Friday, October 2, 2009

MASIH DI SINI

Share
Entry seawal jam 8.30 pagi… Pagi ini bangun bukan macam seminggu lepas… Bukan dengan penuh keterujaan… Handphone pon tak tercapai… Tak mahu pandang. Dari malam tadi semacam resah tak pasti kenapa.. Mungkin terkepung dengan satu masalah.. Masalah permainan seek and hide.. Saya suka permainan seek and hide antara manusia.. Tapi antara rasa, memang perlu kesabaran tinggi… Redha saja.. Mungkin nanti, mungkin esok… Apa yang terbaik, setia menanti dan bersabar… Tanggungjawab itu masih terletak di bahu… Dan pastinya atas kerelaan sendiri.. Kerana sesuatu itu terasa terlalu tinggi nilainya… Andainya haluannya salah, atau mungkin tergelincir buat kesekian kalinya.. Tuhan saja yang tahu betapa sayangnya kerosakan itu….

Tak begitu pasti apa yang hilang dari hati.. Adakah andai ditanya akan berjawab…? Atau perlukah satu ruang ditinggalkan untuk sesuatu itu mencari jawapan tanpa terganggu..? Atau mungkin juga perlu terus menyembunyikan hati resah dengan kata-kata ceria..? Sebuah punca rasa itu perlu dijaga sebaik-baiknya…. Walau sesukar mana sekalipun…. Walau permainan apa yang disaji sekalipun… Sesuatu itu perlu dijaga dan dilindungi…. Walaupun mungkin akhirnya nanti ianya terlepas dari tangan tanggungjawab ini… Sekurang-kurangnya waktu itu, ada kebaikan yang telah tercipta dalam kenangan… Adanya kebahagiaan dan kegembiraan yang dicetuskan…

Dan jasad yang terus ingin bersama ini.. Akan terus di sini.. Menemani dan menanti… Cuba memberi dengan sebaik-baiknya… Cuba menjadi pendengar setia.. Semoga hati itu terbuka.. Menyambut sebuah keikhlasan…

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus