Friday, January 15, 2010

BUNDA, BELILAH BAS.

Share


Ehem.. Sekarang dah ada hobi baru. Hobi mengejar bas.. HAHAHA.. Iya lah, mana ada saya bohong.. Saya selalu serius.. Sekarang kan semua orang pergi kejar bas.. Bukan bas UNIC.. Bas ekspress lah.. Dah nak cuti, mesti bas ekspress menjadi topik hot gila punya.. HAHAHA... Tadi pergi booking tiket balik 11 hb Februari.. Pancaran Matahari Menyinari Perjalanan Anda~ Cewah siap moto bagai.. Bodek.

Hijau adalah saya, merah adalah Pancaran Matahari.

"Helo, Pancaran Matahari?"
"Helo, ya, Pancaran Matahari.."
"Aaa.. Boleh saya booking tiket ke Klang untuk 11 Februari?"
"Sekejap yaa.."

*Lagu Krismas berkumandang.. Macam apalah krismas lagi..

"Okay, ada tinggal 1 seat, 4B."
"Aaa.. 1 je ke? Saya ingat nak tempah 2 tiket."
"Haa, satu je tinggal.. Tapi nanti mungkin akan tambah lagi. Kami bagi double decker."
"Haa, double decker?" (Seronok)
"Ha'ah, double decker.. Awat? Takut kaa?"
"Eh, tak, kalau double decker nak duduk depan sekali, tingkat atas.. Best, macam tengok wayang. Thrill sikit."
"Ooo.......... Lagu tu dok seat driver la.."

Cis.. Dia buat lawak selamba gila.. HAHAHAHAHA... Deal.. Ahad nanti pergi ambik tiket. Pancaran Matahari lah of course.. Mana ada bas lain yang seindah Pancaran Matahari.. Ceh, padahal dulu pergi sokong Golden Diamond macam apa ntah.. HAHAHA.. Tapi sejak Golden Diamond bagi bas buruk, dah tak sayang sesayang gold dah.. Dah bercerai.. Transnasional pon dah tak sayang sebab sempit gila. Tapi kalau terdesak memang Transnasional saja lah pilihan terbaik.. Macam kalau nak balik Kedah tiba-tiba bas dah habis, Transnasional saja lah pilihan hati.. Takkan nak naik Shamisha pulak.. Macam tak senonoh saja bunyi dia.. HAHAHA.. Tapi dari Kedah ke Klang, tak boleh naik Transnasional sebab tempat letak barang dia sempit.. Nanti driver dia suruh buat kerja bodoh bawak luggage naik bas. Gila.

Jadi saya prefer Pancaran Matahari.. Bukan prefer lah, wajib! Selain driver yang mesra buat lawak dalam bas sampai terhantuk-hantuk TV kepala dia, Pancaran Matahari juga bersih dan selesa. Kerusi dia luas.. Bas cantik gila (Sumpah ini lah bas paling meriah di atas jalanraya), berkilat bagai... Tempat letak barang yang seluas badan bas sendiri.. HAHAH.. Tapi kalau naik DD, haa.. Menyampah sikit sebab tempat letak barang dia kecik jugak. Tapi acceptable la.. Pandai-pandai lah kau punggah beg orang lain campak keluar lepas tu replace dengan beg sendiri.. HAHAHAHA... Eh, ini tips tahu?? Lagi.. Driver dia memang berhemah lah.. Smoking memang ada, tapi serius even duduk seat belakang driver pon tak terbau asap rokok.. Pakai uniform, kemas!

So, kawan-kawan sekalian, silalah mencuba... Setakat neh mereka menyediakan trip ke destinasi-destinasi berikut:

Dari Destinasi Kadar Tambang
Sintok, Kedah Kuala Lumpur RM 45.00
Sintok, Kedah Klang, Selangor RM 50.00
Changlon, Kedah Kuala Lumpur RM 43.00
Changlon, Kedah Klang, Selangor RM 50.00
Jitra, Kedah Kuala Lumpur RM 43.00
Jitra, Kedah Klang, Selangor RM 50.00
Alor Setar, Kedah Kuala Lumpur RM 39.00
Alor Setar, Kedah Klang, Selangor RM 45.00

Tapi mengikut carian terbaru, trip-trip ke Melaka pon dah mula dah.. Unfortunately, tiket dari Klang ke Kedah TIADA. T_______T... Cis.. Kena pergi KL baru ada.. Tak seronok lah macam neh... Setiap kali nak balik Kedah mesti bertarung nak dapatkan tiket Transnasional sempit tu. Macam miskin saja lah naik Transnasional.. Encik Pancaran Matahari, tolong kembangkan lagi kaunter ke Klang Central boleh?? Kami cintakan bas anda.. HAHAHA...

Iklan tidak berbayar dari:

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus