Wednesday, January 5, 2011

KEK BADUT PON OKAY!

Share


Tadaa.. Setiap kali hari jadi adalah heaven. Hundreds of whishes, celebration, presents and so on buat kehidupan pertama di usia 23 tahun sungguh exciting.. Ini pertama kali menyambut birthday dekat tanah tumpahnya darahku.. HAHAHA.. A bit different, tak macam sambut birthday dekat kolej.. Kalau dekat kolej rakan-rakan akan meraikan sesi mengumpul lemak tepat jam 12 malam. Tapi dekat sini kalau nak celebrate jam 12 malam nanti boleh kena parang dengan jiran. Dah lah semua mulut longkang.. T____T



So,
hari ini menyambut birthday dengan rakan sekampung which is sangat nostalgik bunyi dia.. HAHAHA.. Kalau ada sungai rasa nak sambut dekat sungai. Boleh rasa semangat kekampungan. Tapi memandangkan dekat Kapar Hill adalah miskin tak ada ciri alam hebat tersebot, maka kami terpaksa meraikan hari lahir di restoran steamboat - Johnny's Restaurant. Sebagai tambahan, ini kali pertama memakan steamboat. Kesian tapi fakta. T______T

Saya prefer makan dekat sini sebab tak bosan. Boleh makan, borak, mengilai dan beraktiviti. Aktiviti yang disediakan dalam restoran ini ialah mencelup makanan.. T_____T Hey, consider lah sikit ini aktiviti. Sekurang-kurangnya ada bahan buat gelak bila masing-masing tunjuk skill mencelup sekalian bola-bola. Service Johnny's sungguh pantas tapi waiters macam terasa nak bagi penampar sebab bila cakap dalam bahasa Melayu tak dapat nak paham. Dia nak jugak bahasa penjajah. T___T Tak apa, kita semua boleh jadi penjajah jugak.



Mee ganjil neh pertama kali saya nampak bila kawan saya publish gambar dekat Facebook dan; "Eh, apsal mee neh macam Incredible Hulk?".. Tapi serius sedap.. Thai BBQ Beef Noodles nama dia. Mee tersebot diperbuat dengan campuran spinach.. Spinach boleh buat badan kita kuat.. Contoh terbaik adalah Popeye the Sailorman yang sering memakan spinach lepas tu sawan pastu menjadi gagah dan sentiasa dapat mengalahkan Bluto. (Hakim merepek)



Hot and Spicy fried rice.
Ini memang superb rasa dia, plus memang dia bagi sekali macam kuah tomyam pekat, jadi bertambah-tambah sedap. Harga untuk semua neh boleh kata berbaloi lah tak macam Pizza Hut.. Kalau sebelum ni nak sambut birthday mesti kena spend around RM100+, tapi sekarang boleh lah jadikan Jhonny's restoran tetap untuk celebration. Jangan membazir, kan itu amalan syaiton.. :D



Lime Juice & Guava (lupa nama saintifik dia T____T) Suka sangat letak nama aneh-aneh sampai tak boleh ingat padahal boleh letak dekat situ AIR JAMBU BATU.. Kah kah kah... Dua-dua macam manis sangat dan masam sangat.. Tak puas minum sebab tekak terasa berat.. Kalau anda terasa nak pesan air dekat sini, boleh cuba air yang light-light sikit so then boleh lah mengubat lidah yang pedas.



Ini pulak dinamakan Manusia Aneh dengan Kekacakan Super oke tak tak tak.. HAHAHAHA... Tak ada dalam menu.. KAH KAH KAH..

Hadiah memang selalu mengharukan.. Lebih mengharukan bila dapat kemeja pink yang sebelum ini tak terjangkau akal untuk dipakai. Tapi bila orang dah bagi, kita kena pakai tanda menghargai.. Tak apa orang kata kita jambu, tapi hati mesti gagah habaq hang.. Kena tabah.. Jangan kalah. T____T






Terima kasih untuk semua ucapan, doa dan harapan yang sebenarnya hadiah paling bermakna dalam hidup... Saya tak mintak semua hadiah-hadiah bernilai tinggi macam ini (padahal pernah mintak blackberry tapi tak ada orang layan hahaha), apa yang penting, saya dapat ada bersama individu-individu terbaik setiap kali tibanya waktu-waktu istimewa macam ini... It's more than enough... Terima kasih untuk anda yang bersusah payah menyambut ulangt ahun ke 23 hari kelahiran saya.. It's fun.. It's meaningful... Dan menjadikan kehidupan saya sentiasa bermakna dengan anda semua.. -End-

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus