Saturday, November 10, 2012

IKHLASNYA FAMOUS NASI AYAM!

Share
Since I’m on my healthy lifestyle, I’m no longer a big fan of nasi ayam... 600-700kcal/portion bukan lah satu nilai yang rendah. Itu belum masuk side dishes lagi. Kalau masuk dalam buku kira-kira semua tu boleh sampai 1000kcal agaknya. Nasib baik saya tidak bernafsu makan seperti naga. Tapi bukan bermakna nasi ayam tu tak sihat. Sebenarnya okay je. Balance pun balance jugak selain sumber protein yang tinggi (ayam). But jaga-jaga lah dengan kuantiti.. Tapi ada sebuah kedai nasi ayam yang boleh buat anda rasa nak buat cheat day setiap hari.. Saya gelarkan ini nasi ayam ikhlas.

Friday, November 9, 2012

SENI SEMPURNA

Share

Bila cakap tentang kesempurnaan, for me it is subjective. Bergantung pada individu. Ada orang, yang kita nampak cincai-cincai pun dia kata sempurna. Ada orang yang kita nampak dah sempurna pun , bagi dia tak sempurna-sempurna jugak. Jadi bila kita kata subjective ni, sebenarnya bukan hak kita untuk menafikan apa yang orang lain fikirkan. Masing-masing pun ada aras yang ditetapkan untuk sesuatu tu dianggap sempurna.. Sama macam anda nak pilih suami atau isteri. Hidup ni pun subjektif sebenarnya.. Macam seni.. Subjektif.. Ada orang rasa satu kerja seni tu menarik, cantik... Ada jugak yang kata tidak. Tapi cuma si penghasil karya yang pasti tahu hasil seni dia menarik atas sebab apa. Sebab seni itu cerita...... Mesti anda tak faham kan? T__T Dah aku bukan nak cerita pasal seni dekat sini. Itu cuma satu analogi. Baik, kesempurnaan dalam diri manusia. Mari sini saya terangkan. Contohnya kesempurnaan calon suami atau isteri. (Saya pun tak faham, lately banyak sangat sentuh pasal suami isteri T__T)

Saturday, October 20, 2012

HAKIKAT LELAKI DAN PEREMPUAN MODEN

Share
Isu ini bukan isu popular untuk di'like' oleh muda mudi. Bukan isu perkahwinan main-main, bukan isu pakwe makwe atau isu putus cinta. Ini isu yang saya tuliskan kerana bosan dengan sikap sesetengah orang kita.. Mungkin ada antara anda yang sinis berpandangan, orang muda yang belum berkahwin tak selayaknya bercakap soal rumahtangga, keibu bapaan dan sebagainya. Maka saya tidak menuntut anda terus membaca. Butang 'X' ada dipenjuru kanan. Sila klik.

Saya mulakan dengan golongan muda mudi. Kerana saya rasa penentu kehidupan masa depan bermula pada usia muda, bukan pada usia kanak-kanak. Zaman kanak-kanak tak pernah faham erti kekayaan, kesusahan, dosa, pahala, rintangan, persefahaman, cinta dan sebagainya. Cuma pada usia muda remaja baru kita mengorak langkah untuk berfikir. Dan tindakan-tindakan di usia muda ini yang menentukan corak hidup kita pada masa depan, atau sekurang-kurangnya untuk satu jangka masa panjang.

Wednesday, July 4, 2012

UNTUK KAU YANG SEJENIS DENGAN REDZA! (IRMA)

Share
.... Sambungan... (Tu dia tajuk bukan main)


“Tercipta engkau dari rusuk lelaki.....”

Saya tidaklah beranggapan wanita itu dicipta dari rusuk lelaki. Jelas dalam Al-Quran menyatakan proses kejadian manusia itu daripada segumpal darah (sperma dan ovum) yang bersatu. Hanya hawa yang diciptakan dari tulang rusuk Adam kerana Hawa tidak beribu dan berbapa. Tapi tak apa, itu orang kata simbolik. Simbolik ini juga ada maknanya. Maknanya ialah, perempuan itu dicipta supaya dekat dengan lelaki. Sebagai penenang... Dekat di hati untuk dikasihi. Dan perempuan juga ‘milik’ lelaki. Mestilah kan, kalau dah perempuan milik perempuan, mungkin boleh lah sokong Ambiga KAH KAH KAH!

Baik.. Intro separa ilmiah di atas adalah permulaan kepada satu lagi entry berjela-jela seperti yang telah dijanjikan. Bagaimana seharusnya lelaki mendidik wanita. Untuk entry kali ini, saya sertakan petikan lirik dari lagu yang sama;

“Akalmu senipis bilahan rambut.. Tegakkan lah ia, dengan limpahan ilmu.. Jua hatimu bak kaca yang rapuh.. Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh... Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok.. Jika datangnya dari kayu yang bengkok, begitulah peribadi yang dibentuk... Didiklah wanita dengan keimanan, bukannya harta.. Mahupun pujian, kelak tidak derita.. Berharap pada yang binasa..”

Jadi saya simpulkan begini.. Eh, dah masuk kesimpulan dah?! Kau Hakim memang malas betul nak buat entry yang bagi kelebihan dekat perempuan! KAH KAH KAH!.. T___T Maksud saya apa yang saya dapat simpulkan daripada lirik di atas yang kau gelabah sangat kenapa? T__T Begini ya pembaca sekalian. Tanggungjawab lelaki dalam mendidik wanita melalui pengamatan saya ialah:

1. Memimpin
Memang sifat lelaki seharusnya mampu memimpin. Wanita ini sehebat mana pun mereka, sebenarnya mereka ada kekurangan pada akal. Maka melalui akal yang ‘kekurangan’ ini, mereka selalu melakukan kesilapan. Maka adalah tanggungjawab lelaki untuk memimpin wanita supaya kesilapan ini tidak berlaku. Ingat, bukan dengan harta, tapi dengan keimanan dan ilmu... Kalau kau bagi harta sebagai ‘agen penyayang’ maka binasalah kau akhirnya nanti. Percayalah.. Ini memang betul... Unfortunately, akal lelaki sekarang pun banyak yang tak betul jugak.. Isk.

2. Tegas
Tegas bukan bermaksud kau kena tangan-tangankan dia atau kaki-kakikan, atau parang-parangkan, atau tinju-tinjukan. Di makan-makankan pun jangan juga nanti menjadi tong, kau jugak susah. Tegas bermaksud....... tegas bermaksud tegas lah kau nak maksud apa lagi KAH KAH KAH.... Tegaslah pada perkara-perkara wajib. Kalau dia keluar dengan tidak sempurna pakaiannya, maka tegaslah untuk melarangnya. Kalau dia membeli mengikut nafsu gila, maka tegaslah untuk menolaknya. Kalau dia melakukan apa sahaja yang bertentangan dengan agama, maka tegas lah melarangnya. Kau jangan jadi lembik. Mak saya cakap lelaki lembik, perempuan pijak-pijak.. Kau nak kena pijak? Sakit tahu tak.. T__T


3. Berlemah-lembut.
Dah kata tegas, nak lemah lembut pulak lah kan? Kau dah kenapa Hakim buat entry tak semenggah macam ni.. T_T Sebenarnya begini, tegas itu bermaksud TETAP PENDIRIAN. Tetaplah pendirian atas perkara yang wajib dipertahankan seperti maruah keluarga dan maruah isteri. Tapi dalam ketegasan itu, perlu dilakukan dengan lemah lembut... Kerana simbolik wanita dicipta dari rusuk lelaki itu menuntut. Rusuk itu bengkok, maka untuk meluruskannya perlu dibuat berhati-hati. Kalau tidak, patah! Maka begitu jugalah halnya wanita. Perlu dididik dengan lemah lembut, kerana mereka ini berhati lembut. Tapi jangan lembut sangat sampai kena pijak. Ah perempuan ni kerja nak pijak orang je..... Kau fahamkan maksud point ni? Tak faham? Lailahaillahllah... Maksudnya berlemah lembut lah dalam menasihati perempuan supaya dia tidak rasa terpaksa, malah memahami apa tujuan sesuatu nasihat itu.. Pahe dok?!

4. Menjadi bijak.
Baik, untuk menjadi bijak................. Minumlah Enfagrow! 8D KAH KAH KAH. Tak, tak.. Menjadi bijak ni bermaksud, kau nak bentuk perempuan kena lah ada strategi.. Mula-mula kau buat dia rasa selesa.. Apa dia buat pun kau puji.. Bangun pukul enam belas tengah hari pun kau puji dia anak dara harapan. Tak apa.. Bagi dia rasa SELESA. Bagi dia rasa SELESA dulu, itu yang penting... Dah sebulan dua, bila dia dah syok tu kau cakaplah pulak, “Saya harap nanti suatu hari, saya ada isteri yang selalu buatkan sarapan untuk saya.. Yang kejut saya bangun tidur pukul enam...”.. Ha, maka kalau diikutkan otak yang normal, dia akan mentafsir maksud itu dengan baik sekali. Tapi kalau dah cuba cara ini berkali-kali, masih gagal memandangkan dia tu si pentidur tegar, maka kau cakap lah kejam sikit macam “Mak saya dulu pernah tikam kakak saya sebab kakak saya bangun pukul doblas”.. Kau tengok lah dia melompat macam mana nanti. Kalau gagal jugak? Kalau gagal jugak kau tikam je terus biar tak payah bangun.. KAH KAH KAH!

5. Mengasihi
Ini naluri perempuan.. Memang mereka ingin dikasihi... Maka kasihi lah mereka.. Belailah mereka dengan cinta dan kasih sayang... Berilah perhatian kepada mereka supaya hubungan itu tidak seperti kayu. Jangan disakiti fizikal dan mental mereka... Kalau kau rasa ada tanggungjawab dan kau pemegang amanah Allah, maka layanilah mereka sebaik mungkin, apabila mereka melunaskan segala tanggungjawabnya kepada anda seperti yang disebutkan dalam sabda Rasulullah. Naluri ini fitrah.. Islam juga agama fitrah.. Maka jangan kita nafikan fitrah wanita yang ingin dikasihi... Sedangkan Islam sendiri menuntut kita memenuhi fitrah manusia secara baik. Siapa kita untuk menafikan fitrah kurniaan Tuhan bukan?

6. Imam
Haa! Ini yang perempuan cari sangat. Sedangkan perempuan berupa hantu juga mendambakan lelaki untuk menjadi imamnya. Ini bermaksud, tanggungjawab ‘menjadi imam’ ini sangat-sangat perlu. Imam ini bukanlah setakat menjadi imam solat, tetapi perlulah mempunyai serba sedikit ilmu agama untuk diajarkan kepada isteri.. “Didiklah wanita dengan keimanan..”.. Kena ingat ungkapan ini. Keimanan itu boleh ditingkatkan. Maka lelaki seharusnya mampu untuk membantu meningkatkan keimanan isteri melalui ilmu-ilmu agama yang dimiliki. Ini tanggungjawab, kau kena ingat... Didiklah mereka dengan ilmu-ilmu ini supaya mereka menjadi ‘wanita hiasan dunia’ yakni wanita solehah... Kalau kau nak lah.. Kalau nak perempuan jadi Lady Gaga, kau boleh lah didik dia macam syaitan. Tapi nanti kalau dekat kubur kena soal, jangan ketuk pintu kubur sebelah tanya jawapan... Tanggunglah sendiri...


Cukup. Kalau nak disenaraikan semua tanggungjawab lelaki, nanti meroyan sampai ke Pluto. Sebab tanggungjawab lelaki ni terrrrrrlampau banyak. Itu pun, kalau kita sedar tujuan kita diturunkan ke bumi.. Untuk menjadi khalifah. Dan menjaga kaum hawa juga.. Jadi saya simpulkan di sini.... Tanggungjawab lelaki terhadap wanita itu berat.. Maka bersabarlah.. Perlu diingat, membentuk wanita bukan semudah ABC... Kerana kita bermain dengan psikologi.. Kita berhadapan dengan fikiran yang kadangkala kurang rasional, kita berhadapan dengan nafsu. Jadi untuk melunaskan tanggungjawab, perlu berstrategi.. Supaya fikiran yang tidak rasional itu boleh ditenangkan, psikologi itu boleh ditimbal balik dan nafsu itu boleh ditundukkan.....

Sekian lah saja dua entry untuk tatapan semua. Ohya, mungkin ada yang sedang membaca, adalah mereka yang pernah bersama saya suatu ketika dulu. Maafkan saya kalau saya tidak mengaplikasikan semua ini selama kita berhubungan. Pengalaman dulu dan sekarang jauh bezanya ya.. Sesungguhnya apa yang terbaik itu datangnya dari Allah, dan yang kurang itu datangnya dari kelemahan saya sendiri selaku hamba-Nya yang serba kekurangan. Mohon maaf untuk segalanya.. Semoga sama-sama berada di jalan yang lurus, dan menerima redha dan barakah-Nya... Till then... Wassalam.. :D

*Gambar hiasan; Credit sepenuhnya kepada The Kliker and Wedding & Portrait Photography (Photographer rasmi Perkahwinan Irma-Reza). Superb!

Friday, June 29, 2012

DENGARKANLAH WANITA..

Share Ceh tajuk tak nak kalah... T__T

Sebenarnya beginilah. Saya menulis entry ini kerana berasa kasihan dengan insan-insan sekaum dengan saya yang bila jalan dengan makwe, kena bawakkan handbag makwe dia.. Kesian dengan insan sekaum dengan saya yang bila keluar, asyik dia kena belanja dan makwe pulak nafsu shopping macam raksasa.. Lagi kesian keluar dengan makwe tapi kau bukan dianggap macam pakwe, macam kuli ada lah kena buat itu ini, ikuttttt jek kata dia.. Kesian sebenarnya lelaki-lelaki bermalasah macam ini... Bodoh pon iya juga.. T__T



Baik, semuanya berpunca dari kekeliruan antara sayang dan kebodohan.. Eh mana boleh cakap bodoh.. Kena cakap kurang cerdik.. Okay, bila sebut relation antara lelaki dan perempuan, saya suka memetik rangkap lagu ini;

“Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki untuk dialasi.. Bukan dari kepala untuk dijunjung, tapi dekat di bahu untuk dilindung.. Dekat jua di hati untuk dikasihi.. Engkaulah wanita, hiasan duniawi”

Perempuan selalu mentafsirkan lirik ini secara bias apabila mengambil cuma 2-3 ayat dari lirik tersebut. Dekat dibahu untuk dilindung, dekat jua dihati untuk dikasihi dan wanita hiasan duniawi. Kerana ayat ini menggambarkan hak mereka yang sepatutnya mereka dapat. Jadi atas hak ini, mereka merasakan diri mereka perlu diangkat. Kemudian keluar lah ayat di Facebook “Wahai lelaki dengarkanlah”... “Wahai lelaki sedarilah tanggungjawabmu” and what so ever lagi lah ayat-ayat menuntut dia. Ya, betullah apa dalam lirik itu sebutkan, TAPI.. Pengaplikasiannya salah. Salah sebab kau terlupa kaitkan dengan beberapa ayat sebelumnya..

“Bukan dari kaki untuk dialasi”; bermaksud bukanlah dicipta untuk dilayan seperti raja dan menjadikan lelaki umpama hamba.

“Bukan dari kepala untuk dijunjung”; bermaksud bukanlah diciptakan perempuan untuk diagung-agungkan, diangkat sehingga menjadi riak dan takbur, dipuja-puja dan sebagainya.

“Tapi dekat di bahu untuk dilindung, dekat jua dihati untuk dikasihi”; bermaksud perempuan ini bersifat ‘lemah’ dan adalah tanggungjawab lelaki untuk memberi perlindungan dan kasih sayang kepada mereka.

“Engkaulah wanita hiasan duniawi”; Sebaik-baik hiasan adalah wanita solehah kau faham tak? Perhiasan bermaksud wanita ini indah ciptaannya, diberikan kelembutan pada dirinya, diberi ketulusan dalam hatinya.. Tapi ini depends jugak kepada macam mana dia menjadikan dirinya perhiasan. Kalau dah dia buat diri dia jadi macam Lady Gaga kau nak cakap perhiasan jugak, meh sini aku lempang KAH KAH KAH. Move.

Baik, ini lah yang perlu diberi perhatian. Walaupun wanita itu dicipta untuk dikasihi, disayangi, dilayan baik, dicintai dan dilayan sebaik mungkin, tapi perlulah ada tatacara yang sepatutnya, supaya mereka tidak berperasaan ‘demand’. Dan tidak juga menjadikan ‘si pelindungnya’ kelihatan bodoh. Apatah lagi meletakkan diri mereka melebihi ‘si ketua keluarga’ itu sendiri. Ini dah salah konsep kau tahu tak? Salah ni.. Go back and practice. Hah... Tapi lelaki satu hal juga.. Sebab kau sayang, kau ikut semua benda dia mintak. Sebenarnya kau ada penyakit kau tahu tak? Penyakit yang semakin menular di mana hilangnya maruah seorang lelaki sebagai pendidik dan pemimpin. Sebab apa hilang? Sebab kau sandarkan cinta pada nafsu. Kau tak sandarkan cinta pada tanggungjawab. Kalau kau nak tahu tanggungjawab lelaki, mari sini aku cerita.

Tanggungjawab lelaki mestilah memimpin! Dah kata dah tadi kan.. T__T Memimpin itu bukan lah memimpin tangan makwe atau memimpin tangan pakcik OKU melintas jalan. Itu pondan pon boleh buat.. Sebagai lelaki perlu ada sifat kepimpinan untuk menjalankan salah tanggungjawab yang diamanahkan, iaitu memimpin dan melindungi kaum hawa. Rasulullah ada bersabda pada khutbahnya yang terakhir;

“.... maka mereka jugak berhak diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia”



Petikan khutbah terakhir Rasulullah ini menceritakan bagaimana lelaki bertanggungjawab terhadap perempuan. Dilayan dengan lemah lembut, dikasihi dan sebagainya. Dan jangan dilupa pada ayat yang berbunyi; “... sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia”. Di sini telah meletakkan syarat wanita yang bagaimana perlu dilayan seperti yang diamanahkan. Dan ayat sebelum petikan di atas juga berbunyi;

“Wahai manusia, sebagaimana kamu mempuyai hak ke atas wanita kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak....”

Nampak apa yang disebutkan? “Sekiranya mereka menyempurnakan hak ke atas kamu” bermaksud, sekiranya mereka telah menjalankan tanggungjawab sebagai wanita seperti mana yang dituntut, termasuk menjadi seorang yang menenangkan, mendamaikan, pengasih, menghormati suami/lelaki, menjaga maruah dan sebagainya seperti yang dituntut. Maka mereka ini layak dilayan dalam suasana kasih sayang. Kasih sayang ialah mencintai dengan jiwa kerana Allah. Bukan bermaksud bawakkan handbag dia masa jalan, bukan bermaksud kena suap-suapkan dia tak tentu pasal (dia ada tangan woi). Bukan juga bermaksud kena turutkan semua benda yang dia nak. Ya, perempuan ni selalu mengikut nafsu, maka kalau kau ikutkan nafsu Sembilan dia tu, masak lah kau.. KAH KAH KAH. Kau ingat kau Naruto?

Baiklah. Tidak adil pula menyentuh terlalu banyak tentang wanita, tapi tak menyentuh pula hal lelaki sebanyak namblas perenggan macam ni. T__T Tapi kena fahamlah jugak entry panjang-panjang ni bukan semua orang nak baca. Jadi apa kata kita sentuh tentang cara seharusnya lelaki mendidik wanita pada entry akan datang. Hah. Saya simpulkan dulu entry ini. Kesimpulannya begini pembaca kesayangan sekalian, antara lelaki dan wanita itu ada hak yang ditetapkan. Kalau si perempuan menjalankan tanggungjawabnya ke atas lelaki dengan sempurna, maka hendaklah si lelaki menjalankan tanggungjawabnya ke atas perempuan dengan sempurna juga.

Hak-hak seorang wanita yang boleh dituntut juga sudah disebutkan. Nyatanya hak ini tidak ditegakkan secara melampau sehingga mengagungkan wanita itu, atau meletakkan wanita itu di tempat yang berlebih-lebihan ‘tingginya’ (bukan dicipta dari kepala untuk dijunjung, mind you!).. Semuanya ada cara yang terang dan jelas. What you give, you get back. Kau sempurnakan, maka akan aku sempurnakan. Perempuan yang baik, untuk lelaki yang baik juga. :) Sekian, jumpa lagi dalam entry akan datang. Till then...~

**Gambar diambil daripada http://www.flickriver.com
dan http://faizpictures.blogspot.com

Thursday, June 21, 2012

CINTA LELAKI PEKAK DAN PEREMPUAN BUTA

Share
"Cinta terbaik adalah cinta antara lelaki pekak dan perempuan buta"

Bukan lah maksud saya, kalau nak bercinta tu kena cari pasangan yang pekak atau buta. Kang stress jugak lah kena belajar bahasa isyarat ke apa... Tak payah, tak payah. Sebenarnya ini cuma satu bayangan kepada bagaimana mendapatkan hubungan yang lebih tenang dan kurang halangan.

Baik, kita sentuh dulu perihal sikap perempuan.. Well, semua orang tahu perempuan mempunyai nilai sensitiviti yang tinggi. Kadang-kadang tu sampai tak masuk akal jugak sensitif dia. Lelaki minat dekat ayam pun nak jealous. Padahal ayam bukan boleh diajak kahwin pun. Apa lagi kalau lelaki yang dia suka tu bergambar sebelah perempuan. Kau tengok lah daripada perempuan Melayu terakhir boleh jadi Super Saiya tahap tiga.

Sesetengah perempuan pulak suka betul jadi inspektor atau detektif. Dia bukanlah terpengaruh dengan cerita Detective Conan atau Inspector Gadget.. Tapi memang sikap dia suka nak mencari, menyelidik, memerhati apa yang pasangan dia buat dekat luar. Dia pergi cek Facebook, dia pergi cek email, dia pergi cek sana sini. Lepas tu bila jumpa something yang dia rasa tak kena, hah, mula lah meroyan sendiri. Ini memang saya tak berapa nak faham sangat apa tujuan dia. Dia cari sakit hati sendiri, meroyan sendiri.

Sebab itu apa kata saya sarankan perempuan sebegini untuk menjadi BUTA. Kadang-kadang sesetengah perkara yang kita nampak tu, tak macam yang kita fikirkan. Mungkin bila anda nampak pasangan anda bergambar dengan seorang perempuan lain, sebenarnya perempuan tersebut cuma kawan rapat masa sekolah dulu. Atau mungkin jugak dia bergambar dengan nenek dia yang memang super awet muda. Siapa tahu kan? Tapi anda pulak sebab dah tak rasional sangat terus dalam hati menuduh pasangan anda curang, tak berhati perut, tak guna, hampeh, bangang dan akhirnya akan cakap ayat lumrah, "Lelaki semua sama!".. Jangan cepat sangat buat kesimpulan....

Dan janganlah jadikan hidup anda macam warden penjara. Setiap masa nak kena perhatikan pasangan anda. Setiap masa nak kena tengok apa pasangan anda buat, siapa komen status Facebook dia, siapa yang dia mesej setiap hari macam lah dia tu penjenayah. Lepas tu pergi tanya pulak "Eh yang komen nama Farah tu siapa?".. "Bang yang komen nama Zainab tu siapa?".. "Bang yang like gambar abang nama Puvaneswary tu siapa"... Kalau seratus perempuan yang pergi komen status dia, boleh jadi gila nak kena jawab. Jangan lah buat penderaan macam tu, jangan lah.. T__T



Cara terbaik ialah cuba memandang apa yang berlaku depan mata dengan mengutamakan tanggapan yang positif. Cuba bina kepercayaan terhadap pasangan seikhlas mungkin. Dan yang lebih baik, buat-buat tak nampak.. Buat-buat buta.. *__* Kau fahamkan buta macam mana? Ha, buat... Selagi mana pasangan anda memberikan perhatian yang sepatutnya, jangan layankan sangat apa yang anda curigakan, apa yang anda nampak. Cuba tepis segala persepsi negatif daripada apa yang anda nampak. Sambil tu, percayalah, jodoh itu di tangan Tuhan...

Lelaki! Memang lelaki ni diberikan sikap yang kurang sensitif. Kadang-kadang cool, kadang-kadang cold. Ini memang sikap dia. Sikap dia malas nak ambik tahu hal remeh temeh. Malas nak terangkan sesuatu pertanyaan berjela-jela.. Sedangkan perempuan nak penerangan yang meyakinkan dia. Jadi dua sikap berbeza antara lelaki dan perempuan ni, bila bertembung, ditambah pulak sikap perempuan yang suka membebel dan sikap lelaki yang ego, hah, kau tengok lah apa jadi. Perang nuklear cakap kau... Tak percaya cubalah cari pasal dengan lelaki.. Kau membebel pasal apa-apa lah.. Pasal durian ke, pasal belacan ke. Saja bakar-bakar.. Kau tengok apa jadi.. Kah kah kah..

Jadi untuk lelaki, cara terbaik ialah.. Cuba jadi pekak... Biarkan lah perempuan nak membebel pasal apa... Biarkan dia cakap sampai penat. Dah penat nanti kau offer lah KFC ke apa.. Nanti diamlah dia... Jangan didengarkan sangat apa yang dia cakap kalau rasa tak perlu.. Kadang-kadang perempuan ni emosi terlebih.. Sesekali dia meroyan tak tentu hala tu, biarkan lah.. Boleh jugak sesekali dengar DJ baru daripada DJ radio je sepanjang naik kereta.. KAH KAH KAH.. Tapi kalau sesuatu tu dirasakan perlu dibincangkan, jadilah lelaki yang rasional. Cuba dengarkan suara hati mereka supaya mereka rasa dihargai dan diambil perhatian. Tapi kalau dia meroyan pasal kucing dia lari ikut jantan, kau tak payah lah ambil berat sangat. Kau sumbat je mulut dia dengan serbuk peledak.

Panjangnya lah entry kau kan KIM.. =') Entah yang membaca ni faham ke tidak.... Kesimpulannya begini ya para pembaca sekalian. Dalam hubungan, jangan rumitkan keadaan dengan perkara-perkara yang tak perlu. Kalau setakat nampak pasangan borak dengan perempuan lain, tak payah nak serang tetiba.. Borak je pun... Ambil mudah.. Nescaya hubungan akan jadi lebih mudah. Lelaki pulak, jangan tanamkan ego tinggi-tinggi... Sesekali layankan lah apa pasangan anda nak bebelkan. Kalau dia bebelkan perkara-perkara yang tak masuk akal, buat-buat tak dengar je lah.. Jangan layankan sangat. Nanti kau jugak yang tak tahan rasa nak bagi tangan.

Paling penting, bersederhana. Jangan ada rasa memiliki dalam cinta. Well, setiap orang ada yang mereka boleh kongsikan, ada yang tidak.. Jadi hormati pasangan anda. Jangan nak korek semua benda atas alasan, dah bercinta, semua benda kena bagitahu... No. Jangan ganggu privasi pasangan anda. Cuba hormat. CUBA HORMAT. InsyaAllah, kalau masing-masing diberi kelapangan dan kelonggaran, takde lah stress sangat hubungan tu. Till then...~

Monday, January 23, 2012

KENAPA MESTI PEREMPUAN MELAYU?

Share
Rata-rata lelaki mahukan calon isteri Melayu. Maksud saya tentulah lelaki yang dimaksudkan itu lelaki Melayu. Kalau lelaki bukan Melayu suka perempuan Melayu nak dijadikan isteri, itu boleh jadi malapetaka.. T__T Tapi tak hairan lah sebab sekarang perempuan Melayu dah tak boleh di'recognize' sangat keMelayuan dia. Jadi kalau tetiba kau kena propose dengan India, jangan salahkan ibu mengandung. Dosa tahu?



Baiklah, lelaki yang mahukan perempuan Melayu sebenarnya bukan saja mendambakan perkataan Melayu dalam kad pengenalan semata-mata. Tapi dia juga mengharapkan identiti dan nilai-nilai Melayu yang wujud dalam diri seorang perempuan pilihan. Kalau lelaki pilih seseorang perempuan Melayu, tetiba perangainya tak semenggah seperti Lady Gaga mestilah stress nanti dibuatnya. Apa pula kata mak mertua mendapat menantu kurang siuman perangainya. Bala, bala.. Baik, hari ini saya bawakan nilai-nilai kemelayuan yang didambakan lelaki.. Atau sekurang-kurangnya didambakan oleh saya. Klik Read More sekarang..

1. Lemah-lembut.

Kelembutan adalah senjata utama perempuan Melayu. Tanyalah mana-mana lelaki pon, bila berhadapan dengan perempuan lemah-lembut neh memang boleh menggoncang jiwa habaq hang. Lemah-lembut perempuan ini memang senjata paling hebat untuk memusnahkan kekerasan jiwa lelaki. Sebab tu kalau gaduh dua orang, jangan lah gunakan kekerasan berbentuk lontaran pinggan mangkuk, parang, periuk, belanga, pasu bunga atau peti ais. Silap-silap anda dilontar pula dengan motorsikal atau rim 18 inci daripada spare tyre.. Seeloknya lontarkanlah kata-kata yang lembut didengar dan redha bunyinya. Kau tahu tak pahala dia macammana punya banyak bila taat pada suami...? Kau tahu tak betapa bersyukurnya lelaki bila ada isteri yang selalu memberikan senyuman dan sapaan paling lembut? Tahu tak betapa seronoknya rasa ada isteri yang kata-katanya membelai jiwa? Lahaii stress lah fikir macam ni.. Bila nak kawen... T__T

2. Pemalu

Pemalu ni lah yang paling kritikal sekali dalam kelompok perempuan Melayu sekarang. Mana lagi nak cari perempuan yang tidak melalak-lalak bila ada dengan kawan-kawan? Mana lagi nak cari perempuan yang gagah menyimpan rasa bila dirinya jatuh hati atas dasar malu? Yang pergi bertumbuk belakang sekolah sebab lelaki ramailah. Ya, mungkin gaya kehidupan yang lebih terbuka mendorong kepada terhakisnya perasaan malu. Tak apa lah, kasi chance lah bila dekat sekolah ada hari sukan, boleh jugak nak melalak. Tapi kalau dalam kelas orang tengah khusyuk belajar tetiba yang seorang ni melalak tak tentu hala, kau bolehlah humban dia dari tingkat empat. Itu dah kira GILA hukum dia. Percayalah, sifat malu ini selalu menjadi kebanggaan para suami.. Kalau kau pakai skirt sejengkal dengan rambut macam orang utan diserikan dengan singlet, jangan claim kau ni pemalu.. Aku tumbuk karang pedulikapadayyusketidak.

3. Merendah diri

Kalau kau jenis katik, itu sebenarnya belum cukup untuk ditakrifkan sebagai merendah diri. Merendah diri dalam konteks ini melibatkan jiwa yang sentiasa bersederhana. Yang ini pon memang susah nak cari dalam kehidupan urban sekarang. Rata-rata perempuan semuanya nak setanding dengan lelaki kononnya tak nak dicop sebagai golongan yang lemah. Kalau kau boleh hayati lirik; "Sedarilah insan istimewa, bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan, bahkan sebagai hiasan kecantikan.." mesti kau akan faham kenapa merendah diri dan menjadi lemah lembut itu adalah senjata paling hebat untuk perempuan. Sebab tu jugak kau akan faham kenapa lelaki yang beristerikan perempuan yang selalu merendah diri ini lebih berbangga dalam rumah tangganya.

4. Fesyen.

Eh, kenapa point ni berbunyi agak tersasar dari tajuk? Apa, kau ingat fesyen Melayu ni takde class? Tolong sikit. Kau ingat perempuan pakai kebaya tu tak cun melecun? Kau ingat pakai baju kurung tu kampung? Dan siapa berani kata pakai kain batik tu sungguh ketinggalan? Tau tak betapa cantiknya orang pakai kebaya dengan cara yang betul? Jangan lah tengok orang pakai kebaya macam tak cukup kain, itu boleh buang ke tepi.. Siapa kata pakai kain batik tak power? Kombinasi lemah lembut, pemalu dan merendah diri dengan kain batik memang superb, denngan syarat dia tahu jugak buat kerja rumah. Kalau pakai kain batik tapi kerja dia tidur sepanjang 12 jam di siang hari, maka adalah lebih baik lelaki memperisterikan kuda belang atau keldai. T__T

5. Agama

Paling utama. Melayu dan Islam cukup sinonim. Nilai yang disarankan Islam dengan nilai dan norma masyarakat Melayu sungguh padan. Kalau lelaki memilih perempuan beragama, maka kemungkinan amat besar untuk dapat sekali pakej 4 point di atas. Soalnya, berapa ramai? Berapa ramai yang menjunjung nilai agama dalam kehidupan, dan berapa ramai yang bersedia menempuh kedewasaan dengan nilai agama yang telus dah kukuh? Berapa ramai yang duduk dalam office dan tak pernah tinggal solat? Berapa ramai yang bersedia berkerja dan menjaga solat? Berapa ramai yang keluar shopping tapi tak pernah mengabaikan solat? Jawapannya TAK RAMAI.



Bila mengutarakan entry seperti ini, maka akan ada perempuan-perempuan yang mempersoalkan pula kedudukan lelaki. Maka pada saya, lelaki jugak harus ada nilai-nilai di atas. Terutamanya nilai AGAMA kerana lelaki itu sendiri akan memimpin; "Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok, jika datangnya dari kayu yang bengkok, begitulah peribadi yang dibentuk..." Jadi untuk lelaki, persiapkan juga diri masing-masing sebagai lelaki Melayu untuk mendapat perempuan Melayu. Persiapkan diri dengan agama jika mahupan prempuan beragama. Dan faham memahamilah akan kehendak dan keperluan masing-masing, kerana sesungguhnya hak itu ada bahagian-bahagian yang telah ditetapkan.

"Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka jugak berhak diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina" - Khutbah Terakhir Rasulullah SAW, 9 Zulhijjah tahun ke-10 Hijrah, Lembah Uranah, Gunung Arafah.

Sekian.

Friday, January 20, 2012

HIDUP UMPAMA RODA

Share

Hadiah-hadiah sempena 24th birthday tempoh hari.. Terima kasih semua, :)

Kalau hidup seperti roda mestilah seronok. Tak payah fikir masalah, tak payah sebok nak kurus, tak payah mengidam Blackberry atau melayan keinginan memakan Maggi. Sekian sahaja isi yang berkenaan dengan tajuk. Isi seterusnya macam biasa, MEREPEK.

Satu, dua.. MULA!

.... Tak tahu nak mula.. Okay, fine.. T__T Memang lepas berbulan-bulan menganak tirikan blog, kehidupan sebagai seorang blogger akan menjadi hidup segan mati tak mahu.. Masih seorang blogger kah saya? Masih mempunyai keinginan berblogging kah saya? Jawapannya ialah masih.. Jangan ditanya bila lagi nak kembali aktif? Jawapannya tak ada jawapan. Oh, sedih.... Apa kata kita ulang skrip yang lama;

"Idea tu ada, nak tulis tu yang tak ada idea.."

Berhenti garu kepala kau sekarang.. Maksud saya, ada benda saya nak cerita, tapi nak olah cerita supaya menjadi sesuatu yang boleh sekurang-kurangnya membuatkan orang tersenyum itu susah. Sebuah entry kalau dibaca tanpa mendatangkan kesan itu adalah memalukan. Lebih baik bagi kucing baca sekurang-kurangnya dia mengiau seakan-akan gembira sedangkan dia menyumpah seranah jugak tak tahu nak baca macam mana. Merepeknya aku tulis......

Sebenarnya bila dipandang-pandang junior-junior yang aktif sungguh berblogging ni buat saya jeles jugak kadang-kadang. Walaupon ditepeknya sebijik gambar berukuran gergasi dewa raja semata-mata, sekurang-kurangnya lebih bermakna daripada isi belog yang latest updatenya adalah entry namblas bulan lepas... Latest sangat.. Nak nangis dipandang kadang-kadang... Nangislah kejap.. T_______T Sedih lah kan blog..? Punyalah penat mekap blog kacak-kacak lepas tu tinggal...

Okaylah, kita anggaplah ini permulaan baru.. Permulaan baru yang ke-23... Besok-besok kalau tinggal lagi blog neh, kita mulakan pulak permulaan baru yang ke-24. Macam tak biasa. Bai.

Monday, October 17, 2011

BERBALOI-BALOI!

Share
Kalau anda seorang yang berminat dengan makanan maka entry ini sesuai untuk anda. Bila kita mengimpikan makanan yang super delicious dalam masa yang sama inginkan juga harga yang murah (seperti kebiasaan rakyat Malaysia, nak kereta setaraf BMW tapi harga setaraf PROTON), pasti akhirnya kita memilih kedai-kedai mamak dan bermenukan roti canai atau paling tinggi pon burger tepi jalan disajikan bersama 'sos kocak' T__T

Tapi untuk penduduk sekitar Changlun dan Jitra, apa salahnya kalau anda mencuba ini:



D'Jitra Seafood. Terletak berhampiran dengan Jitra Mall (Aneka) dalam kelompok bangunan yang menempatkan Pizza Hut juga! Boleh kata sepanjang 3 tahun study di UUM...,ini lah tempat paling sedap dan murah.Tak pernah lagi makan dekat sini 4-5 orang mencecah angka RM50. TAK PERNAH. Kalau makan KFC order 3-4 org gerenti RM60 dah kena telan. Kalau makan 4-5 orang dekat KFC tapi bayar setakat RM20 tu mungkin ada something wrong samada anda adalah anak kepada pemilik KFC atau anda makan sorang-sorang manakala kawan anda yang empat orang tu sekadar menumpang makan.



Harga untuk menu sebegini termasuk satu set Kangkung Masak Belacan, Fresh Orange, Teh Ais, Laici Kang dan 4 pinggan nasi hanyalah RM32! Dan lauk mereka memang banyak, tak kedekut macam kebanyakan peniaga makanan Melayu lain.. Opps...~ Dan tidak juga cuma bergantung pada kari dan ayam goreng kemudian charge sampai RM7 sepinggan macam mamak-mamak dekat Shah Alam. HAHAHA.. Selamat mencuba! :D

Monday, June 13, 2011

AL-FATIHAH BUAT ZULHELMEE

Share
Bangun dari tidur petang semalam saya terbaca 1 SMS dari Ira SKBK ; "As-Salam, Hakim, kawan ko ni, emi budak Telok Gong meninggal, eksiden. Baru je meninggal.." .. Cepat-cepat saya tengok profile Zulhelmee Saidin.. Tak ada apa-apa post... Saya reply SMS tersebot; "Emi mana? Zulhelmee Saidin ke?".. Dia reply; "Ha'ah, Zulhelmee Saidin..".. Innalillahiwainnailaihiraji'un...



Pagi ni tengok paper Berita Harian.. Memang ada berita arwah.. Teruk keadaan kemalangan tu nampaknya... MyVi bertembng dengan Hilux.. Saya cukup kenal arwah. Kawan saya waktu sekolah menengah di SMKTIS dulu.. Anak gayong, memang pernah bersilat sama-sama dulu... Baik orangnya.. Suka bergurau.. Muda sangat rasanya dia pergi.. Tapi itu lah janji Allah.. Maut itu tidak tercepat atau terlewat walau sesaat.. Semoga rohnya berada dalam kalangan hamba Allah yang beriman.. Amin..

Al- Fatihah.~

Apa pun, walaupun ajal maut itu dah pun ditentukan, berhati-hatilah waktu memandu.. Selengang mana jalan yang kita lalu, beringatlah.. Sejak bawak motor hari-hari pergi kerja ni, menempuh jam hari-hari, dalam keterpaksaan selit menyelit, kadang-kadang saya berhenti.. Ingat pesan bunda; "Hati-hati bawak motor.. Jadi orang yang sabar..".. Walaupon kadang-kadang sakit hati tengok pakcik depan ikut bontot bas sepanjang jalan, saya cuba sabar.. Sampai traffic light, cepat-cepat pergi depan..

Untuk semua readers juga, yang sekolah, yang berkerja, hati-hati... Seronok bawak laju.. Tapi beringatlah.. Semoga kita sentiasa berada dalam lindungan Allah S.W.T.. Ingat orang-orang tersayang.. :)

Berita : Klik SINI

Saturday, June 11, 2011

KERJAYA SUMPAH HEBAT!

Share
.. ialah kerjaya sebagai seorang student praktikal.. :) (Gelak lah)

Untuk 2-3 hari neh saya rasa saya semakin gembira berada di SUK. Bukan lah sebelum tu tak happy, tapi orang kata tak kenal maka tak cinta.. Tapi kalau asal kenal terus mencinta tu pon memang dah lari konsep jugak lah kan boleh lah kasi pelempang sedas dua... Alhamdulillah saya semakin kenal staff-staff (macam lah ramai sangat KAH KAH KAH) dekat department tersebot and i am happy to be there.

A picture of Sultan Selangor taken by me. :)

Kerja semua penat.. Mana ada kerja tak penat.. Hari paling memenatkan ialah hari-hari.. Hari-hari penat !@#$%^&*. T__T Sebenarnya hari kerja terpaling penat waktu saya dengan Fadhli pergi kompleks Karangkraf kejar-kejar Sultan ambik gambar yang akhirnya mencetuskan pertanyaan; "Apahal nak ambik gambar sampai 400 keping siap 2 kamera bawak?".. Padahal yang kita snap muka yang sama jugak.. T__T Dan hari tersebot jugak kena marah dengan seorang pakcik sebab ambik gambar sultan dekat sangat ntah apahal jeles ke apa ntah. Tapi ignore saja lah pakcik tersebot.. Sultan pon takda hal apa hal pulak dia nak semak-semak.. Panggg kang..~

Shah Alam from 19th floor. Taken by me. :)

Setiap pagi akan mendaki bangunan sebanyak dua puluh satu tingkat memang penat tapi seronok.. Seronok sebab boleh sapa-sapa orang.. Eh, semenjak dekat SUK saya dah kurang pendiam dah.. HAHAHA.. Tolong percaya kejap bolehhh? :P Tapi memang betul.. Seminggu dekat SUK, Seminggu jugak orang tanya; "Staff baru ke? Dari mana?" dan soalan dari mana tu memang menyampah lah nak jawab sebab when i said i am from UUM mesti orang dengar UM atau UKM seolah-olah UUM itu tak pernah wujud dalam peta Malaysia.. T____T

Makan free. Taken by me :)

Kerja kerajaan memang tak lengkap kalau tak ada makanan. Makanan sentiasa wujud.. Tak kira lah dekat office sebelah atau dekat mana-mana event.. So bila supervisor tanya; "Nak ikut tak pergi program YB _______?" saya mesti teruja nak tengok menu apa dalam senarai KAH KAH KAH.. Dah lah menu sedap.. Soto yang tak pernah suka pon jadi suka.. Kerja kerajaan memang ajaib kadang-kadang..

My Lagenda 115 ZR biru mata hitamku. :)

Satu lagi perkara ajaib - Belum pon seminggu masuk kerja terus dapat motor baru ajaib tak ajaib tak? HAHAHAHA... Lagenda 115 ZR biru mata hitamku..T__T Sebenarnya saya kurang berniat nak beli warna biru sebab macam aneh dengan rim-rim sekali dia bantai kaler biru.. Kan macam kaf lam ya nga. Tapi bila tengok orang pakai cantek lah pulak so then saya pon sebat lah Lagenda biru mata hitamku ini.. So far memang saya admit dia adalah menawan.. Sekian. Tolong jangan argue. Siapa argue saya tampar.

Iya lah, saya happy berpraktikal.. (Berapa kali nak cakap) Even berpraktikal secara solo pon still rasa seronok dan even tak ada gaji pon tetap seronok jugak.. T___T Percayalah kerja itu menyeronokkan, mengenyangkan dan mengujakan. Sekian..~

Wednesday, June 8, 2011

DENGARLAH PEREMPUAN

Share Ini entri yang disimpan selama 2 bulan di dalam draf. T___T



Dalam dunia sekarang kalau kita tak dengar istilah "kesamarataan" antara lelaki dan perempuan memang tak sah.. Tak salah. Cuma kena lah tengok atas konsep apa kesamarataan itu dituntut oleh mereka yang bernama PEREMPUAN. Lebih penting, kesamarataan ini tidaklah mengganggu 'sifat semulajadi' seorang perempuan tersebut. Jujur, sesetengah cara perempuan menunjukkan kemamuan beliau untuk bersaing dengan lelaki amat memualkan.

Saya terangkan dalam konsep perhubungan. Hari ini bila perempuan itu berada dalam sesebuah perhubungan, akan ada bisikan-bisikan dari orang-orang sebelah menuntut supaya hubungan itu dipraktikkan dengan jaminan 'HAK'. Malangnya HAK ini selalu sekali mengheret seseorang perempuan itu bertindak melampaui batas semula jadi seorang perempuan itu sendiri. Contoh: Hak untuk dilayan 'seperti seorang perempuan'. Bermaksud, seseorang perempuan itu menuntut untuk dirinya dilayan pada tahap sepatutnya sebagai seorang yang lembut pekertinya, bahasanya dan kudratnya.

TETAPI! Malangnya tuntutan ini tidak bertepatan langsung dengan cara dirinya bertindak. Sesetengah perempuan yang menuntut hak ini kadangkala meletakkan dirinya secara melampau di atas. Mereka ingin dijunjung dan dihargai secara melampau. Mereka mahu dianggap sebagai seorang puteri sedangkan pada hakikatnya sikap mereka tidak lah menunjukkan 'keputeriannya'. Lebih parah lagi, atas tanggapan lapuk 'perempuan itu lemah', ia dijadikan lesen untuk memastikan seorang lelaki itu memenuhi tuntutannya. Kalau tidak, lelaki akan dianggap bersalah, tidak bertanggungjawab dan sebagainya.

Duit. Ada mereka yang bergelar perempuan berani mendakwa; "Duit dia duit aku.. Duit aku, duit aku..". Dakwaan ini tidak lah seratus peratus salah. Tetapi cara penyampaian yang angkuh dan keras ini seringkali merobek rasa hormat lelaki pada seorang perempuan itu sendiri. Dalam satu ikatan yang sah antara lelaki dan perempuan, memang tanggungjawab seorang lelaki untuk menyara seorang perempuan. Malah adalah haram seorang suami bertanyakan pendapatan isterinya. Tetapi dalam sebuah hubungan yang belum lagi sah, tuntutan ini saya anggap sebagai sampah. "Your money is yours, my money is mine.".. Sesekali berkongsi dan memberi itu tidak salah.

Siapa di atas, siapa di bawah. Hakikatnya lelaki itu di atas, dan perempuan itu di bawah. Tetapi telah diletakkan satu jaluran kaedah tentang bagaimana mana konsep ini harus diguna pakai. Lelaki itu berada di atas bukan untuk menjadi 'raja' dan perempuan itu berada di bawah bukan untuk menjadi 'hamba'. Lelaki berada di atas untuk menentukan corak kehidupan, membuat keputusan dan menguruskan keluarga, lebih berusaha, dan memastikan kesinambungan yang baik antara semua aspek kehidupan berkeluarga atau organisasi.

Perempuan pula berada di bawah lelaki sebagai pendokong paling setia. Mereka berada di bawah untuk menyambut bila mana seorang lelaki itu mungkin tergelincir atau kurang mampu menanggung beban. Mereka ini diberikan kemampuan untuk kadangkala menjadi lebih tabah daripada lelaki. Mereka ini diberi kemampuan untuk kadangkala mengatur dan merancang dengan lebih rapi hasil kealpaan seorang lelaki. Mereka ini dengan lebih mudah dikatakan pengisi kekosongan seorang lelaki. Ya, isu siapa di atas dan siapa di bawah ini seringkali disalah tafsirkan.

Dan isu ini juga seringkali menjadikan seorang perempuan itu hanyut. Hanyut dengan tanggapan bahawa perempuan tidak boleh lagi berada di bawah. Hanyut dengan tanggapan mereka mesti berdiri sama tinggi dengan lelaki, dan bertindak lebih hebat dari seorang lelaki. Keinginan ini selalu membawa kepada SIKAP YANG MENCALARKAN KEINDAHAN seorang perempuan itu sendiri. Mereka rasakan berada di bawah itu adalah penghinaan.. Mereka merasakan berada di atas itu adalah ciri seorang perempuan alaf baru yang hebat penampilannya. Mereka seringkali lupa, Allah memberikan kedudukan ini kepada mereka sebagai hiasan kecantikan..

Bagi seorang lelaki sikap ini menghakis 'keindahan' seseorang perempuan. Biarlah secantik mana seseorang perempuan itu, biarlah seayu mana wajah seorang perempuan itu, namun andai tiadanya kelembutan, tiadanya sifat menghormati, tiadanya sifat merendah diri, maka tiadalah lelaki memandang mereka itu sebagai seorang perempuan sejati. CANTIK bagi seorang lelaki itu secara jujur tidaklah bergantung pada wajah sebagai aspek utama. Tetapi sikap dan nilai seorang perempuan itu yang akhirnya akan menentukan hati tertambat atau tidak.

Beringtlah, kecantikan dan istimewanya seorang perempuan itu adalah kemampuannya mendamaikan hati lelaki, menyejukkan pandangan lelaki, mengisi kekosongan lelaki dan sentiasa meletakkan dirinya pada tempat yang disediakan untuknya dengan sepenuh hati yang ikhlas dan bangga. Bukan dengan meletakkan diri pada setinggi-tinggi kedudukan, menuntut junjungan dan meminta kemewahan. Isu lelaki akan menyusul kemudian.. Till then.. :)

Saturday, May 7, 2011

MAKAN CHICKEN CHOP DAN MENGUMPUL KEKAYAAN

Share
Antara produk KFC yang paling saya idam-idamkan adalah ini...
Chicken Chop dengan gravy Mushroom dia yang sedap memikat pancaindera. Kalau dulu bila keluar Chicken Chop neh mesti akan memesan sebanyak dua pinggan. Satu pinggan kepunyaan saya, dan satu pinggan lagi kepunyaan saya juga. T__T Sebab itu dulu badan begitu sehat seperti badak. Dan saya juga pernah kecewa dengan Chicken Chop KFC neh.. Bila dah pesan dua pinggan tapi tak mampu makan. Masa itu saya sedang keracunan makanan. Lalu saya beri pada rakan.. Rakan saya seperti badak juga.. Err.. dia memang badak sedari kecil.. T__T

Kenapa saya katakan Chicken Chop KFC ini begitu hebat? Kerana saya rasa KFC begitu baik sekali mengadun tepung ayam tersebut untuk dibuat Chicken Chop.. Sedangkan untuk ayam-ayam biasa, rasanya dah tak begitu hebat. Jauh berbeza berbanding zaman hingusan dulu.. Kalau dulu, KFC boleh dihidu sejauh belasan meter, tapi hari ini dah tak begitu hebat. Tapi bila keluar Chicken Chop, ia.. memang mengimbau zaman dahulu kala. (Kipas, kipas..) Baunya hebat dan menggegar jiwaaaaa... Ya Allah ini dah terlebih kipas.. T___T

Dan lebih manis lagi, bila Nuffnang mengkasi Buffered Earnings yang ke ____ dengan iklan KFC Chicken Chop di atas sana (LB).. Sebab itu saya suka Chicken Chop KFC banyak-banyak... Memang Chicken Chop KFC memberi kenangan manis.. Memberi duit juga boleh.. Kalau tak percaya boleh cuba.. Tapi akan jadi tak manis bila KFC bagi garpu plastik pastu nak cucuk payah dan kemudian ayam tercampak ke lantai buat malu manusia sejagat.. Rasa nak lempang owner. Oke bye.

p/s : Thanks jugak NUFFNANG untuk BE 'DIGI Menang Dan Terbang!' (LR) & BE 'Cadbury Munchabytes' (LB)... :D

Friday, April 29, 2011

ENTRY MISKIN

Share

Selamat datang dunia ke-2 ku...~

Satu call dari Sekretariat Akhbar SUK Selangor dengan rasminya telah mengconfirmkan diri saya untuk berpraktikal di sana.. "Saya ada baca blog awak sebenarnya.. Pasal awak nak praktikal kat SUK.. *gelakgelakgelak* Okay lah, kami dah confirm nak letakkan awak di sekretariat akhbar, nak faks ke confirmation letter?".. T__T How sweet lah staff dekat sana sanggup mencarik belog bakal pekerja HAHAHAHA..

Okay, tak payah update pasal SUK.. Nanti dah kerja, hari-hari boleh update pasal SUK.. Lecturer pon boleh rujuk report dekat belog kalau nak KAHKAHKAH. Berita akhirnya mendapat tempat praktikum disambut baik oleh emak. Emak kata kalau boleh memang nak suruh saya pergi praktikum dekat tempat yang bagi elaun.. Tapi saya cakap, kalau tempat ada elaun tapi kita tak berapa nak suka pon tak best.. Tapi saya pon tak tahu sangat apa sebabnya saya suka SUK.. Sumpah saya tak tahu..Mungkin sebab saya memang lebih suka duduk dalam government sector agaknya.. Mungkin lah.. Saya punya mungkin bukan boleh pakai sangat kan kau tahu.. T___T

Tiba-tiba emak mempersoalkan tentang transportation.. Walaupon kedudukan SUK dengan rumah tidaklah begitu jauh, tapi kalau menunggang basikal mestilah menjadi jauh.. T___T Motor dekat rumah cuma ada satu. Kalau saya bawak pergi office (ceceyh akhirnya boleh sebut pasal office dekat belog KAHKAHKAH) mestilah sekeluarga akan menjadi tempang. Jadi emak kata; "Belilah motor sebijik.. Senang nak pergi mana-mana. Mak tak nak naik motor ayah tu. Semput." T___T Kasihan ayah.

Jadi saya mula mencari-cari motor sesuai.. Seriously saya tak pernah memikirkan tentang motor.. Saya dah fikir-fikir KIA Forte dah sebenarnya... Tapi tak apa lah.. Ukur baju di badan sendiri. Ukur kereta di akaun sendiri. T___T Maka kalau mengukur kereta di akaun, kancil 2nd hand pon tak berapa nak lepas kot.. Miskin.. Tak apa lah, saya pilih lagenda ZR... Motor lah! Takkan kereta.. Cisdel. Sebab apa Lagenda ZR? Sebab dia sebuah motor.. Kalau sebuah kerbau atau sebuah unta saya tak akan pilih.. T___T Tak bermanfaatkan ayat neh?

Saya berada dalam study week yang bosan.. Jadi walaupon tak akan study dengan gigih dalam minggu ini, saya tetap menunjukkan kegigihan dengan tidak mengupdate belog secara rajen.. Eh, betullah tu.. Sebenarnya malas.. T__T Harap-harap bila dah masuk office ada banyak perkara untuk ditulis. Tidak lah mengupdate secara tidak terurus seperti ini.. Till then..~

Tuesday, April 26, 2011

MENCARI CINTA TIZ ZAQYAH

Share

Persoalan kenapa begitu jarang update sebenarnya tidak perlu ditanya.. Itu pasti membawa kepada jawapan biasa - MALAS. Lagi-lagi semester akhir memang sebok secara sangat.. Sama sebok macam mula-mula nak masuk 'U' dan memang sungguh merimaskan setiap hari nak kena pergi HEP, taklimat praktikum, majlis itu, majlis ini... Dah lah sem akhir neh memang semua majlis pon rasa nak pergi. Ceh..

Saya akan berpraktikum di SUK Selangor.. Tahu tak betapa seksa nak dapat tempat praktikum? Saya mula hantar resume since Chinese New Year tapi sampai minggu lepas tak ada respon. Tapi bila mintak SUK, hari ni hantar, esok dia orang dah call which is for me merupakan satu tindakan terpuji cececeyh... HR tanya; "Awak nak masuk department mana?" Ikut hati mestilah nak mintak jadi Menteri Besar tapi mesti lah melampau bukan KAH KAH KAH... So saya cakap; "Tak kesah lah.. Asal kena dengan course.."

Lepas fikir-fikir, dia tanya lagi; "Course Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa ni macam mana?"... Err.. Saya jawab; "Course ni of course lah pasal hubungan antarabangsa. Kita study pasal politics, pasal economy, pasal political analysis, foreign policy etc. etc.. Err.. Tapi saya tahu SUK tak ada department macam tu, tapi we are also good in domestic affairs, kita study jugak pasal struktur politik dan pentadbiran kerajaan Malaysia, Malaysia's Political Economy and so on.. Kira menyeluruh lah..".... Dia terdiam......; "Em.... Department Sekretariat Akhbar SUK boleh tak?".... Saya terfikir... Ada aku cakap pasal kewartawanan ke tadi? T____T Cincai la.. Cincai laa..

Cuma yang kritikalnya confirmation letter masih belum sampai.. So still belum confirm dengan CUIC UUM.. Jadi bila belum confirm, memang belum boleh nak berasa gembira. Orang kata bersedih-sedih dahulu, bergembira-gembira kemudian.. T___T Harap-harap hari neh boleh sampai.. Itu pasti boleh mengubah jiwa yang gundah.. Apa yang saya expect sepanjang tempoh praktikum?

Kawan saya cakap, bakal office saya ada 'benda'.. Budak-budak baru selalu nampak-nampak atau rasa-rasa... Jadi apa yang saya harapkan, 'benda' tersebot tidak lah agresif.. T___T Jangan kacau saya buat kerja (kalau ada kerja).. Jangan tiba-tiba menampakkan diri.. Kalau nak menampakkan diri macam Tiz Zaqyah tak apa (Oh, i love you Tiz Zaqyah T__T).. Hari-hari pon boleh jadi kawan.. Jatuh cinta pon ada potensi jugak.. T___T Yang lain, cuma mengharapkan saya boleh perform well sepanjang 4 bulan praktikum.. Well, secara keseluruhannya, I'm excited to work there.

Final exam just around the corner.. 3 subjek nampak mudah.. Tapi jangan pandang rendah pada subjek yang sikit.. Silap langkah boleh lah tangguh praktikum semester depan.. T__T So, harap-harap tak ada lah menjadi disaster ke apa... Doakan saya dipermudahkan segala urusan.. Last semester memang mengkagumkan sikit kesibukan dia... Belog pon mengkagumkan jugak jumlah update dia KAH KAH KAH.. Till then...~

Thursday, April 7, 2011

A DOCTOR IN THE HOUSE

Share

Finally mendapat buku idaman.. Saya lebih suka baca buku seumpama ini.. Maksudnya buku yang berguna dalam kehidupan.. Tentang leadership, tentang sejarah hidup, cara hidup dan cara pemikiran seorang tokoh.. Selalunya buku-buku macam ini memang inspiring.. Since i'm really interested on leadership and politics, rasanya buku macam ini memang sepatutnya ada.

Bila cakap pasal politik, ramai orang tarik muka.. Lebih pahit orang akan cakap; "I don't like politics. It's dirty!".. Politik tidak kotor.. Cuma politicians yang menjadikan semuanya kotor.. Tapi bagi saya, since kita ada otak untuk berfikir, kita sepatutnya dah lama boleh memandu minda masing-masing untuk berfikir sendiri.. Rasional, bukan mengikut emosi, apa lagi mengikut cakap-cakap politicians yang kebanyakannya sekarang lebih memburu their own interest berbanding kepentingan negara dan rakyat. Buku ini menerangkan tentang apa yang saya tidak tahu.. Kerana banyak konflik yang berlaku waktu saya masih kanak-kanak..



Memoir ini memberikan gambaran yang lebih jelas tentang congakan Tun terhadap masa depan Malaysia berlandaskan fakta. Tun juga mengimbau sejarah orang Melayu, dan bagaimana kita dikaburkan dengan propaganda British sejak sekian lama. Konflik politik yang berlaku juga dijelaskan di dalam buku ini. Cukup baik untuk kita menilai kembali apa yang telah berlaku dan sedang berlaku dalam ketidak tentuan politik masa ini.

Tun menerangkan apa yang sebenarnya berlaku tentang sesuatu isu... Mungkin selama ini kita cuma tahu apa yang tersurat.. Yang tersirat sering kali tidak sampai kepada kita atau jika sampai sekalipun, mungkin telah ditokok tambah demi kepentingan tertentu... Di dalam memoir ini Tun menceritakan segala-galanya. Konflik pemecatan Anwar Ibrahim juga dijelaskan di dalam buku ini.. Beberapa lagi persoalan yang selama ini bersarang di dalam fikiran juga terjawab melalui memoir ini..



Sejarah hidup seorang tokoh sememangnya memberikan saya pengajaran yang cukup mendalam. Tun satu-satunya Perdana Menteri yang berada di atas tanpa latar belakang keluarga yang mempunyai nama atau pendidikan yang begitu tinggi. Sekurang-kurangnya tidak setinggi Perdana Menteri sebelumnya. Tetapi itu langusng tidak menghalang beliau untuk menjadi Perdana Menteri yang cukup berwawasan. Banyak lagi perkara menarik yang kita dapat pelajari melalui memoir ini...

Leadership? Sangat penting.. Buku ini memberikan gambaran tentang bagaimana seorang tokoh negarawan berfikir.. Jauhnya pemikiran Tun Dr. Mahathir selalu menjadi ikutan saya.. Sikapnya yang tegas juga membentuk personaliti saya sekarang.. Diktator? Bagi saya dalam sesetengah keadaan beliau bersikap begitu, tapi selalunya itu mengundang kebaikan untuk semua. Kesalahan Tun? Beliau sendiri mengaku ada melakukan kesalahan. Ambil yang baik, buang yang buruk.. Kita ada akal bukan?



Sejujurnya memoir ini saya rasakan tidak patut menjadi modal politik.. Ini sebuah cerita tentang pandangan beliau terhadap negara, isu-isu di dalamnya dan corak kehidupannya sendiri. Bagaimana seriusnya beliau untuk menambah baik cara hidup orang Melayu.. Bagaimana beliau cuba sebolehnya membentuk rakyat Malaysia menjadi jauh lebih baik.. Dan andai ditanyakan apa kegagalan paling besar beliau, cuma satu.... Membentuk mentaliti orang Melayu menjadi bangsa yang mempunyai mentaliti kelas pertama..

"The Malays can do better. I know they can. In retirement, apart from appealing to them, I can do very little. I pray, but I know Allah will not change the fate of any people unless they seriously attempt to change it themselves.." - Tun Dr. Mahathir Mohamad, A Doctor in The House - A Memoir of Tun Dr. Mahathir Mohamad, 2011.



Lebih tepat, memoir ini menceritakan MALAYSIA pada pandangan mata Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad.. Negarawan terulung yang disayangi seluruh rakyat Malaysia atas jasa baktinya membangunkan Malaysia, membawa negara kita dari sebuah negara pertanian kepada sebuah negara perindustrian...

Memoir ini cukup berbaloi untuk dimiliki.. RM100, hard cover dan lebih dari lapan ratus muka surat berserta titipan gambar-gambar beliau di halaman tengah. Ohya, versi Bahasa Melayu mungkin akan berada di pasaran pada Jun 2011.. Sesiapa yang mampu membaca dalam English walaupun sikit, belilah versi English.. Tak susah pon English dia.. :) Stok di MPH dan sebagainya, rasanya dah hampir habis.. 2 kali ulang cetak dalam masa 3 minggu.. Memoir paling laris di Malaysia. Cukup menginterpretasikan bagaimana sayangnya rakyat Malaysia terhadap Ayahanda Tun Dr. Mahathir Mohamad. :)

Saturday, March 19, 2011

MONYET PUN MALU :)

Share
Kalau sebelum ini saya menghentam orang Melayu yang melayan adat secara over, hari ini saya marah pulak orang Melayu yang melupakan adat atau cuba memodifikasi adat secara tidak cerdik. Shuffle dalam majlis kahwin.. Hebat! Rasa nak tikam dengan keris. :)


Nak cakap apa? Kelainan? Unik? Moden? Pada saya, cuma satu perkataan saja yang boleh disebut. BODOH. Memang cukup menyampah bila adat Melayu yang cantik-cantik dicemarkan dengan budaya rimba. Terkinja-kinja tak tentu hala. Sedangkan berkaraoke dalam majlis pon rasa nak tampar, apa lagi budaya macam ni diselitkan dalam adat Melayu..

Melayu sekarang.. Adat yang jadi beban diikut, adat yang indah dibuang.. Semoga kita tidak berfikiran kurang cerdik begini.. :) "Biar mati anak, jangan mati adat"

Thursday, March 10, 2011

KALAU SAYANG, MESTI SANGGUP!

Share


Tajuk di atas ialah kata-kata seorang rakan perempuan bila membincangkan soal hantaran tinggi. Sayang, bila 'SAYANG' itu diinterpretasikan melalui NILAI hantaran.. So then, saya cakap; "Nilai sebuah perkahwinan bukan melalui berapa mahal hantaran.., tapi kehidupan yang kita dapat selepas kahwin nanti.." Bukan beg Gucci, bukan kasut tinggi, bukan gincu simplysiti ke apa... Benda tu semua bukan menjamin kasih sayang...

Saya percaya, trend hantaran bernilai tinggi ni bukan lah apa, cuma terasa macam ia menggambarkan standard seseorang perempuan.. Katanya kalau murah sangat, malu dengan kawan! Kalau majlis tak grand, malu orang cakap... Adat hantaran ni bukan lah tak baik, tapi bila disalah guna dah jadi macam orang jual anak, dah tak elok.. Lagi memalukan bila orang cakap; "Kalau sayang, mesti sanggup!"... It was like...... Kau letakkan diri sendiri begitu agung untuk dijunjung..

Apa yang membantu dengan hantaran yang hebat-hebat selain dari bermegah-megah..? Lepas kahwin nanti bukan hantaran yang membantu, tapi hati yang menerbitkan sayang antara satu sama lain. Barang hantaran entah mana hala kita campak. Yang melekat cuma cincin sebentuk. Yang membantu cuma sekeping hati yang ikhlas. Yang memeluk cuma tangan suami yang penyayang.. Yang menenangkan cuma pertuturan lembut seorang isteri.. Bila ada masalah, fikiran kita yang mengawal.., hantaran dua puluh ribu ada membantu?

Let's say anda cakap; "Dia ada PhD, takkan hantaran 10 ribu kot??" So what? Title Dr. membantu dalam marriage? TIDAK. Malah ramai juga yang menghadapi konflik bila isteri seorang wanita berkerjaya tinggi.. Bukan nak salahkan kerjaya, tapi dekat sini, apa sinonimnya gelaran, pangkat dan sebagainya dengan nilai hantaran? Apa kata anda ada DR. tapi perkahwinan tak seperti yang kita harapkan? Lepas suami bagi hantaran 20 ribu, terus bawak jauh-jauh, tak nak balik rumah isteri. Hantaran membantu? Nope!

Maka ada lah pulak yang cakap; "Hantaran itu kan penghargaan pada isteri..".. Iya, memang penghargaan.. Tapi itu cuma sementara.. So then lepas kahwin tak payah hargai lah sebab kita dah bagi penghargaan sebelumnya? Tidak kan? Jadi saya kata, penghargaan itu lebih berharga dikalungkan selepas kahwin.. Penghargaan yang diluahkan melalui tanggungjawab seorang suami.. Penghargaan yang sederhana tapi penuh kasih sayang.. Penghargaan berbentuk kehidupan yang selesa dan bahagia.. Bukan dalam bentuk material..

Berbaliklah pada tujuan asal perkahwinan.. Keinginan untuk melengkapi antara satu sama lain.. Dalam hidup, realitinya tak ada cakap pun semakin tinggi hantaran, semakin bahagia perkahwinan. Yang sepatutnya TINGGI itu sebenarnya kesediaan jiwa dan kemurnian hati. Jiwa sebagai seorang suami dan isteri, dan hati untuk membahagiakan antara satu sama lain. Yang paling penting ialah ilmu kehidupan. Yang cuma boleh kita dapat melalui pengalaman dan pemikiran.. SIAPA DIRI DAN HATI KITA juga penting.

So, bila seorang MAHASISWI masih berfikir; "Aku nak suami kaya, nak hantaran mahal-mahal".., macam kehidupannya tidak matang.. Materialistik.. dan langsung tak menggambarkan mereka sebagai seorang yang terpelajar.. Ohya, mungkin terpelajar dalam akademik, tapi bukan ilmu kehidupan.. Till then...~

Saturday, March 5, 2011

CARA HEBAT MENIKMATI GARDENIA!

Share
*Baca ikut style chef Wan..

Ching ching ching ching Alexander! Haaa.. Bukan apa, hari ni Chef Wun suka.. Sebab apa? Sebab hari ni saya nak buat satu resepi, yang mana resepi ni sesuai untuk student-student.. Iya lah, macam yang kita tahu, student ni tak banyak masa, ye.. Nak buat assignment pun kadang-kadang tak sempat, sebab apa? Sebab busy dengan..?.. tidurrr ye puan-puan..


Jadi hari ni chef nak tunjuk satu cara, ye.. Di mana resepi ni cukup mudah disediakan oleh student untuk sarapan pagi. Iya lah, student ni saya tahu jarang sarapan pagi.. Dah tu bangun lewat bukan sebab assignment! Sebab? Malam tadi dok sebok bergayut dengan buah hati.. Okay, bahan-bahan yang kita perlukan tak banyak, cuma 2 keping roti dan Nutella. Jadi macam mana caranya...?

Okay, pertamanya mesti lah kena bukak dulu pembungkus roti.. Takkan kita nak makan seplastik dengan plastik-plastik sekali kan.. Kot ye pemalas, beragak lah.. Jangan melampau.. Nanti tak ada siapa nak jadikan bini... Saya faham student ni bernafsu naga.. Haa... Jangan lupa, sediakan sekali jem strawberry...

1. Ambil sekeping roti, dan sapukan Nutella di separuh bahagian roti tersebut.. Ingat, Nutella mahal.. Jangan membazir...

2. Ambil strawberry jam, dan kemudian sapukan di separuh bahagian lagi.. Kalau ini nak letak sebotol sekali pon takpe.. Sebab murah.. Haa..

3. Nganga mulut luas-luas, masukkan roti dalam mulut dan kunyah dengan sepenuh jiwa. Yess.. Begitu... Baru menikmati masakan...


Okay, siap.. Senang kan... Sebab apa chef rekemen resepi ni..? Sebab rasanya sungguh hebat... Kalau puan-puan tak ada Nutella, boleh juga cuba ganti dengan peanut butter.. Memang superb.. Boleh cuba juga... Tapi kalau dah ada suami, jangan hari-hari kau sumbat makanan macam ni.. Nanti sia-sia suami pergi kedai Indon sarapan.. Tup tup 2-3 bulan tau tau dah ada madu.. Kalau madu lebah takpe, boleh buat masak.. Ni madu lain.. Haa.... Jangan salahkan Chef Wun bila jadi camtu... Sekian saja rancangan MASAK MASAK MALAS, bersama Chef Wun...

AHAHAHA.. Yeay! Dah update blog.. :p

Sunday, February 27, 2011

MAKAN MALAM HEBAT

Share


Night of Splendour.. Sebut betul-betul.. Splendour.. Bukan spender.. KAH KAH KAH.. Tak suka betul buat intro tak cukup adab.. Hai semua.. Bertemu kembali di ruangan maya kesukaan ramai. T___T Semalam telah berlangsungnya Grand Dinner INTAFF di Park Avenue Hotel bertemakan Oscar Night tetapi kebanyakan hadirin tidak mengikut tema atau dengan kata lainnya tak mengerti tema apakah dan perlu memakai apakah.. Tapi program tetap berlangsung hebat.

We had arrived at Park Avenue sekitar jam 2 petang setelah menempuh perjalanan 1 jam setengah yang membosankan.. Pakcik driver bas pasang cerita seronok tapi alangkah malang sejak dari awal sampai habes cerita cerita asyik sangkut.. Kalau bas ayah sendiri mesti dah kena bakar agaknya.. T_____T Checked in ke hotel dan terus berhibernasi bertemankan wireless super power.. Sebab itu tak sampai 1 jam checked in terus boleh publish gambar bilik HAHAHA...

Kemudian menghadapi konflik mengiron baju sebab penganjur kata iron are provided jadi gembiralah tak payah membawa iron.. Tapi tiba-tiba program director kata; "Those yang bawak iron, it's good for you, those who are not, it's not good for you" memang rasa macam #%^*#@$%.. Dah lah Seri Paduka Khairul Hakim memang tak akan pakai pakaian tidak beriron... Tapi tak apa, ada service mengiron baju sebelah bilik.. HAHAHA.. Suruh budak perempuan sebelah bilik ironkan baju..; "Ikot line asal! Ikot line asal!". Nak pinjam iron dia tapi tak pandai sebab pakai iron stim.. Grr.. Stress..



Tepat jam 8 malam, semua pon melangkah megah menuju ke ballroom. Masa ini mula lah wahhh sana, wahhh sini.. INTAFF's student bila dah transformed memang tak ada rupa asal dah.. KAH KAH KAH... Siapa-siapa yang memang dah ada gen model-model, memang superb lah.. Yang tak ada rupa model tapi nak cuba jadi model pon tak kurang hebat. HAHAHA.. We had two session - formal and informal.. Formal session of course la makan beradab bak diplomat.. Tapi sebenarnya tak ada adab sangat pon.. Cuma melekat dekat kerusi lah tak ada merayau mencari no telefon atau pass-pass note dekat rakan gender berlawanan. Makan tetap seperti naga. T___T





Informal session macam game session lah dan memang fun lah.. Saya kena nyanyi berduet tapi malang sebab tak pandai nyanyi lagu yang dipilih.. Dah cakap tukar lagu lain, tukar lagu lain kau cakap cuba je, cuba je.. Ingat ni main jual pantun ke apa nak cuba-cuba.. Ni bukan tak reti nyanyi.. Ni tak reti lagu.. Kalau tak tahu macam mana lagu tu sumpah sampai mati pon kau takkan boleh nyanyi.. and I was like %^*@%^*.. HAHAHA... Nampaknya kena belajar nyanyi lagu Indonesia lah lepas ni.. Tak boleh blah punya organiser.. T___T Tapi tak apa, session ini memang best..



Dinner
berakhir dengan lucky draw sebanyak tujuh belas nombor tapi nombor 050 memang tak lucky langsung.. T___T Naseb baik hadiah bukan sebuah Blackberry Torch, kalau tidak, mahu juga berkabung 2-3 hari tak dapat lucky draw.. HAHAHA.. Dah lepas 12 tengah malam pon maseh berkerumun dekat lobby.. Final sem punya simptom.. Semua tetiba jadik sporting tak hengat dah... But it's good lah untuk mengeratkan hubungan sesama course mates. Good jugak untuk siapa-siapa yang memendam perasaan nak bergambar sama tapi malu nak cakap.. Haa...
.
.
.
.
.


Ini Anis dan rakan. They said; "Abg Hakim, kitorang peminat setiaa belog abang.. Kalau kita orang bosan-bosan selalu bukak belog.." HAHAHA.. Speechless kejap.. Ingatkan tak ada orang baca sangat belog neh kat UUM.. :P Mereka mintak masukkan gambar dalam belog.. Harapan peminat jangan dikecewakan cececeehhh... Thanks yaa Anis and friend for your willingness to read this blog yang memang kuat merapu..

Selesai Intaff's Dinner yang menelan belanja begitu tinggi T____T Final sem.. Lepas neh entah jumpa lagi entah tidak course mates sendiri.. 3 years tanpa sedar.. Lain negeri, lain budaya, lain dialek tapi we live together for a couple of years without realize our differences... Jadi saya rasa pujian memang perlu diberikan untuk pengarah projek dan AJK-AJK terlibat for their goooood job! Congratz all...!~ Lepas ni mungkin boleh buat Alumni's Dinner ke apa.. Err.. Tapi make sure jangan suruh saya nyanyi.. Till Then... T____T

More photos in my INTAFF's Grand Dinner's Album

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus