Saturday, May 16, 2009

SELAMAT HARI GURU

Share
Bismillahirrahmanirrahim



Yang berusaha Puan Hjh Jamaliah Bt Basri, Pengetua SMK Sungai Kapar Indah. Yang dihormati, PK1, Pn Hjh Amiah Bt. Hassan, PK Hal Ehwal Murid, Pn Hjh Roosmawaty Bt Ibrahim, PK Kokorikulum En. Periasamy a/l Karuppan, Yang dihormati Yg Mulia Raja Kamaruddin Raja Rasshidi, naib YDP PIBG, AJK-AJK PIBG, Penyelaras-penyelaras bidang, barisan guru-guru yang diraikan seterusnya para pelajar yang saya hormati sekalian. Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Illahi, kerana dengan limpah kurniaNya, dapatlah kita berhimpun pada hari ini di dataran kebanggaan kita yang tebentang megah, bagi meraikan insan yang telah berusaha keras, mengerah kudrat, memerah keringat dalam usaha menurunkan ilmu kepada kita semua. Merekalah guru-guru berjasa yang amat kita sayangi.

Pelajar yang saya hormati sekalian,



Perlu kita ingat bahawa guru merupakan titik awal pengaliran ilmu di dalam diri kita semua. Tanpa pengorbanan guru, mungkin tiadalah pada hari ini kita melihat lahirnya seorang doktor, jurutera, peguam dan sebagainya. Peranan guru masa kini bukan sahaja terletak pada tanggungjawab untuk menurunkan ilmu sahaja, malah berperanan juga sebagai insan yang membentuk sahsiah dan akhlak kita semua. Peranan dan tanggungjawab guru sememangnya cukup besar tidak kira jika dilihat dari aspek mana sekalipun. Dari peranan mereka untuk mendidik hinggalah kepada tanggungjawab mereka untuk membentuk diri kita, segalanya memerlukan pengorbanan yang besar, tulus, ikhlas dan mantap selain kesabaran yang cukup jitu.

Oleh itu, wajarlah untuk kita semua sebagai seorang pelajar, menghargai pengorbanan guru-guru bukan sahaja pada hari keraian seperti ini, malah pada setiap masa dan ketika. Penghargaan pula bukanlah dalam bentuk hadiah dan pemberian semata-mata, tetapi cukuplah dengan kejayaan dan kecemerlangan kita, yang saya yakin merupakan hadiah paling berharga buat guru-guru- yang amat kita sayangi.

Guru-guru yang diraikan,



Selaras dengan tema sambutan hari guru tahun ini iaitu “GURU PENJANA MODAL INSAN GEMILANG” saya mewakili para pelajar SMKSKI dengan ini melahirkan harapan dan impian untuk melihat jalinan kerjasama antara guru-guru, pihak pentadbir dan pelajar sendiri dalam usaha meralisasikan salah satu antara misi SMKSKI iaitu mendidik insan supaya patuh pada ajaran agama dan mengamalkan nilai murni selain visi sekolah iaitu berusaha ke arah kecemerlangan ilmu dan sahsiah. Ini hanya akan tercapai melalui usaha gigih para guru, pihak pentadbir, dan pelajar dalam mengaplikasikan setiap ruang dan peluang yang ada tanpa menoleh ke belakang. Saya percaya dengan misi dan visi serta azam yang membudayai jiwa setiap tenaga pengajar dan pelajar di sini, matlamat tersebut pasti akan terus meniti kejayaan.

Saya juga berharap agar guru-guru dapat memainkan peranan semaksima mungkin dalam membentuk jati diri, sahsiah dan akhlak pelajar bagi membuktikan peranan guru-guru sepertimana yang disebutkan dalam tema sambutan hari guru tahun ini, seterusnya melahirkan generasi pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Akhir kata dari saya, semoga guru-guru SMKSKI mampu untuk terus melahirkan para cendekiawan dan ilmuan yang dihormati yang akan meneruskan kegemilangan sistem pedidikan yang tiada berkesudahan. Selamat hari guru kami ucapkan, dan semoga pengorbanan kalian mendapat rahmat dan diberkati oleh Allah SWT. Sekian terima kasih.

p/s: Teks di atas adalah ucapan sempena sambutan Hari Guru 2007 SMK. Sg. Kapar Indah yang diucapkan oleh saya selaku Ketua Pelajar merangkap Ketua Pengawas SMKSKI 2006/2007.
***************************************

Tak mahu buat entri emosi. Setiap kali buat entry pasal sekolah mesti rasa emo sampai lompat atas katil tutup muka sambil nangis mentitis-titis air mata sampai muka hodoh gila aaah.. Kau tipu.. HAHAHA.. Tapi memang emo.. Memang emo.. Sekurang-kurangnya mesti ada air mata bergenang mentengok gambar sekolah. Kalau baca teks ucapan sendiri dalam majalah sekolah lagi aah syahdu ngkau tahu? Sumpah tak tipu saya berasa syahdu mentengok teks ucapan sendiri.. Cuma manusia yang ada nilai cintakan guru dan sekolah saja akan rasa macam neh.. Kalau ngkau datang sekolah pergi panjat pagar lari sekolah lepas tu kena tangkap cekgu disiplin kena sebat bontot memang aah kau kata BENCI SEKOLAH. Tu siapa-siapa pun tahu.. Memang takda masa depan sangat. Saya sumpah tak respek student perangai macam neh. Lepas tu pengecut jerit; “Hoi ketua pengawas poyo!!” lepas tu pergi menyorok dalam kelas. Tu tak payah jadi lelaki ngkau pergi mati lagi seronok.. Terjun bangunan ke apa kan thrill sket kan? Dari jadi maknyah takda te... Haa.. Cukup! Cukup!! Kang mula aah ceramah Belia Harapan Negara saya neh karang.. HAHAHA.

Bukan senang jadi cekgu.. Saya pernah jadi cekgu sampai tensen sebulan tak berhenti. Sampai rasa nak pergi mati aah tensen... Nasib baik sedar diri dosa banyak.. Tak jadi pergi mati.. HAHAHA.. Sumpah, jadi cekgu tak senang.. Susah.. Susah.. Perangai student makin lama makin melampau.. Cekgu bukan mengajar SAHAJA.. Tidak.. Kau kena ubah.. Cekgu perlu mendidik, membentuk dan membina sahsiah.. Ngkau kena faham.. Mendidik dan mengajar berbeza... Ngkau masuk kelas depan, memang seronok.. Ngkau masuk kelas belakang, takda skill, baik ngkau baling buku kat muka sorang-sorang student baru diam. Kalau tak ngkau tensen. Serius.. Kalau ngkau memang ada skill, takpa.. Ngkau pergi jadi cekgu.. Kalau tak, baik ngkau kerja pasar malam ke apa lagi seronok tak tensen.... Kalau berani cakap aah jadi cekgu SENANG.. Cakap aah cakap!

Bila kita merasa, baru kita tahu, macam mana susahnya jadi cekgu.. Sebab itu, jadi cekgu ni pekerjaan paling mulia.. Ngkau jadi engineer, jadi diplomat, jadi doktor? Bagi saya itu semua 2nd class... Jadi cekgu jugak yang paling saya sanjung.. Bukan sebab saya pernah jadi cekgu.. Bukan.. Tapi sebab saya sedar betapa susahnya jadi seorang cekgu.... Saya mentulis secara keseriusan neh.. Memang, GURU adalah pekerjaan paling mulia.... Sampai bila-bila pun saya sanjung guru-guru saya.. Sampai mati..

TERIMA KASIH CIKGU!!!!

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus