Monday, January 11, 2010

PENNSTATE DI AWANGAN

Share


Baik lah.. Makhluk-makhluk Pennstate dah mula giat ke sini.. Sejak-sejak saya menyatakan keinginan untuk terbang ke sana, mereka terus meliar di dalam sini.... Asyik tanya update saja.. Macam lah saya hidup secara holiday dekat sini.. Lainlah macam mereka, boleh jalan seluruh Amerika, cerita snow, cerita Volkswagen polkadots ke apa ntah.. Lepas tu meletak gambar super kejelesan dalam facebook. Cisdel betul lah kau Elin (Bukan nama sebenar)... Ohya, Nur Amalina Mohd Zaman (Eceh, skang dah keluar nama sebenar, HAHAHA) adalah rakan sekolah rendah saya. Dahulu kala, dia adalah srendah meja saja.. Sekarang dah tak tahu lah setinggi manakah beliau. Sebab dah lama tak jumpa. Ha’ah, dia lah yang beria-ia nak kami datang Pennstate macam kami anak datuk.. Hish.

Tapi bila dengar kos ke sana sebanyak RM4000, macam dah boleh lupakan dah mimpi indah tersebut.. T__________T Dah boleh nangis dah tengok gambar-gambar dia.. Ya, saya jeles gila dengan dia sebab dia boleh pergi oversea.. Kalau saya belajar pandai-pandai masa zaman kanak-kanak dulu, mesti saya boleh naik kapal terbang berlepas ke Pennstate juga.. Ni tidak, asyik naik bas Pancaran Matahari saja ulang alik Kedah-Selangor.. Tak thrill langsung.. Tiba-tiba macam rugi pulak tak join student exchange.. HAHAHA.. Kalau tak mesti boleh berlagak dah ambik gambar atas snow dekat Rusia. HAHAHA.. Dah, tak payah menyesal dah.. Membazir masa saja merintih sebegini rupa..

Hey, bercerita tentang pengalaman seronok tahu?? Baru saya tahu istilah black ice, daylight saving (walaupun tak berapa nak faham sangat), semangat petriotik dan sebagainya.. Lepas tu lagi seronok boleh tempah hadiah dari Pennstate sempena hari lahir.. HAHAHA... Tapi membatalakan niat tersebut sebab kasehan lah rakan tak cukup ketinggian sebegitu disuruh belanja hadiah hari jadi.. Tak sedap hati. Saya kan perihatin terhadap rakan-rakan saya.. Heh... Ya, saya faham.. Kadang-kadang memang memualkan bila baca blogger puji diri sendiri dalam blog.. T_______T Baiklah, boleh keluar skang.. Eh, tapi kau kena ingat, memang kebanyakan blogger akan memuji diri sendiri dalam blog.. Kalau tidak pon, mempuji kekasih hati.. Tak pon kekayaan sendiri.. Tak pon suami sendiri.. Siapa boleh bising kan? Blog sendiri.. Suka hati lah.. HAHAHA.. Kecuali kalau blogger tersebot merana macam apaa ntah, baru lah keluar cerita tak cukup sifat mengamuk sana sini..

Ehem, sebenarnya masih lagi mentunggu hadiah-hadiah yang belum tiba. Seronok betul dapat rakan-rakan perihatin nak bagi hadiah sampai nak hantar dekat kolej.. HAHAHA... Cuma tak sempat nak terima sebab class penuh setiap hari.. Hari Sabtu pon ada clas.. Mintak sori lah Cik Iekabean oke? Lain kali datang bagi tahu awal-awal.. Mana tahu boleh cancel class ke apa.. HAHAHA... Jangan terasa hati oke?? Baik, sekarang masih mentunggu hadiah dari jauh pulak.. Kau Elin, aku tunggu setiap hari.. Bukan tunggu ngkau.. Tunggu hadiah ngkau.. Nanti nak pergi holiday baru tunggu ngkau okeh?? HAHAHA... Cepat-cepat balik sebab kitorang tak mampu dah nak kumpul duit pergi PennState.. Itu kita postponed sampai 2011 nanti. Aku plan secara serius. Kau sediakan rumah saja. Dengan baju sejuk.. Dengan but tinggi bulu-bulu macam kau pakai.. HAHAHA... Lepas tu kita main snow sambil makan aiskrim.. Tak kiralah kau cakap nanti lidah melekat ke apa.. Aku nak jugak.. Lepas tu kita carik VW Polkadots seluruh Amerika okeh?? HAHAHA.. Baiklah.. Ini impian di hari tua.. Boleh tutup cerita skang!

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus