok? Sebab saya suka Iskandar Zulqarnain.. Dan amat bercita-cita memberikan nama anak saya nanti dengan nama Iskandar Zulqarnain juga.. Iskandar dan Zulqarnain itu orang berlainan? See? Something new. Sebab tu saya beli.. Ini nama dia knowledge. Kalau setakat buku cerita pasal orang ni rasuah, orang tu rasuah tu bukan knowledge.. Tu perosak otak. Jangan baca. Buang saja.



Buku ini tinggal satu saja.. Sebenarnya saya rasa ada 5 lagi sebab waktu saya ambik, buku ini bersama rakan-rakan dia.. HAHAHA.. Tapi bila nak letak balik, rakan-rakan dia TIADA.. Magik. Jadi saya anggap saya perlu beli sebab magik.. HAHAHA.. Eh, saya bercakap benar neh.. Anda ingat saya bergurau ke apa? Saya tak bergurau.. Buku-buku lain hilang tetiba.. Jadi saya bukak buku neh dan baca sikit.. Buku neh macam novel perjalanan hidup Rasulullah.. Kisah-kisah baginda.. Amalan-amalan baginda.. Seriously buku neh cantik dan berkulit keras.. Err.. Dan setebal kamus punya banyak page dia.. Harga dia juga keras sampai terbeliak jugak biji mata sebab fikir kang duit habis kang.. HAHAHA... Tapi kau pernah dengar buku itu aset? Jadi beli Hakim! Beli!!! Dari beli buku tulisan author tak popular lepas tu buku tak berguna untuk pengembangan otak, baik beli buku neh.. Kang boleh kongsi sama ayah..



Saya suka buku dokumentari dan berciri kajian.. Kalau buku berciri politik pon saya suka yang berciri begitu.. Saya tak suka buku politik yang ditulis dengan otak kotor semata-mata.. Dan sesungguhnya saya hairan buku-buku murahan macam tu boleh dijual... Saya nasihatkan anda, jangan beli buku politik bertulisan 'kotor' sebab itu mentambah dosa dan merosakkan otak.. HAHAHA.. Kenapakah buku di atas macam buku PMR tapi saya beli? Sebab dia best.. Seriously seronok baca buku berciri kajian dalam kitab-kitab agama lain.. Anda akan kagum.. Saya janji neh.. Jadi pergi cari sekarang...

Semua sekali ratusan ringgit..... Iyalah walaupon seratus, tetap beratus.. HAHAHA...

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus