Friday, January 22, 2010

ENTRI PAPA KEDANA

Share
Assalamualaikum semua. Selamat datang ke salah sebuah entry miskin dalam blog ini. Macam yang anda tahu, setiap kali semester Disember-Mei saya akan selalu mengalami kemiskinan. Tidak kiralah miskin secara nyata atau sengaja buat-buat miskin sebab nak kaya bila hujung sem. Jadi kali ini saya sengaja buat-buat miskin sebab akhir semester nanti dah ada perancangan bercuti yang sangat banyak.. Sangat banyak.. Sekali lagi, SANGAT BANYAK.. Ini tak payah cerita sekarang.. Nanti bulan Jun baru cerita. Sekarang entri miskin.. Sedih sekarang, sedih.. T_____________T

******************************


Beberapa minggu yang lepas saya mengkatakan bahawa sandal saya terputus bukan?? Sebenarnya bukan lah terputus, cuma dia hampir tertanggal dari tapaknya. Kasihan. Kemudian saya pergi beli gam gajah dan mensatukan ia semula dengan harapan dapatlah bertahan selama beberapa minggu lagi sebelum balik cuti Chinese New Year. Awalnya sandal tersebut memang gagah dengan gam gajah yang memang gagah pergi lekat jari semua. Tapi semalam dia dah tak berapa nak gagah dah. Dah mengalami masalah kesihatan yang sama. Saya marah dengan sandal saya. Saya rasa benci dia.. Rasa nak buang tong sampah.. KE DALAM TONG SAMPAH maksud saya.. Buang tong sampah atas motif apa?? Nanti makcik cleaner mengamuk tong sampah hilang.. Baiklah, sambung.

Jadi apabila perkara yang sama berulang, saya membeli gam yang lebih berdaulat dari gajah - KING!! Bukan Sigh is King.. Bukan itu.. T_____T Ianya adalah sejenis gam kasut.. Baik, kemudian saya pergi gam sandal saya.. Ikuti pembedahan selama 45 minit ini dengan hati sedih.. T_____________T Teruskan pembacaan..



Ini lah material yang perlu ada. Sepasang sandal derhaka dan satu tiub gam kasut penuh daulat, ‘KING’.. Sandal saya buruk? Memanglah.. BATA saja.. Bukan batu bata.. Bata tu sejenis jenama tidak asing lagi di negara ini.. Ya, perlu diterangkan.. Mana tahu kau tak kenal BATA.. Kau orang kan selalu pakai POWER, ADIDAS, NIKE, BODY GLOVE, CAMEL ACTIVE semua.. Mana kenal BATA bukan?? Kanak-kanak sekarang baru keluar dari perut pon disarungkan Hush Puppies.. Dulu saya nak dapat KIKO pun susah.. Asyik pakai kasut jenama Batu 8 ½ saja.. (Huh?)............... Kasut pasar malam maksud saya.. T___________T



Mengikut panduan penggunaan dia, perkara pertama perlu dilakukan ialah meng’remove’ penutup dia dulu.. Saya pelik kenapa benda ini pon nak letak dalam instruction.. Macam kita tak pernah guna benda-benda serupa ini ke apa ntah. Jadi abaikan saja first step itu.. Step kedua, perlu dibersihkan segala habuk dan kotoran. Tak payah lah.. T_________T Kita terus ke step ke tiga, meletakkan gam secara dua hala.. Dua-dua bahagian kita letak sekali supaya kuat dia melekat nanti. Tak perlu letak gam dengan cermat.. Ini bukan kedai kasut.. Jadi letak saja secara tak tentu hala begini (gambar)... HAHAHA.. Kemudian biarkan selama 30 minit sebelum ianya dilekatkan bersama-sama. Jangan kau biar sampai 2 jam sudah lah.. Nanti dia hilang upaya melekat.. HAHAHA...

5 minit..

10 minit...

20 minit....

30 minit..



Baik, sekarang boleh lekat dengan tekanan yang kuat. Selitkan dia di bawah almari pakaian seperti belt ini.. HAHAHAHAHAHAHA... Biarkan ia menerima tekanan yang kuat. Ya, belt ini juga putus selepas tercarik 2 minggu lepas.. Ingatkan dia oke saja setakat tercarik sepanjang 10cm.. Rupanya dia putus juga.. Biarlah.. Saya redha dia putus.. Sebab dah 2 tahun dipakai.... Tapi tak rela beli baru sebab... Sebab.. Sebab...... Sebab nanti bulan 5 perlu pergi holiday yang banyak dan mengujakan sekali... Jadi berkorban lah dari sekarang.. Miskin bukan?? T____T


RM 3.50 SAHAJA

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus