Thursday, January 28, 2010

TAJUK BEBAS

Share
*Entry ini tidak dapat dibaca oleh beberapa orang strangers. Anda dapat baca? Bermakna anda bukan strangers. Power rangers mungkin...

Minggu yang sibuk sekali.. Beberapa presentation segera tiba-tiba menserang kehidupan saya selama seminggu.. Saya tak pernah melakukan presentation dengan persediaan kurang seminggu.. Jadi untuk 2 subjek terawal yang mensajikan presentation segera serupa ini memang menggugat hati lah. Rasa semaca kejutan saja bila lecturer bagi tarikh kurang munasabah. Tapi saya kan pasrah orangnya.. Iya kan saja lah.. Naseb baik dua-dua presentation berlangsung dengan membanggakan.. Alhamdulillah..~

Kehidupan semester 4 dalam keadaan yang baik setakat ini... Saya kira lebih baik dari semester 3.. Semester 3 adalah semester paling disaster sepanjang pengajian saya setakat ini.. Salah tak kalau saya mengkata assignment yang super banyak itu sangat mengganggu.. Saya belum pernah melalui semester yang mempunyai assignment sehingga minggu terakhir sebelum final... Semester 3 itu satu-satunya.. Dan ini sangat mendukacitakan.. Dan kombinasi lecturer-lecturer dahsyat juga mensebabkan keadaan di semester 3 sangat merimaskan. T______________T Baik, dah tak payah cerita semester 3 dah.. Nanti rasa nak pergi serang lecturer karang...

Ohya, tinggal 2 minggu untuk pulang.. Sumpah berhati riang.. HAHAHA.. Dari semester 1 saya rasa macam nak pulang ke rumah tanpa memberitahu bunda.. Maksud saya tidak langsung mentelefon beliau mengenai kepulangan yang dinanti (Eceh) tiba-tiba muncul secara magik di muka pintu. Macam dramatik bukan?? Tapi rasa macam bodoh jugak nanti sebab di rumah takda sesiapa selain bunda.. Kalau ada anak-anak kecil berlari-lari riang mensambut kepulangan saya kan seronok jugak... Baiklah, lupakan saja cita-cita tak kena situasi ini.. Esok lusa bila dah kahwin baru boleh berangan secara dramatik seperti ini..

"Yang, I tak dapat balik bulan ni.. Kena pergi Russia sign agreement."

"Emm.." Isteri di rumah pasrah.

"Takpe lah, I bawak U pergi Sri Lanka nanti.." (mengharap isteri gembira)

Tutt... Tutt.. Tutt... *Isteri letak* KAHKAHKAH....

Baiklah, annoying sekejap. Apa ntah meletak dialog mual begini. Saya tidak romantik okay?? Percaya tak?? Percayalah.. Saya tak pandai menawarkan cinta fantasi.. Sebab cinta saya selalu straight saja. Kalau bercinta dengan saya, boleh jadi tentera bertauliah tahu? Sebab disiplin tinggi.. Kalau report ada lelaki ganggu pergi mesej selalu, saya akan cakap "Layanlah kalau nak." secara ikhlas, BUKAN cakap "Lelaki mana?? Mari saya pukul diaa!!"... Saya tidak dilahirkan dengan naluri seorang samseng. Saya sering berdiplomasi.. Sebab tu Diplomasi saya dapat B walaupun tak belajar ia. HAHAHA... Rasa semakin annoying kan?? Move sekarang.. Move..

Ramai mentanya kenapa saya pergi tukar email.. Jawapan saya, sebab email tersebut dah tak tertanggung deritanya... Ada saja email dari strangers yang masuk.. Dah tak larat nak balas. Sebab bila balas secara acuh tak acuh (bermakna dah tak mahu layan dia), dia tetap akan balas macam excited lepas tu tanya macam-macam. Mereka komen entry pon melalui email padahal dah ada comment form dalam blog.. Apa, ingat special?? Akhirnya saya terpaksa mentukar email saja. Kalau setakat nak say 'Hi!' tak payah nak ber'email' segala.. Semak tahu?? Takkan nak wujudkan polisi pemberian surat melalui email pulak.. T___________T

Baiklah, harus berhenti.. Dalam seminggu ini mungkin akan berupdate lagi.. Ada satu assignment saja sebelum balik cuti.. Jadi ada kelapangan sikit. Kalau takda, maaf saja lah.. Bermakna kebizian lah tu. Jangan menagih entry dari saya.. Nanti keluar entry tak ikhlas.. HAHAHAHA... Iktakimas!

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus